Sarapan Pagi - Labuan - Menumbok
12:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lega rasanya apabila tanpa melalui kesesakan jalan raya, kami sudah masuk ke jalan menuju arah pelabuhan. Kelihatan kenderaan sedang bersusun menghala ke jeti. Encik Suami pun masuk ke barisan kenderaan di hadapannya. Tiba-tiba Amie rasa ada sesuatu yang tak kena!
Awal sangat Encik Suami hendak daftar masuk ke feri! Sedangkan feri kami dijadualkan bertolak pada pukul 10:30 pagi!
Mas yang mengekori kami menelefon : Eh, bukankah kita naik feri pukul 10:30 nanti? Kenapa awal sangat dah nak masuk kereta?
Rupanya Encik Suami sudah salah faham! Disangkanya terus letakkan kenderaan pada ketika itu. Rupanya ada dua kali perjalanan feri dari Labuan ke Menumbok, dan feri kami adalah yang ketiga! Sekarang memang feri sedang bersiap sedia untuk belayar (trip pertama) dan bukannya trip kami.
Allahu Akbar!
Jom kita cari kedai makan.
Kita cari alas perut dulu.
Hujan turun rentai-renyai.
Tak ingat apa nama restoran tempat makan kami pagi Selasa itu. Yang Amie nampak dan menarik pandangan sudah tentulah bungkusan nasi lemak!
Firdaus hanya memesan minuman sahaja. Amie suap-suapkan juga nasi lemak ke mulutnya.Sedap juga nasi lemak bungkus daun pisang ini, tapi tak tahu harganya sebab Mas awal-awal lagi sudah bayarkan. Terima kasih Mas, untuk kesekian kalinya. Terima kasih, daun keladi... keladi gajah. Moga terus murah rezeki Mas.
Encik Suami sarapan bihun goreng.
Amie pula selain nasi lemak sebungkus makan berdua dengan Firdaus, Amie pesan roti pisang. Nampak menu roti pisang, memang sudah terbayang keenakan roti pisang. Harapnya adalah sedikit rupa roti pisang seperti di bawah ini.
Roti Pisang yang diangan-angankan. |
Akhirnya tibalah roti pisang ke meja. Alhamdulillah, seadanya.
Selepas sarapan pagi, sekali lagi kami menuju ke kedai coklat. Ketika ini kami bertemu semula dengan Kam sekeluarga dan Gang Bas Sekolah. Memboronglah lagi, menambah mana yang kurang dan melengkapkan mana yang tidak cukup!
Selain untuk oleh-oleh keluarga terdekat, kami juga beli untuk diagihkan kepada anak-anak murid. Alhamdulillah, semua murid kelas yang Amie ajar dapat bahagian masing-masing.
Tepat pukul 10:30, feri mula meninggalkan jeti Labuan. Pelayaran dijangka tiba pada pukul 12:30 di jeti Menumbok.
Kebanyakan penumpang berada di luar, menyaksikan pemandangan laut.
Berkesempatan bergambar ramai dengan Gang Bas Sekolah di atas Goodwill Star.
Oleh kerana kenderaan disusun mengikut jenis dan saiz, jadi sebaik sahaja sampai di Terminal Feri Menumbok, masing-masing segera masuk ke kenderaan. Kami sudah terpisah di antara satu sama lain dan meneruskan perjalanan mengikut haluan yang hendak dituju. Kam sekeluarga menuju ke Papar. Gang Bas Sekolah menuju ke Kuala Penyu. Mas sekeluarga menuju ke Kota Kinabalu. Kami sekeluarga menuju ke Tanjung Aru.
Sempat menoleh ke sebelah kiri. Oh, itulah bangunan warna merah itu! Tiga hari lepas, di kala subuh kami 'tersesat' di situ. Allahu Akbar.
Tepat pukul tiga petang, kami daftar masuk di Aru Suites. Kemudian makan tengahari merangkap petang di Mashawi 2, Tanjung Aru pada pukul 4:30 petang. Tiba-tiba Mas hantar mesej:
Mas: Kami baru sampai KK.
Balik-balik sesat jalan.
Mas: Kami baru sampai KK.
Balik-balik sesat jalan.
Terbabas ke Beaufort, masuk Penampang, tak jumpa jalan Lok Kawi
Amie: Lailahaillah!
Kami sangka Mas dan sampai KK duluan. Encik Suami kejar dari belakang, tapi tak nampak kereta Mas! Laju betul suami Mas memandu, kata Encik Suami. Rupanya sesat jalan!
Kami sangka Mas dan sampai KK duluan. Encik Suami kejar dari belakang, tapi tak nampak kereta Mas! Laju betul suami Mas memandu, kata Encik Suami. Rupanya sesat jalan!
3 comments
Alahai, kesian Mas tersesat, mujur akhirnya sampai KK. Sy yang merasa letihnya membayangkan, Kak Amie. Tapi, kalau penat, makan coklat, la.. hilang penat, hihi.
BalasPadamSeronoknya jalan-jalan...Sesat tu pun rezeki..Kalau sesaja memang tak lalu siti kan...hihihi
BalasPadamBestnya berjalan dengan gang bas sekolah. Rasa macam pi rombongan sekolah je
BalasPadam