Seapark Condotel Tanjung Aru : Kami Datang Lagi!

8:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 04 Jun 2022.
Kami daftar masuk di Seapark Condotel Tanjung Aru, tempat penginapan kesayangan Encik Suami. Kami tempah bilik tiga katil. Nampaknya kami paling awal tiba. Sepatutnya kami check in hotel di Beaufort tetapi rezeki tidak menyebelahi kami kerana tempat penginapan sudah penuh. Sebenarnya di sebalik tabir jalan-jalan ini ada gang kaki jalan lain yang mengekor. Pada mulanya kami tidak turut serta memandangkan anak buah Encik Suami akan bernikah pada tarikh cuti seminggu ini. Akan tetapi, setelah kawan-kawan lain siap membuat rancangan, menempah hotel dan menempah tiket feri ke Labuan, tidak jadi pula anak buah kami kahwin.

Hendak dijadikan cerita, maka berpecah-belahlah kami mengikut hala masing-masing. Geng Bas Sekolah (7 orang), dan Kam sekeluarga hendak bermalam di Sipitang tetapi semua tempat penginapan penuh kerana sudah awal-awal ditempah oleh sebuah syarikat besar untuk penginapan anak buah mereka sepanjang bulan Jun. Jadi, terpaksalah mereka bermalam di Beaufort, keesokan paginya redah ke Sipitang dan sebelah malamnya pula menyeberangi lautan dengan menaiki feri menuju ke Labuan.

Amie pula bersama keluarga Mas terpaksa bermalam di Kota Kinabalu kerana tiada tempat bermalam di Beaufort. Perjalanan dari Beaufort ke Menumbok ( jeti feri ke Labuan) lebih kurang 62 kilometer sahaja berbanding 145 kilometer dari Seapark Condotel Tanjung Aru ke Menumbok. 

Dipanjangkan cerita, pada hari keberangkatan kawan-kawan ke Labuan nanti (Ahad jam 8 malam), tidak ada tempat untuk kami (kenderaan) ke Labuan! Feri ke Labuan pada hari Isnin pun penuh. Tetapi pada hari Ahad ada kekosongan pada pukul 7 pagi.

Eh, terbebel ke lain pulak dah.
Jom kita masuk bilik dulu. Rehat-rehat, bersihkan diri dan solat.


Penginapan dua bintang kegemaran Encik Suami. Bonda kita dulu pun menginap di sini juga. Kakak kita datang ke Sabah pun, pernah menginap di sini juga. Dulu sarapan pagi disediakan tetapi sekarang tidak lagi. Dulu anak-anak boleh bermain di kolam mandi, tetapi sejak ada peristiwa budak lemas, kolam mandi terus ditutup.


Seapark Condotel memang tak kedekut bantal. Setiap katil ada dua biji bantal. Tualanya pun bersih.


Gel pembersih tangan turut disediakan. Tisu tandas pun disediakan tiga gulung walaupun sudah ada segulung di dalam tandas.



Nun di hujung sebuah meja berkerusi tiga dan sebuah peti sejuk.



Kopi, teh, krimer dan gula lebih dari mencukupi untuk kami bertiga!


Tidak cukup tiga botol air minuman, ditambah lagi dengan dua botol besar!




Peti sejuk boleh diisi dengan pelbagai minuman dan buah-buahan.


Bilik airnya bersih.


Jika menginap beramai-ramai di sini memang selesa, walaupun agak jauh dari bandaraya. Boleh minta sediakan dapur untuk masak-masak dan menjamu selera di ruangan yang disediakan.


Kerusi meja turut disediakan.


Peti sejuk pun ada.

 



Feri ke Labuan hanya ada kekosongan pada pukul 7 pagi sahaja. Hendak tak hendak, terpaksalah beli tiket pada waktu itu. Kalau tidak bawa kenderaan bolehlah ikut suka hendak pilih waktu yang dikehendaki... ahaks!



Tiket pada hari Isnin pun penuh juga! Ada kekosongan pada pukul 10 pagi pada hari Selasa, tetapi pada hari Selasa itulah kawan-kawan yang sudah sampai di Labuan akan bertolak balik ke Menumbok semula!

Jadi, perancangan kami bersama Mas sekeluarga esok pukul 3 pagi kami perlu bertolak dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Perjalanan sejauh 145 kilometer. Menjelang subuh kami akan sampai ke sana. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan kami dapat menaiki feri pada pukul 7 pagi.

Malam itu kami tidur awal. Bangun pukul dua pagi. Bersiap, dan tepat pukul 3 pagi kami meninggalkan Seapark Condotel Tanjung Aru menuju ke jeti feri di Menumbok.


13 comments

  1. Menarik percutian kali ni. Kotlah tiber kami sekeluarga terbercuti ke Labuan, bolehlah ianya dijadikan panduan. Tengok gaya, memang pemurah sungguh hotelnya tu, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh naik kapal terbang ke Labuan. Boleh naik jalan darat tapi itulah macam kami kena naik feri pulak.

      Padam
  2. Eh,bukan bantal saja tak kedekut..Air mineral & gula kopi pun tak kedekut..Kalau pemurah macam ni,pelanggan pun senang hati & dan bg rewiew yang baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mama Cella. Walaupun hanya 2 bintang, tapi bersihnya memang tak boleh dinafikan!

      Padam
  3. Katil 3, tisu 3, nasib dia tak bagi tv 3 bijik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... kalau tv 3 bijik, peti sejuk pun nak 3 bijik juga kan.

      Padam
  4. Kena rancang dan book awal-awal yek, perjalanan dan feri.
    Hotelnya nampak selesa, kelengkapan semua lengkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami bawa kenderaan dalam feri, tu sebab kena book awal-awal. Kalau bawa diri, sampai jeti pun masih boleh beli tiket.
      Ha... itulah tempat penginapan wajib singgah kalau kami ke Kota Kinabalu.

      Padam
  5. condotel luas n selesa menginap dgn famili

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak PI. Sebelum ini kami pernah bermalam dalam bilik 4 katil dan 5 katil.

      Padam
  6. Oh.. Dah terjawab soalan saya. Begitulah kan masa cuti sekolah. Mana-mana pun penuh

    BalasPadam
  7. Itulah kita boleh merancang.
    Apapun jauh juga dari KK ke Menumbok. Rajin betul melancong jauh-jauh naik kereta. Hehe. Seronoknya jejajah Sabah dan Labuan.

    BalasPadam
  8. alamak, love love nyer kat katil tu kak :)
    cukup utk aida 5 sefamili tau.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe