Jus Peria & Epal Hijau
11:59 PGSelamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang disayangi. Hari ini Amie ingin kongsi Jus Peria & Epal Hijau. Ramai yang mengerutkan muka apabila mendengar perkataan peria kerana sudah terasa kepahitannya! Apa lagi kalau minum jus peria! Biasanya peria katak sesuai dijadikan jus untuk tujuan kesihatan. Sila klik http://laman-seri.blogspot.com/2011/05/khasiat-di-sebalik-pahit-peria-katak.html jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Apa yang menariknya, saintis telah mengesahkan perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan. Malah boleh dikatakan kapsul dan tinktur peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati, atau dengan kata lain merawat lebih baik daripada membiarkannya terus merebak. Walaupun kita yakin sihat, tapi apa salahnya sesekali mencuba jus begini untuk menjaga kesihatan.
Amie tidak mempunyai peria katak, jadi Amie gunakan peria biasa. Itu pun Amie pilih kulit yang berwarna hijau, kerana warna sedemikian dipercayai mempunyai rasa yang agak pahit berbanding peria yang berwarna hijau muda atau hijau keputih-putihan.
Resepi : Jus Peria & Epal Hijau
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 biji peria - bersihkan dan buang biji - potong kecil-kecil
2 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil-kecil
300ml air masak
Cara:
1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Tapis bahan kisar.
4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Bagaimana caranya Amie minum Jus Peria & Epal Hijau? Tarik nafas. Lepaskan nafas. Minum perlahan-lahan sehingga habis!
Khasiat PeriaOleh Nor Affizar Ibrahim affizar@bharian.com.my 2011/04/07 Hidangan enak, kaya manfaat perubatan RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya. Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan. Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi. Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah. Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat. Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak. Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan. Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur. Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan. Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera. Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda. INFO: Kebaikan peria Penjagaan kulit Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri. Perangsang imun Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang. Penjagaan mata Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata. Menurunkan berat badan Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Baik untuk perut - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik. INFO: Peria Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat. Dipercayai berasal dari Selatan China. Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China. Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS. |
13 comments
sangat2 sesuai nie utk yg berdiet...!
BalasPadamAmie..pahit peria tu sesuai untuk penyakit kencing manis kan..
BalasPadamalamak...paitnta! tp takpela..sy minum sikit2 yea....hehehe
BalasPadamas salam Amie. wah ini minuman kesihatan yang sebenar ni...banyak khasiatnya
BalasPadamAsyifa,
BalasPadamyang nak kurus ke Asyifa....
Ummiross,
begitulah, katanya sesuai untuk pengidap diabetes.
Ummiaisyah,
he he hehh...pahit itu penawar racun!
Azie,
waalaikumussalam... kalaulah peria itu manis, agaknya ramai yang suka ye Azie, tapi itulah... khasiatnya terletak pada pahitnya!
salam kak amie .. x pernah terlintas langsung wani nak minum jus ni .. kalo makan pun pernah goreng tapi x leh nak makan sebab pahit hi3 ..memang banyak khasiat peria ni ..tapi kalau blh nak makan tapi x termakan pulak ..susahnya..
BalasPadamwah..lps ni sy nak cuba jus peria dan epal hijau ni :)
BalasPadamSebenarnya salah satu khasiat jus epal hijau + peria katak boleh mengurangkan perut buncit.ada kawan dah cuba dan hasilnya menakjubkan tetapi kena amalkan setiap hari.saya dah cuba minuman jus dah seminggu..hasilnya belum nampak lagi..insyaallah sikit masa lg nampak kot.
BalasPadamEmail awk tahun 2013 ..skrg dah masuk 2020 ..mcm mna perubahanya ?? Okey tak ??😎
Padam
BalasPadamDr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D, seorang pakar herba dan nutrisi telah menyenaraikan 34 sebab mengapa anda perlu mengambil goji:-
1.Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5.Goji mengurangkan risiko kanser
6.Goji mengurangkan kolestrol
7.Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
8.Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
9.Goji membantu mengurangkan berat badan
10.Goji melegakan sakit kepala dan pening
11.Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12.Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
13.Goji menguatkan jantung anda
14.Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
15.Goji meningkatkan halangan penyakit
16.Goji meningkatkan respons imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17.Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18.Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
19.Goji menghalang tumbesaran tumor
20.Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21.Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet)
22.Goji meningkatkan limfosit
23.Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24.Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25.Goji merawat simptom-simptom menopause
26.Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27.Goji meningkatkan kesuburan
28.Goji menguatkan otot dan tulang anda
29.Goji menyokong fungsi buah pinggang
30.Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31.Goji membantu batuk kering yang kronik
32.Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33.Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34.Goji membantu sistem penghadaman
Salam…Sy ada menjual buah goji bery gred A..berat sekitar sekilo angaran ribuan biji di sebabkan buah ini seperti biji bery or kismis jadi bilangan ribuan biji walau sekilo sahaja..memang berbaloi baloi untuk kesihatan seisi keluarga rasanya yang masam manis mesti menjadi kegemaran termasuk anak anak kecil untuk menambah darah dan kesihatan badan dan otak dengan vitamin yang hebat hebat sebungkus harga cuma rm80 free wang pos….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi) Kebaikan buah goji bery sangat dasyat…………………….
BalasPadambuah super food…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..
diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk sebiji sebiji yang sudah kering dan terus di kunyah…..amat menyelerakan dan rasa nya membuatkan anda kecur air liur..fuhh sihat dan sedap…itu terbaiklah
sehari 60 biji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan… Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Assalamualaikum.sy buat xtapis pn terus minum .syg la klau tapis ..phit pn telan jg hihi..
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga group📢
BalasPadam💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570