The Pavilion Hotel
8:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih cerita jalan-jalan di Sandakan. Selepas makan tengahari di Little White Turkish, kami terus daftar masuk di Pavilion Hotel. Memang sengaja menempah penginapan jauh sedikit dari bandar Sandakan tetapi tetap juga di kawasan bandar iaitu Bandar Indah. The Pavilion Hotel terletak di Blok A3, Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Jalan Labuk, Bandar Indah, Sandakan, Sabah.
The Pavilion Hotel. |
Jom terus masuk bilik. Firdaus pun nampak letih walaupun perutnya sudah kenyang! Sudah tentu budak kecil ini hendak berehat.
Inilah bilik kami untuk penginapan satu malam.
Alhamdulillah, dalam 'berebut' mencari penginapan disebabkan kemeriahan kedatangan orang ramai sempena Pesta Kaamatan, dapat juga merehatkan diri di sini.
Orang pertama merasmikan bilik air biasanya Firdaus!
Tempat 'persinggahan' yang paling diminati Encik Suami.
Setelah mandi dan solat, kami jalan-jalan di sekitar dan singgah shopping di pasaraya. Sempatlah beli sekilogram buah laici dan anggur untuk kudap-kudapan malam. Sebelah petangnya kami makan-makan di restoran berhampiran hotel.
Keesokan pagi, Firdaus sudah kelihatan segar dan ceria.
Jom kita sarapan.
Kita ambil alas perut yang ringkas sahaja.
Banyak juga pilihan makanan yang disediakan tetapi kita teringin makan telur separuh masak.
Nampak macam sedap jew... ahaks! Kalau di rumah sendiri tak pula sibuk nak makan walaupun stok telur sentiasa ada. Agaknya selera timbul kalau ada yang menghidangkan kot!
- Telur separuh masak
- Bubur berlauk
- Tembikai
- Secawan kopi
Sarapan pilihan Firdaus. |
Ramai pula tetamu pada hari tersebut. Sebelum meninggalkan tempat ini, sempat rakam gambar di lobi hotel.
Dekorasinya nampak ringkas tapi tetap kemas.
Sebelum ini kalau ke Sandakan hanya pandang-pandang saja The Pavilion Hotel ini dari jalan raya. Kali ini rezeki untuk bermalam di sini pula.
3 comments
Betul itu lagi satu kalau dihidang banyak pula makan.
BalasPadamHehe ya nampak ceria Firdaus.
Ha ah. Memang kalau orang hidang atau buatkan, kita jadi selera, banding buat sendiri. Hehe..
BalasPadamNampak selesa hotelnya.
seronok berehat di hotel yg selesa..makanan pun best...
BalasPadam