Pages

Ahad, 19 Jun 2022

Makan Pacal @ Pecal Brunei di Brunei Satay House

Bismillahirrahmanirrahim.

Pacal Brunei


Awal tahun lepas kami pernah makan di Brunei Satay House di sini: BRUNEI SATAY HOUSE INDAH PERMAI. Kali ini kononnya untuk temankan Firdaus makan, kami pun singgah untuk menjamu selera sekali. Ruang dalam perut pun sebenarnya masih boleh diisi memandangkan hanya makan tengahari dengan puding kelapa dan beberapa ekor lokan bakar!

Tiga rangkap pantun di sebelah pintu masuk Brunei Satay House


Seperti biasa, Firdaus memang mencari kentang goreng. Kami pesan:

  • Green Tea
  • Chinese Tea
  • Brunei Satay Set Kecil
  • Pacal @ Pecal Brunei

Pacal @ Pecal Brunei



Kita pesan 10 cucuk sate sahaja iaitu sate ayam dan sate daging. Ada hirisan timun dan nasi himpit sekali. Sesekali ingin layan selera dengan kuah sate yang agak berbeza sedikit dengan kuah sate kita.



Pada mulanya hendak merasa kelupis, kochung dan pulut udang, tetapi memikirkan tak boleh isi perut lebih-lebih, jadi kita batalkan hasrat. Lagi pun dalam set sate sudah ada nasi himpit. Kali ini, berpegang prinsip : Biar menyesal tak makan jangan menyesal makan ye SK. Maklumlah perut sudah rasa lain macam sebab dalam keadaan separuh kosong masuk benda berangin pula (lokan dan puding kelapa) di Jalan Sulaman. Sekarang kuah sate @ kacang pula berkumpul dalam perut! Jenis angin juga tu. Eh, kelupis, kochung da pulut udang pun bakal mengundang angin juga! Sudah tentu mereka bergusti, berperang dan akan mabuklah kepala.... ahaks! 


Firdaus dengan kentang gorengnya.


Dan jamah juga sate secucuk dua. Kalau kita makan seorang 10 cucuk memang tak habis! Minta tolong juga supaya Encik Suami habiskan.

Pacal @ Pecal Brunei agak berbeza dengan pecal yang keluarga Encik Suami buat. Maklumlah, menu asal dari tempat lain, sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan dalam resipinya seperti bahan-bahan yang digunakan walaupun namanya sama. Kata Encik Suami, lebih banyak nasi himpit berbanding sayur-sayuran. Itulah Pacal @ Pecal Brunei di Brunei Satay House.

11 ulasan:

  1. Haaa.. kadang2 memang kena tukar, nanti sakit perut baru tahu erti penyesalan, hahahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiranya kena sesuaikan keadaanlah kan SK.

      Padam
  2. Slogan tu kena ikut keadaanlah nampaknya Kak Amie hehe...
    Sukalah pantun tu...Biskita tu maksudnya anda agaknya ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu biskita maksudnya anda / kamu.

      Padam
  3. I love pecal!. Tapi menu Brunei hanya keropok je pernah rasa, itu pun zmn kecik2 masa abg saya keja di sana dia pos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak banyak merasa menu Brunei. Banyak juga yang lebih kurang sama dengan menu kita.

      Padam
  4. Baru nak tengok kuih kochong tu..hihihi..
    Sedapnya semua hidangan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali kita makan kuchong Brunei sama-sama ya Mama Cella hihihiii.

      Padam
  5. Haha. Setuju ayat biar menyesal tak makan tu sebab kalau perut dan badan tak selesa, potong mood nak jalan-jalan

    BalasPadam
  6. Hehe bahaya kalau dah mabuk masuk angin.
    Oh ada juga pecal Brunei.

    BalasPadam
  7. kuah pecal dia selambak. Kalau banyak sayur mesti sedap tu. Kalau dah rasa lain macam je baik le hindarkan daripada semua angin jadi puting beliung....naya je

    BalasPadam