Blueberry Crepe Cake Tertinggal di Sana.....
4:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika belek-belek folder, hendak edit gambar-gambar seterusnya untuk dijadikan entri, kita terpandang gambar sepotong kek. Apabila diingat-ingat semula, rupanya kami beli Blueberry Crepe Cake ini di Vanilla Mile Crepe di Suria Sabah Mall.
Blueberry Crepe Cake |
Ketika itu sibuk melayan Firdaus makan-makan, dan makan aiskrim. Dan kemudian kami beli buah laici untuk dibawa ke Tuaran, tempat penginapan kami seterusnya.
Oleh kerana perut sudah kenyang, jadi tidak sempat jamah kek. Mungkin boleh dijadikan minum petang dalam bilik penginapan nanti.
Encik Suami masukkan kotak berisi Blueberry Crepe Cake tadi ke dalam mini peti sejuk di hotel.
Barangkali disebabkan peti sejuk tertutup rapat di dalam almari, jadi apabila tidak terpandang oleh mata kasar. itu yang buat terlupa untuk mengeluarkannya semula.
Kadang-kadang kita tak terfikir atau terlupa kewujudan mini peti sejuk yang tersorok / tersimpan di dalam almari sebegini.
8 comments
Alamak, takde rejeki namanya. Rejeki orang kerja housekeeping. :)
BalasPadamSaya pun pernah tertinggal air dalam peti sejuk mini kat hotel.
Tiada rezeki nampaknya. Tidak pula orang hotel telefon kata ada makanan tertinggal.
BalasPadamsayangnya. harap ada rezeki lain nanti
BalasPadambukan rezeki kak ye, udah terlupa nak buat camne. Sedap nengok si Daus makan aiskrim penuh selera betul
BalasPadamAllahu...
BalasPadamSaya pula yang terliur nampak mille crepe tu..nyam3
Lamanya tak makan mille crepe cake.
BalasPadamAlahai..xde rezeki..insyaallah nanti bleh gantikan dengan kek lain...
BalasPadamCantik jenis cake crepe ni. Tapi belum pernah cuba sebarang crepe cake. Amboii Firdaus makan aiskrim..menikmati sangat tu. Bagus juga idea fridge tersorok tu. Taklah nampak ada fridge dalam tu. hehe...
BalasPadam