Peach & Apple Smoothies
3:06 PTGDari pagi hingga menjelang tengahari berjemur di padang. Bermula dengan aktiviti senamrobik, sehingga ke acara padang dan balapan. Minggu ini sekolah kami mengadakan sukan tahunan. Bersambung hingga esok dan berakhir lusa. Apa kata kita hilangkan dahaga dengan segelas Peach & Apple Smoothies?
Resepi : Peach & Apple Smoothies
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 biji buah peach - potong-potong
2 biji epal buah - potong-potong
150ml yogurt asli
2 sudu makan madu
ketulan ais
Cara:
1. Masukkan potongan buah peach dan epal bersama yogurt asli, madu dan ketulan ais ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga hancur dan lembut.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.
12 comments
Amie..sejuk tekak ni tengok smoothies Amie tu, kat sini panas sangat hari ni..
BalasPadamtak lama lagi puasa amie..boleh jadikan minuman buat berbuka puasa..
BalasPadamsalam Amie.Lom pernah minum smoothies ni...tumpang segelas kat sini je la yer :D
BalasPadamtak pernah minum... cam sedap n berkhasit je
BalasPadamBelum pernah minum...bulan puasa nanti boleh cuba buat.
BalasPadammie,
BalasPadamboleh turun dua tiga kilo tu mie.
x pernah minum pun kak..share secawan kak:)
BalasPadamwah..okbah Kak Amie..dilayan..tapi punya gue mana?
BalasPadamwow smooties, sedapnye minuman sejuk ni :)
BalasPadamnampak sedap dan pasti sedap betul tu kata kak yon pasti akak nak try masa puasa nanti sejukkkkkkk kan masyuk perut..
BalasPadamMacam leh terbayang kesegarannya! Mmmmm
BalasPadamsedapnya.....nanti nak try buat jugaklah....
BalasPadam