Nasi Goreng Beras Bario Perencah Ikan Liking
10:25 PGCerita pagi ini, setelah agak lama dapur tidak berasap, jom kita asap-asapkan... ahaks! Rakan-rakan maya sarapan apa? Amie goreng nasi, tambah ikan liking yang kami beli di Pasar Besar Kota Belud. Pertama kali makan ikan liking, rasa terus jatuh cinta! Selama ini hanya dengar cerita tentang ikan liking saja. Tak sangka aroma ikan liking begitu menggoda ketika digoreng bersama nasi.
Nasi Goreng Beras Bario Perencah Ikan Liking. |
Beras Bario |
Amie masak nasi gunakan beras bario yang dibeli di Kundasang. Untuk mendapatkan nasi yang masak sekata (tidak keras dan tidak lembik), Amie gunakan sukatan beras dan air 1:1.
Ikan Liking |
Inilah ikan liking @ ikan masin jeruk yang Amie gunakan sebagai perencah nasi goreng. Ikan liking ini kami beli di Pasar Besar Kota Belud. Ikan liking yang berkualiti dihasilkan dari ikan talang yang segar yang belum terkena ais. Kami beli sekeping sahaja, iaitu bahagian sebelah. Harga asal ialah RM30 tetapi kami ditawarkan dengan harga RM25. Sempat juga sembang dengan penjual tentang menu masakan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan ikan liking.
Ikan liking ini lebih kurang seperti ikan masin juga. Proses pembuatan ikan liking bermula dengan membersihkan ikan talang, dan diperam atau dijeruk dengan garam. Kemudian dijemur hingga kering di bawah cahaya matahari yang terik. Ada dua jenis ikan liking iaitu ikan liking biasa (garam) dan ikan liking pedas (lada / cili).
Jom kita goreng nasi dengan perencah ikan liking. Bahan-bahan dari Kota Belud dan Kundasang bertemu dalam kuali di Lahad Datu....hiks!
Bahan perencah Nasi Goreng Liking |
Cili Padi Putih. |
- 4 cawan nasi sejuk
- 1/2 cawan hirisan ikan liking
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 1 cawan hirisan kacang buncis
- 1/2 cawan lobak merah cincang
- 12 tangkai cili putih
- 1 helai daun pandan - siat & simpul
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar marjerin
- garam / perasa pilihan secukupnya
- Panaskan minyak dan marjerin.
- Goreng bawang putih, bawang merah, daun pandan dan ikan liking hingga garing.
- Masukkan lobak merah, kacang buncis dan cili putih. Goreng kacau beberapa kali.
- Seterusnya masukkan nasi, taburkan garam dan perasa pilihan.
- Gaul rata.
- Padamkan api dapur.
6 comments
Oh, kiranya ini, Nasi Goreng Ikan Masin la ya, Kak Amie. Beras pario tu nampak lain, harus pandai gaya memasaknya tu supaya tak menjadi bubur, hihi.
BalasPadamBaca ikan liking tertarik nak tengok apa yang "bocor"🤭
BalasPadamTengok pic hati berkata macam ikan talang..rupanya betul la ikan talang yer..Cuma belum pernah jumpa versi berlada tu..pastinya sedap digandingkan dengan beras bario..Hari ni saya masak lauk inspire dari salah satu menu yang agak selalu cikgu masak..heee nanti kita kongsikan
Dana perasan akak selalu guna cili putih ni bila masak, dekat semenanjung ni jarang jumpa. Nak kena cuba tanam ni menarik betul lah. Cantik nya kak beras tu comel-comel je rupanya
BalasPadamPertama kali dengan beras bario ni..
BalasPadamTeringin pula nak rasa nasi goreng ikan liking ni.. 😄
SA pernah makan sekali beras bario tu Kak Amie...cepat kenyang kalau makan nasi dari beras bario...sedap...ikan liking tu x pernah kenal...tengok nasi goreng kak amie...terus rasa nak makan nasi goreng...SA turun food court bawah office, nak order sekali order ada 20 lagi blom dapat...sedih...ingat time ni dah xde orang order dah...
BalasPadamberas bario istimewa sedapnya makan dgn ikan liking
BalasPadam