Pages

Khamis, 20 Januari 2022

Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Rezeki Jalanan

Tahun lepas, selit-selit hantar karya untuk diterbitkan bersama dalam Siri Antologi Cerpen Kemerdekaan Malaysia Tanah Airku. Alhamdulillah, salah satu karya terbit dalam judul Rezeki Jalanan terbitan SYFE.


Lama sungguh tidak menghasilkan sebarang karya kreatif. Memang seksalah juga hendak memulakan ayat. Tapi cuba sajalah dan berlapang dada sekiranya ada kritikan dan membuat pembetulan. Alhamdulillah, karya diterima tanpa halangan dan akhirnya terbit di penghujung 2021.



Karya cerpen kita bertajuk Sate Ayam Kuah Kacang.
Mentang-mentanglah asyik duduk dapur, yang ditulis pun pasal makanan juga.


Memulakan sesuatu memang terasa kepayahannya, tetapi apabila menatap hasilnya walaupun hanya secebis kisah kecil dalam beberapa helaian, namun kepuasannya hanya kita sahaja yang tahu.


Setelah membenamkan bakat dalam lumpur bertahun-tahun lamanya, dengan usaha dan istiqamah dapatlah juga mengeluarkan  kembali sedikit 'bakat' berendam itu.... ahaks! Kiranya aku menulis bukan kerna nama....ececeeeheheheee!


15 ulasan:

  1. wah karya kak amie dh diterbitkan...tahniah

    BalasPadam
  2. Alhandulillah, memang terselah bakat bila karya diterima. Bila-bila senang kongsi lah tips.. Tahniah sis.

    BalasPadam
  3. Wah tahniah kak... ramai betul kawan blogger dana yg hasil tulisannya dibukukan... kak PI, SR pastu kak Amie jugak

    BalasPadam
  4. Selamat atas terbitnya Rezki Jalanan.

    BalasPadam
  5. Tahniah
    teruslah mengasah bakat penulisan kreatif

    BalasPadam
  6. Wah, macam mana nak baca karya Kak Amie tu?

    BalasPadam
  7. tahniah kak Amie. slow-slow asah bakat menulis tu balik. mana tau karya lebih 'besar' lepas ni

    BalasPadam
  8. Haha Puan Amie memang saya nampak suka sate.
    Tahniah kerana karya terpilih.

    BalasPadam
  9. Sejak dulu saya sangat menggemari kalau cerpen,novel atau drama yang tajuknya tentang makanan.Paling saya suka karya2 Azizi Hj Abdullah dan Shahnon Ahmad.Biasanya tajuk hanya tersurat berbanding isinya.Sate Ayam Kuah Kacang ni pastinya ada yang tersirat juga agaknya

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..tahniah kak Amie. Hebat berkarya, lepas ni tak boleh peram lama lagi.
    Disebalik sate ayam kuah kacang terselit kisahnya.

    BalasPadam
  11. tahniah kak amie..seronoknya bila karya kita dh diterbitkan

    BalasPadam