Pages

Isnin, 23 Julai 2012

Ketam Kam Heong

Assalamualaikum.



Ketam Kam Heong ini merupakan salah satu lauk-pauk berbuka puasa untuk hari kedua bagi memenuhi keinginan si bongsu. Amie gunakan resepi daripada buku masakan Selera Malaysia Chef Wan.


Resepi : Ketam Kam Heong
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan


Bahan-bahan:
3 ekor ketam - anggaran 1kg
5 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari
6 tangkai cili padi - dibuang biji dan dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang baru dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Hidangkan segera.


Amie bersama Encik Suami meratah Pecal Bukit Hijau, manakala anak-anak meratah Ketam Kam Heong.


Alhamdulillah.

13 ulasan:

  1. rajinnya akak masak ketam...tp sy x makan ketam...n asben plak bulan2 pose nie dah ckp x nak berbuka yg susah2 katanya....

    susah tu maksud sy mcm ikan parang ke....ketam ke..lmbt makan katanya kak....mcm2 pesen....hehe...

    BalasPadam
  2. AS-SALAM
    selamat pagi kak Amie
    kak Amie npk sedap ketam tu..kalau bulan pose ni org kat rumah mmg suka seafood macam ni...kalau ikan2 mmg tak mkn bulan pose ni..

    BalasPadam
  3. Dugaan bulan pose menahan kecur melihat ketam kam heong k.amie tu hihihihi
    Suka ketam, msk apa pun mas bedal tp tulh lepas mkn terus gtl2 kt tangan :-)

    BalasPadam
  4. sedapnyer tgk kani/crap kaka ni
    meleleh ayaq lioq cheq taw
    baru jer tgk kani kat ternet nk beli but takut sampai lepas ai blk mesia plak so x jadi beli ngeee

    BalasPadam
  5. cedappnyerrr ketam ni
    stail chili crab kan..
    menu berbuka yg sgt sedapp!!

    BalasPadam
  6. salam ramadhan kak...sedapnya ketam masak kam heong tu...nnt sy pun nak cuba jugaklah resepi ni.

    BalasPadam
  7. kalau ada serbuk kari sure meletop ni kak :)

    BalasPadam
  8. Kak Amie..
    kalau Rahel dapat ni ketam kam heong memang ndak toleh kiri n kanan..hehe..

    BalasPadam
  9. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... terliurrrr!!!! tun xleh mkn ketam. allergic teruk :(

    BalasPadam
  10. selamat berpuasa kak amie... sedap nmpak ketam tu.. :)

    BalasPadam
  11. besynya berbuka dgn ketam! hari ni masak apa kak? dah start masak ke? ;D

    BalasPadam
  12. asslm Kak Amie...mgancam sggh tgk lauk ketam akak tu...tliur2 dbuatnye...

    BalasPadam
  13. Aju suka sangat. semalam sempat masak ketam kam heong nie...sedap sangat...

    BalasPadam