Pages

Jumaat, 14 Januari 2022

Meratah Ketam & Makan Puding Kelapa di Jalan Sulaman

Encik Suami meneruskan pemanduan dari pekan Papar menuju ke Jalan Sulaman, Tuaran. Sudah tentulah kami hendak singgah makan sama ada lokan bakar, ketam atau puding kelapa di situ. Pada mulanya kami menuju ke gerai paling hadapan kerana terpandang longgokan ketam. Rupa-rupanya ketam tersebut sudah ada tuannya. Oleh kerana tidak banyak gerai yang menawarkan ketam kami minta pertolongan tuan gerai tadi untuk bantu kami cari gerai yang menjual ketam. Kami dicadangkan untuk pergi ke gerai 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Di gerai tersebut ada tiga ikat ketam dan hanya ada satu ikat belum bertuan. Jadi kami terus tempah untuk makan di situ.

Meratah ketam rebus cecah air asam yang sangat sedap!

Seikat ketam RM45.00.

Terdapat berpuluh-puluh gerai di kiri kanan jalan. Antara menu yang disediakan termasuklah lokan bakar, jagung bakar, kelapa bakar, puding kelapa, soto dan pelbagai makanan lain. Lokan bakar memang ada sepanjang masa tetapi ketam bakar atau ketam rebus dikira rezekilah kalau ada dijual!


Sementara menunggu ketam rebus sampai ke meja, makan dahulu jagung bakar.


Tahun lepas kami makan ketam bakar, jadi kali ini makan ketam rebus pula.
Untuk memudahkan kami menikmati isinya terutama di bahagian sepit ketam, dibawakan sekali penukul untuk ketuk ketam.


Firdaus paling banyak habiskan isi sepit ketam sebab di situlah bahagian isi paling banyak.


Dan sudah tentu paling seronok kalau buka ketam betina yang sedang bertelur!

 


Pada mulanya kami makan puding kelapa sebiji seorang.
Aduhai... slurrrppp...sluurrppp! Nyamannya puding kelapa melepasi tekak. Tak sedar habis sebiji.


Sudah habis tiga biji kami makan puding kelapa, Firdaus minta lagi. Jadi kami tambah lagi sebiji! Sekarang ini terbayang-bayang menyudu puding kelapa yang sejuk manis masuk ke mulut, kemudian kikis isi kelapa mudanya pula. Rasa nak ke Jalan Sulaman pula!


Yang tak mungkin dapat dilupakan selain puding kelapa sudah tentulah air asam atau lada pencecah ketam. Rasanya sangat sedap. Cukup masam, masin, manis. Pendek kata cukup rasa ditambah pula dengan rasa masam jus limau kasturi dengan aromanya yang membangkitkan selera! Kami minta tambah air asam @ lada pencecah.

23 ulasan:

  1. ketam mmg sedap diratah tuuh.,. tapi leceh nk kopek2 kannn., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pasal kalau nak makan ketam jangan diganggu dengan makanan lain Wak. Haaa... konsentarsi ketuk dan kopek isi ketam.

      Padam
  2. ni betul betul nampak sedap dan terliur tengok ni. Dapat ketam besar macam ni memang sedap buat ratah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ratah ketam saja memang sedap sebab tak ada gangguan makanan lain. Jadi dua-dua tangan hanya digunakan UTK ketam saja.

      Padam
  3. Perghhh byk isi dia.. Mmg puas makan tu ketam nyaaa... Cuaca panas mmg syiok la dpt minum air kelapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak isi dan masih segar, terasa manisnya. Puding kelapa tu, bukan air kelapa Heheee.

      Padam
  4. Rezeki dapat makan ketam. Laris betul jualan ketam kat sini. Part ketip tu memang banyak isinya. Aduhaiii air kelapa kalau dah dapat sebiji memang tak cukup. Tambah lagi isi dia yang halus dan nipis tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakannya lokan bakar yg ada di sini. Ketam sangat jarang, itu sebab kalau nampak ketam terus singgah gerai tu.

      Padam
  5. Sexy sepit ketam tu..isi penuh...
    Jeli kelapa...sedapnya...
    Rezeki Daus bila lahir lambat dari abang2nya....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki Firdaus kan Mama Ella. Dah dia seorang di rumah, kena angkut lah ke mana pun hahahaaa.

      Padam
  6. RM45 dapat banyak macam tu puas hati betul..
    kalau disini ketam nipah kadang2 2 ekor je pun dah cecah RM50++

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah masih ada peluang dapat ketam harga begitu.

      Padam
  7. Sy tertarik dgn puding kelapa dalam kelapa tu.

    BalasPadam
  8. Laku keras ye. Alhamdulillah ada rezeki kak Amie sekeluarga. Nampak Firdaus berselera

    BalasPadam
  9. Menyelerakan lah puding kelapa tu.. pernah makan sekali je masa kat KK. Mungkin kat Sabah je dijual hidangn ni.

    BalasPadam
  10. sedapnya nampak ketam tu.
    memang lama sgt tak makan ketam tau.
    sebab elergi. dulu kala memang makan sgt ketam ni.

    air kelapa i always 1st class.
    bila jadi puding, double sedap!
    sejukkan badan yg panas. nyaman aje...

    BalasPadam
  11. Ya allah....x leh tahan la tengok entry ni..tertelan- telan air liur SA tengok ha...kenapa la besar dugaan tgok entry ni...terus terbayang2

    BalasPadam
  12. Makan ketam sambil ditiup angin. Hehe gigih ketuk ketam dan sedut isi ketam.

    BalasPadam
  13. aduh geramnya nengok isi ketam tu kak oi... penuh kan kalau ketam nipah ni.
    jagung bakar tu pun nampak sedap mesti manis tuh

    BalasPadam
  14. sedapnya nmpk isi ketam tu.
    syu tak pernah pula cuba mkn ketam di sini, biasa mkn lokan je.

    BalasPadam