Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang
9:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi terintai Rendang Ayam Cili Padi Kacang Panjang di dapur MAMA CELLA. Terus rasa teringin hendak masak untuk lauk berbuka puasa petang tadi. Walaupun balik lewat kerana menghadiri mesyuarat hingga ke petang, tapi gigihkan juga cari bahan untuk merendang. Amie gantikan ayam dengan hati dan pedal.
Berapa harga hati dan pedal ayam di tempat rakan-rakan blogger?
Di Eco Fresh LD, harga hati ayam RM9.40 per/kg dan pedal ayam pula RM9.49 per /kg. Beza 4 sen saja di antara keduanya!
Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang |
Mama Cella tidak gunakan kerisik, tetapi apabila Amie terpandang baki kerisik dalam peti sejuk Amie masukkan sajalah dan lebur bersama bahan yang direndang.
Semerbaklah dapur dengan aroma rendang! Cukuplah satu lauk begini untuk dimakan bersama nasi sebagaimana kata Mama Cella.
Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang |
Terima kasih Mama Cella kerana kongsikan idea untuk menu Rendang Ayam Cili Padi dengan Kacang Panjang. Amie kongsikan pula resipi Rendang Hati & Pedal Ayam yang Amie ambil dari entri lama Amie: RENDANG ISI PERUT AYAM. Isi perut ayam yang dimaksudkan ialah hati, pedal, telur muda dan kelongsong telur ayam.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg hati ayam - bersihkan dan potong ikut suka
- 1/2 kg mempedal ayam - bersihkan dan potong ikut suka
- 7 batang kacang panjang - potong serong / patahkan
- 600ml santan pekat
- 2 helai daun kunyit - siat-siat
- 2 sudu besar kerisik
- 1 keping asam gelugur
- garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
- 25 tangkai cili padi
- 2 labu bawang besar - belah 4
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
- 4 batang serai - ambil isinya yang putih dan hiris kasar
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan jerang di atas dapur.
2. Kacau sekali sekala sehingga masak dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila rendang mulai pekat, kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bahagian bawahnya.
1. Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan jerang di atas dapur.
2. Kacau sekali sekala sehingga masak dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila rendang mulai pekat, kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bahagian bawahnya.
4. Masukkan hirisan kacang panjang dan gaul.
5. Apabila sudah berubah warna, padamkan api dapur.
17 comments
saya suka ni.. nak nak pedal. berebut dengan suami
BalasPadamKalau sembelih ayam, organ dalaman ni waklah yang terpaksa ngabiskan sebab pn is3 dan anak2 tak makan.
BalasPadamPengaruh rakan blogger ni kuat kan. hihi.. Saya tak tahulah berapa harga hati dan pedal di sini sbb tak makan, tak pernah beli. Kalau beli ayam sekor biasanya tak nak kaki, tak nak hati, tak nak pedal semualah, kulit pun tak nak.
BalasPadamSenang cara masak rendang kaedah ni.
Saya masalahnya tak suka ati kak, tapi kalo rempela /pedal suka. Cumaaaa saya tak pandai mengolah rempela. Macam ada bau. Sejak itu tak pernah lagi buat masakan yg pakai pedal. Beli saja 😅
BalasPadamRasa² macam akan berjangkit juga dekat saya ni hihi.... Cuma itulah, Suami & anak⁴ tak makan, mungkin kena + ayam juga ...
BalasPadamTertelan ailio sy dibuatnya. Memang kalau lauk ni, jgn dikacau dgn lauk lain.
BalasPadamsemalam tengok mama cella share pasal rendang ayam kacang panjang, ni tengok akak lak share terus rasa nak kene cuba buat jugak gini
BalasPadamMenarik juga dimasak rendang pedal tu. Kalau dikedai makan biasa pedal tumis dengan kacang panjang.
BalasPadamini makan dengan nasi panas tak yah lauk lain dah kalau saya
BalasPadamini lauk feveret Abah Ana ni! hehe
BalasPadamsedap ni kak emi.. makan lauk saje pun sedap... yumm yumm yumm..
BalasPadamselamat berpuasa kak emi...
wow recipe yang bakal mbul cuba ah kapan kapan..kebetulan mbul en hubby suka banget ati and ampela kak
BalasPadamWah..nampak lagi sedap rendang cikgu...
BalasPadamNi kalau ada telur muda lagi mengancam ni .saya suka telur muda
Semalam balik kerja singgah beli ayam...terpandang harga hati/pedal/kaki RM5.99/kg( baca dia RM6🤭)
Padaminilah lauk kegemaran arwah Mak Pah...masa majlis perkahwinan SA pun lauk tambahan yang ni...ramai yang suka dan lauk ni yg cepat habis
BalasPadamSedapnya menu nii .
BalasPadamsedapnya rendang hati ayam & pedal. syu suka makan hati ayam.
BalasPadam