Selamat Tinggal Palm Beach Resort & SPA Labuan
10:30 PGSelepas daftar keluar, sempat ambil gambar di sekitar resort. Ini gambar dari belakang tempat penginapan kami. Penuh dengan kehijauan!
Tempat letak kereta yang paling disenangi Encik Suami. Luas, dan lapang.
Buka pintu bilik, nampak kehijauan. Pandang ke bahagian atas, nampak pohon hijau tinggi menjulang. Duduk di serambi tetap nampak yang berwarna hijau. Hijau di sana. Hijau di sini! Jalan ke belakang, nampak biru langit dan biru air laut! Subhanallah.
Arah masuk ke bilik kami ada beberapa rumpun pokok keladi gajah.
Walaupun pukul 6:30 pagi tetapi cahaya matahari sudah menerobos masuk ke ruangan tetamu.
Namun ada sesuatu yang mengusik rasa apabila terpandang 'kesepian' di sekitar resort!
3 comments
Saya pulak yang rasa sedih.
BalasPadamImpak Covid-19 memang dahsyat. Harap-harap selepas ini keadaan akan kembali pulih atau setidak-tidaknya bertambah baik daripada fasa Covid.
BalasPadamSaya sependapat dengan En Majid..suka tempat yang parkir luas dan banyak...hihihi
BalasPadamBunga Mas tu saya teringat pada salah satu lagu popular Alayarham Salem( Iklim)