Ketam Kam Heong
4:44 PGAssalamualaikum.
Ketam Kam Heong ini merupakan salah satu lauk-pauk berbuka puasa untuk hari kedua bagi memenuhi keinginan si bongsu. Amie gunakan resepi daripada buku masakan Selera Malaysia Chef Wan.
Resepi : Ketam Kam Heong
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan
Bahan-bahan:
3 ekor ketam - anggaran 1kg
5 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari
6 tangkai cili padi - dibuang biji dan dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang baru dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Hidangkan segera.
Amie bersama Encik Suami meratah Pecal Bukit Hijau, manakala anak-anak meratah Ketam Kam Heong.
Alhamdulillah.
13 comments
rajinnya akak masak ketam...tp sy x makan ketam...n asben plak bulan2 pose nie dah ckp x nak berbuka yg susah2 katanya....
BalasPadamsusah tu maksud sy mcm ikan parang ke....ketam ke..lmbt makan katanya kak....mcm2 pesen....hehe...
AS-SALAM
BalasPadamselamat pagi kak Amie
kak Amie npk sedap ketam tu..kalau bulan pose ni org kat rumah mmg suka seafood macam ni...kalau ikan2 mmg tak mkn bulan pose ni..
Dugaan bulan pose menahan kecur melihat ketam kam heong k.amie tu hihihihi
BalasPadamSuka ketam, msk apa pun mas bedal tp tulh lepas mkn terus gtl2 kt tangan :-)
sedapnyer tgk kani/crap kaka ni
BalasPadammeleleh ayaq lioq cheq taw
baru jer tgk kani kat ternet nk beli but takut sampai lepas ai blk mesia plak so x jadi beli ngeee
cedappnyerrr ketam ni
BalasPadamstail chili crab kan..
menu berbuka yg sgt sedapp!!
salam ramadhan kak...sedapnya ketam masak kam heong tu...nnt sy pun nak cuba jugaklah resepi ni.
BalasPadamkalau ada serbuk kari sure meletop ni kak :)
BalasPadamKak Amie..
BalasPadamkalau Rahel dapat ni ketam kam heong memang ndak toleh kiri n kanan..hehe..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... terliurrrr!!!! tun xleh mkn ketam. allergic teruk :(
BalasPadamselamat berpuasa kak amie... sedap nmpak ketam tu.. :)
BalasPadambesynya berbuka dgn ketam! hari ni masak apa kak? dah start masak ke? ;D
BalasPadamasslm Kak Amie...mgancam sggh tgk lauk ketam akak tu...tliur2 dbuatnye...
BalasPadamAju suka sangat. semalam sempat masak ketam kam heong nie...sedap sangat...
BalasPadam