Shimeji Mushroom & The Gang
8:09 PTG
Selamat malam semua. Malam ini Amie ratah sayur Shimeji Mushroon & The Gang. Hmmmm....oleh kerana pagi tadi kebosanan tinggal bersendirian di rumah, kaki dan tangan pun gatal tak senang duduk. Merayaplah seorang diri di Pasar Seri Perdana dan Pasaraya Survey. Terpandang sayur kacang manis, tiba-tiba teringat menu Egg Tofu di dapur Zila Noraliza. Sayangnya sayur kacang manis yang ingin Amie beli kelihatan kekuning-kuningan. Memang sudah terbayang hidangan lazat berasaskan Egg Tofu, dan biasanya bahan -bahan tersebut banyak terdapat di Supermarket Ridhwan, tapi sebab kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut membantutkan hasrat Amie untuk beredar dari kedai ke kedai lain mencari benda yang dihajati. Bila sampai ke pasar sayur, kacang manis yang dicari juga tiada. Egg Tofu pun habis!
Walaupun tidak dapat menikmati Egg Tofu, Amie sediakan hidangan lain yang memang sajian kegemaran Amie iaitu Shimeji Mushroom & The Gang.
Resepi: Shimeji Mushroom & The Gang
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 bungkus Shimeji Mashroom - bersihkan bahagian bawahnya dan cerai-ceraikan
1 batang lobak merah - potong ikut suka
1 tongkol brokoli saiz sederhana kecil - potong ikut suka (asingkan potongan bahagian batang)
6 batang anak jagung - potong ikut suka
10 ekor udang kertas - bersihkan
3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan serbuk pati ayam Tumix
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak minyak
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan udang bersama lobak merah serta sos tiram. Masak seketika sehingga udang berubah warna dan lobak merah menjadi empuk.
3. Masukkan potongan batang brokoli dan anak jagung. Tutup kuali selama 2 minit.
4. Buka penutup kuali dan kacau bahan tumis seketika.
5. Masukkan brokoli dan tutup semula selama 1 minit.
6. Buka penutup kuali dan masukkan Shimeji Mushroom. Tutup kuali sekali lagi selama 45 saat.
7. Buka penutup. Masukkan serbuk pati ayam Tumix dan gaul sebati.
8. Renjiskan minyak bijan ke atas bahan tumisan sebelum diangkat untuk dihidangkan.
Inilah hasilnya tumisan yang dibuka tutup sebanyak 3 kali! Bukan apa, saja-saja Amie buat begitu sebab bentuk potongan anak jagung Amie kali ini bulat selinder, jadi takut lambat masak! Dan satu lagi supaya warna sayur brokoli cantik menghijau!
Alhamdulillah.... rezeki Allah di petang Jumaat nan mulia!
15 comments
Salam amie. Sajian sihat ni mie. Makan sayur macam tu je sedap dan dah tentu kenyang.
BalasPadamselamat malam k.Amie
BalasPadamsedap tu sy suker ratah sayur msk gini, takyah nasi pun takper
sedapnya Kak Amie,saya suka sayur campur cam gini......
BalasPadamnani mcm x pernah makan pulak cendawan jenis ni. tapi setakat ni apa2 jenis cendawan memang nani suka makan.
BalasPadamTipa hari pasti mcm mcm resepi baru yg dimasak. Mcm mana boleh ada byk idea ni ya
BalasPadamVery healthy food Amie.. terbaekk..
BalasPadambaru saya tau nama mushroom ni kak amie..selalu beli je..hehehehhe
BalasPadamSalam kak amie ... nampk sungguh menyelerakan....nyum nyum
BalasPadampun baru tau namanya camtu..selama nie tau mkn..akk mkn camtu jew pun sedap kan:)
BalasPadamWaw..tak bole tengok lama2 ni...nanti bejangkit lagi..ahaksss...
BalasPadamIbundo,
BalasPadamalhamdulillah... masuk kategori sajian sihat, mengenyangkan!
Mama Sara Nur,
Kak Amie pun tak makan nasi, ratah aje gitu.
Myda,
Memang sedap, masaknya pun sekejap je.
Nani,
BalasPadammemang ada macam-macam rupa bentuk cendawan sekarang ni...banyak di pasaraya.
Azie,
sebenarnya tidak ada idea yang dirancang Azie, cuma bila melihat sesuatu bahan di dapur, terus olah dengan bahan yang lain yang ada.
Sheila,
betul tu Sheila, sedap pin ye juga.
Quinnie,
BalasPadamMemang banyak jenis cendawan, kadang-kadang main beli je, tak tahu namanya.
Azumaya,
jom makan sama...nyum nyummm!
Zila,
sedap....tak tersedar habis semangkuk meratah!
Rahel,
terjangkit pun ok apa Rahel... hidangan menyihatkan bah ini... he he he hehh
salam Amie...sedapnya shimeji mushroom & the geng tu.Atie ni suka mkn sayur..klu dpt camni.mmg meratah je la:D
BalasPadamAzatie,
BalasPadamjom ratah sama-sama Atie.