Pages

Rabu, 12 Januari 2022

BTC Bistro Beaufort

19 Disember 2021. Selepas daftar keluar dari River Park Hotel, kami menuju ke BTC Bistro Beaufort untuk bersarapan pagi. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 pagi? Kononnya kami hendak makan roti canai sahaja, tetapi memandangkan sudah hampir tengahari kami pun ubah fikiran sebab selepas isi perut kami akan meneruskan perjalanan ke daerah Kuala Penyu pula. Jadi, makan sahajalah yang berat sedikit merangkap makan tengahari.

Anak beranak ini kelihatan segar bertenaga setelah berehat secukupnya di River Park Hotel.


Hidangan pilihan kami:
  • Mihun Goreng Singapore
  • Kentang Goreng
  • Nasi Briyani Kambing
  • Teh Cina
  • Kopi Kaw
  • Laici

Firdaus dengan kentang goreng, berpisah tiada.


Nasi Briyani Kambing

Kari Kambing

Bismillahirrahmanirrahim.


Seperti biasa, hidangan mihun goreng mesti didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. Alhamdulillah, perut berasa kenyang dipenuhi Nasi Briyani Kambing.


Terlupa isi borang sebelum meninggalkan restoran.


Banyak pilihan tempat makan di Beaufort. Sayangnya Encik Suami hanya bersetuju berhenti makan di tempat yang mudah untuk letak kereta. Samalah tingkahnya yang hanya berasa gembira sekiranya dapat letak kereta di depan tempat penginapan! Sabar sajalah labu... ahaks!



13 ulasan:

  1. Aduh, peminat kentang goreng Daus ni. Tapi, pilihan sy sama macam Kak Amie, beriani kambing, hehehe.

    BalasPadam
  2. siap ada form untuk kepuasa pelanggan lagi... menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguskan Dana, boleh tambahbaik mana yang kurang.

      Padam
    2. betul tu kak, mana tau kita datang menginap lagi... dan apa cadangan kita digunapakai kan

      Padam
  3. suami kak Amie tak nak isteri dan anak jalan jauh kot. lagi-lagi musim hujan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... dia yang tak mau jalan jauh Sal.

      Padam
  4. Orang lelaki mmg macam tu kak..semua nak mudah aje kan..hahaha...apapun nampak sedap makanan tu semua

    BalasPadam
  5. Dah dekat tengahari tu brunch terus makan nasi kan. Firdaus ni smart je rambutnya bersikat :) Memang tak berpisah dengan kentang gorengnya tu. Kuah kari dia pekat. Sedap menjamu selera dengan nasi beriyani.

    BalasPadam
  6. Kalau susah letak kereta nanti ada perasaan tidak puas hati. Hehe makan pun tidak kenyang.

    BalasPadam
  7. Kalau jadi driver memang stress tempat yang susah parking..
    Jadi mem takpa la šŸ¤£boleh diturun kan kat lobby...Dah dekat 20 tahun saya jadi supir anak-anak..saya boleh menyelami perasaan nak cari parkiršŸ¤­šŸ¤£

    BalasPadam