Kawan-kawan kami yang ingin berehat di Kundasang terpaksa membatalkan hasrat kerana tempat penginapan penuh sepanjang cuti sekolah Disember 2021 lalu. Kami percaya sebab sebelum ini memang kami pernah mengalamai masalah yang sama untuk mencari tempat penginapan. Malah, kami sendiri dapat saksikan pengunjung terpaksa tidur di kereta kerana ketiadaan tempat penginapan. Jadi, kami pun tidak menoleh kali kedua ke arah Kundasang.
Memandangkan kali ini kami tidak tempah mana-mana tempat penginapan, jadi tawakal sajalah dengan cara walk in saja ke mana-mana hotel. Malas dah nak booking online sebab awal tahun 2021 ada masalah berlaku sehingga menyebabkan kerugian lebih RM500.
Benarlah kata Mama Cella. Kalau asyik zikir tentang satu-satu perkara memang akan terzahirlah akhir kejadiannya. Seperti biasa Encik Suami asyik sebut tempat penginapan di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Padahal bagi Amie, itulah pilihan akhir untuk menginap. Kebetulan pula ketika itu talian putus-putus. Cuaca kurang elok. Hari pula hampir menjelang petang. Anak buah kami maklumkan banyak hotel di Kota Kinabalu yang penuh.
Akhirnya setelah memikirkan Encik Suami yang penat memandu serta perut yang lapar, Amie cuba telefon Sea Park Condotel Tanjung Aru. Memandangkan itulah hotel kesayangan Encik Suami, jadi dapatlah kami tempah satu bilik, family room dengan harga RM169 satu malam.
Agaknya, memang inilah salah satu destinasi wajib kami untuk bermalam setiap kali datang ke Kota Kinabalu. Entah berapa puluh buah bilik sudah kami tiduri di Sea Park Condotel ini. Pernah beberapa kali kami tidur dalam bilik lima katil. Memang sesuai sangatlah untuk satu keluarga. Waktu Bonda kita datang ke sini pun kami menginap di sini. Begitu juga sewaktu kakak kita datang. Pendek kata memang hotel persinggahan keluar kami...ahaks! Encik Suami suka sangat menginap di sini kerana dia tak perlu mencari tempat letak kereta!
Peralatan di dalam condotel ini hanya seadanya sahaja tetapi kami rasa selesa di sini.
Buka saja pintu bilik, ada ruang tamu untuk berehat-rehat sambil minum atau makan.
|
Firdaus di ruang tamu. |
Bersebelahan katil ada kaca penghadang serta langsir. Kalau masuk ke ruangan tersebut, ada sebuah meja, sebuah peti sejuk dan di sebelahnya pula bilik air.
Boleh simpan buah-buah dan minuman di dalam peti sejuk ini.
Encik Suami rajin masak air dan minum teh atau kopi di sini.
|
Bilik air agak kecil dan old style. |
Setelah kami jalan-jalan ke beberapa buah daerah, kami kembali semula ke Kota Kinabalu pada 23 Disember 2021 kerana Abang Farid tiba bersama Aseeyah dari Kuala Lumpur. Setelah beberapa kali walk in di beberapa buah hotel sekitar Kota Kinabalu termasuk Hotel Raia dan Sky Hotel, akhirnya kami kembali mencuba nasib di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Menurut Mr. Teo memang minggu tersebut semua bilik penuh. Syukurlah kami dapat juga dua bilik. Satuu bilik untuk kami bertiga, dan satu bilik untuk Abang Farid dan Aseeyah.
|
Bilik kami ada tiga katil. |
Bilik Abang Farid dan Aseeyah berhadapan bilik kami. Kata Mr Teo kalau kami mahu memasak, dia boleh sediakan dapur. Kami ucapkan terima kasih kerana hanya bertujuan untuk tidur dan berehat sahaja. Bilik kami tiga katil RM160 dan bilik Abang Farid, satu katil besar RM140.
Memang rezeki kami kerana setiap kali ke Kota Kinabalu sekiranya tidak dapat cari hotel lain kami pasti dapat menginap di sini! Tempatnya tersorok sedikit tetapi tidaklah jauh dari Kota Kinabalu. Berhampiran dengan pantai Tanjung Aru. Kalau berjalan kaki ke pantai hanya memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Jarak condotel ini dengan lapangan terbang Kota Kinabalu hanyalah 5 kilometer. Cuma, ada masalah talian internet sahaja yang tidak sampai ke blok B. Kalau menginap di Blok A, masih boleh akses wifi.
Ini bilik air di bilik kami yang berkatil tiga.
Amie kongsikan alamat Sea Park Condotel Tanjung Aru di sini untuk rujukan sendiri dan yang lain. Mana tahu datang ke Kota Kinabalu dan susah untuk dapat hotel, bolehlah cuba di sini. Setakat ini kawan-kawan dan saudara mara sebelah Encik Suami yang pernah minta tolong cari penginapan, akan mengulang tempah di sini.
Sea Park Condotel
Jalan Murni, Tanjung Aru,
88100 Kota Kinabalu Sabah, East Malaysia.
Tel: 6088-282828 Fax: 6088-282825
HP: 017-8602363 (Mr. Teo)
E-mail: seaparkcondotel@yahoo.com
Thanks for sharing kak Amie. Manalah tau kan info berguna buat yang kali pertama nak ke Kota Kinabalu. Dekat dengan pantai dan airport tu antara kelebihan jugak
BalasPadamHotel lama ye Kak Amie? Kelebihan hotel lama biasanya bilik besar-besar, itu yg best :)
BalasPadamTgk bilik just nice tu kak.. Yg penting dpt tido dan mandi...
BalasPadamnampak selesa juga hotel dia walaupun perabot nampak old school.
BalasPadamRindunya Sabah. Bila la nak sampai pula ke sana.. InsyaAllah satu hari nanti. Bawa anak-anak pergi tempat ummi abah nya bertemu..
BalasPadamfirdaus la untung, jenjalan merata :)
BalasPadamKan...
BalasPadamSepatutnya booking online memudahkan kedua belah pihak.Tapi sekarang kena hati2 kan...
Seronok la Daus dapat jenjalan + dapat kakak ipar...🥰
Rezeki hotel ini lagi.
BalasPadamWah rugi sampai RM500. Kadang-kadang tempah awal tapi tidak dapat pergi. Senang walk-in tapi mungkin mahal sedikit.
SA yang penting bilik air bersih, katil best..lain2 xde pun x pe...nak tido je pun kan...okey boleh simpan contact condotel ni..mana tau tersesat ke KK
BalasPadamwalaupun hotel lama tapi bilik luas kak, peti ais dia pun besar betul.... harga pun murah bebeno nya
BalasPadamSebab selesa Dan dah biasa rubyg repeat hotel ye kak.. mcm saya juga
BalasPadamSea Park Condotel dah jadi tempat penginapan wajib untuk keluarga kak Amie. Bersih dan selesa dah memadai. Boleh tahan ramai orang datang ke sana bercuti sampai fully booked hotel. Special nampak tempat mengopi tu separate dari bilik. Harga bilik pun masih okay lagi lah. Datang berehat untuk tidur je kan. lepas tu jalan jalan dah.
BalasPadammenarik jgk condotel ni. bleh stay ramai2. xtahu pula mengenai tmpt ni sebelum ni.
BalasPadamthanks kak amie share sini..