Dream World Resort Kundasang

10:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Senja itu, 03 Jun 2022 bersamaan pada hari Jumaat. Kereta yang dipandu Encik Suami menjalar perlahan-lahan melewati tanah tinggi di Mesilou. Ada kalanya Encik Suami memperlahankan kereta kerana terpaksa mencari jalan rata supaya bawah kereta tidak tergentus di jalan berlopak. Akhirnya sampailah kami di perkarangan Dream World Resort. Usai daftar masuk, kami bergegas menuju ke Lantana 1, tempat penginapan kami yang terletak di hujung sekali di lereng bukit.

Gambar ini diambil pada keesokan pagi ketika kami hendak daftar keluar.


Sebaik sahaja memasuki bilik, sempat mengambil gambar Gunung Kinabalu di remang-remang senja dari beranda.


Dan ini pula suasana di bawah tempat penginapan kami.

Bilik Lantana 1. Nampak ringkas sahaja. Ada kipas angin dan televisyen LCD di dinding, sebuah meja bulat dan dua buah kerusi kayu.



Kami sudah sedia maklum suhu di kawasan kaki gunung sudah semestinya sejuk. Kipas pun tidak perlu dipasang. Nikmati sahajalah suhu semulajadi dengan bekalan oksigen yang bersih dan segar dari tumbuhan hijau di sekitar.


Seperti kebanyakan tempat penginapan lain, sudah tentu turut disediakan minuman botol, cerek air dan juga kopi, teh and the gang.


Kalau rajin, boleh bancuh minuman panas dan minum di serambi. Encik Suami bawa beberapa bungkus biskut. Bayangkan dalam keadaan sejuk-sejuk manja, celup biskut dalam minuman panas sambil menikmati pemandangan di kaki gunung! 


Bilik air masih menampilkan gaya lama.


Ada baldi, gayung dan selipar jepun.


Ketika bangun pagi, selak langsir dan terus melihat warna-warna hijau di sekeliling.


Rasa segar dan nyaman! Nun di belakang sana kelihatan puncak Gunung Kinabalu sayup-sayup mata memandang.


Di sebelah kiri penginapan kami pula bukit-bukau bertaburan dengan pemandangannya yang tersendiri.


Ketika kami keluar dari bilik, jam menunjukkan angka 7:30 minit pagi. Matahari sudah bersinar terang. Nampaknya di pagi yang sejuk-sejuk manja ini kami menerima vitamin D yang mencukupi!



Model cilik yang sporting!


Inilah rupa bentuk bilik penginapan kami, dibahagi dua.



Kami perlu melalui lorong kecil ini untuk sampai ke bilik Lantana 1 dan turun di bahagian belakang.

Lantana 1 & 2 : Gambar paling hadapan.

Kawasan sekitar seakan-akan baru dibersihkan kerana ada kesan rumput dan lalang ditebas.

Bukit-bukau yang menghijau memukau pandangan!

Bunga raya warna ungu mekar berseri.


Bunga raya warna oren yang sangat menyerlah.


Encik Suami sudah tentu senyum lebar sebab tempat letak kereta sangat luas! Boleh pilih mana-mana tempat di sekitar kawasan resort.


Sebelum meneruskan perjalanan kami alas perut terlebih dahulu di restoran.




Firdaus tidak sabar untuk menaiki tangga menuju ke restoran.

Budak kecil itu terus naik tangga menuju ke pintu restoran di tingkat atas.


Selesai sarapan pagi, kami bergegas menuju ke kaunter untuk daftar keluar.


Sempat tangkap gambar di sekitar resort.


Nun di hujung sana, awan tebal dan tipis mula menyelubungi puncak Gunung Kinabalu.


Ada rezeki, lain kali boleh datang ke sini lagi.


Jom daftar keluar.





Sudut yang menarik! Buku cerita kanak-kanak pelbagai tajuk.


Jalan masuk ke Dream World Resort.


Wokey, Daus!
Mari masuk kereta.


Pukul 9 pagi, tetapi matahari sudah memancarkan cahaya teriknya!


Jumpa lagi Dream World Resort!


Ketika kami meninggalkan Dream World Resort, awan tebal sudah menutupi sebahagian besar puncak Gunung Kinabalu!



8 comments

  1. wah indah betul suasana Kundasang

    BalasPadam
  2. Kinabalu alamnya indah,
    Dihiasi nyiur di pantai,
    Mata memandang puas tak sudah,
    Laksana dara senyum melambai..

    BalasPadam
  3. Pertama kali tengok bunga raya ungu. Subhanallah cantiknya!
    Lawa tempat ni ..udara segar & hijau mata memandang alhamdulillah 👍

    BalasPadam
  4. Subhanallah cantiknya Kundasang. Seronok betul bercuti ada air cond semulajadi.

    BalasPadam
  5. Cantiknya Kundasang tapi seksanya nak ke sana kalau jalan berlobang2 tu, Kak Amie. Tentu hilang penat selepas melelapkan mata dan jenguk luar tingkap esok paginya.

    BalasPadam
  6. Nyamannya.... Rindu Kundasang!

    BalasPadam
  7. bestnya berehat di Kundasang..view cantik...

    BalasPadam
  8. done bookmark ni kak.
    niat di hati, next year nak ke KK dan labuan.
    nampak nyaman sgt la kundasang ni.
    wishlist sgt tau!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe