Jalan-Jalan Cari Buah, Bawa Pulang Macam-Macam!

2:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sekolah mengadakan mesyuarat PIBG. Wajiblah turun padang sampai tengah hari. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pasaraya SURVEY, singgah di Ridhwan Trading, singgah di Eco Fresh Seri Perdana dan singgah di Hasriani Trading Seri Perdana. Bukan apa. Terpaksalah cari di tempat yang berbeza kerana apa yang hendak dibeli tidak ada di satu tempat.

Cerita asalnya hendak beli buah-buahan sahaja di Pasaraya SURVEY untuk dijadikan jus minuman waktu berbuka. Apabila kena beratur panjang di kaunter pembayaran, dan memikirkan susah hendak mencari tempat letak kereta kami pun ubah fikiran! Baiklah beli barang dapur yang lain selain buah saja. Tak sanggup rasanya untuk keluar di waktu yang lain memandangkan cuaca yang sangat panas.

Pada masa yang sama masih rasa trauma sebab kelmarin sewaktu pulang dari sekolah, kami menyaksikan kejadian angin puting beliung betul-betul berlaku di depan mata kami. Peristiwa yang tak disangka-sangka itu berlaku selama beberapa minit lewat pukul 1:24 petang. Nampak dengan jelas angin berpusing-pusing warna debu berjalan dari Batu 1 menghala ke stesen minyak SHELL dan kemudian melintasi traffic light lalu menghala ke stesen minyak PETRONAS di seberang jalan. Ya Allah! Kelihatan zink-zink tercabut dari bumbung beberapa buah kedai melayang-layang ke udara dan ada jatuh menimpa kenderaan di situ. Kejadian angin puting beliung ini masuk berita TV3.

Syukurlah kami selamat dari perkara yang tidak diingini walaupun berada di tempat kejadian. Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya!

Mari kita berbalik cerita tentang buah-buahan. Tidak jadi hendak beli nanas kerana banyak yang nampak buruk. Harganya pula RM7.80 sen sekilogram. Barangkali pelanggan tidak mahu beli disebabkan harganya yang agak mahal ini. Tembikai yang tidak berbiji pula berharga RM5.80 sen sekilogram. 

Epal hijau dan epal merah.

Tembikai sebiji RM22.30sen di Hasriani Trading.


Beli lobak merah di Ridhwan Trading. Tidak banyak pilihan dan nampak kurus-kurus pula. Firdaus suka minum jus lobak merah. Oleh kerana di Pasaraya SURVEY tidak ada lobak merah, jadi carilah pula di Ridhwan Trading.


Lemon sebiji RM1.30 sen. Beli enam biji di Eco Fresh.


Cili padi berharga RM51.99sen sekilogram.



Beli cili padi minyak saja. Kurang pedas dan lebih murah.


Peminat kordial Sunquick sudah tentulah hendak menyambar sebotol dua! Di rumah masih ada Sunquick Mixed Mango. Firdaus suka sangat minum campuran Sunquick Mixed mango dengan Sun Valley Grenadine.


Kesukaan Amie : Lemon


Sun Valley Grenadine ini hanya ada di Sabah. Sangat sedap!


Firdaus agak kurang berselera makan waktu sahur. Jadi kami belikan susu segar kegemarannya. Bolehlah dia minum waktu sahur untuk bekalkan tenaga.

Daging telur dan daging peha.


Nampak rupa ikan yang ganjil (gambar atas dan bawah) sewaktu singgah di Eco Fresh.


Ikan Sulig @ Ikan Jepun

Rasa geram tengok ikan-ikan segar. Kami beli beberapa jenis termasuk ikan jenahak, ikan belanak dan udang galah tetapi hanya 1/2 kilogram sahaja untuk setiap jenis. Bukan banyak orang di rumah yang hendak makan. Hanya tiga mulut saja.

Ikan Merah @ Jenahak

Udang Galah

Ikan Belanak


Ikan Bawal Putih RM55.00 sekilogram.

Ikan Putih


Masih ingat tak ikan kembung jantan dengan kebung betina yang pernah Amie kongsikan dulu? Cuba teka, mana satu kembung jantan dan mana satu kembung betina dalam gambar di atas dan di bawah ini.


Ikan Cencaru

Selalunya hanya jumpa ikan cencaru saiz besar berat 500- 1000 gram seekor. Hari ini ternampak ikan cencaru saiz lebih kecil. Sedapnya kalau dapat buat cencaru sumbat sambal kelapa! Lain kalilah kita beli. 

Sekian, cerita hari Sabtu.
Jalan-jalan hendak cari buah, tapi bawa pulang buah dari laut dan berekor pula!

13 comments

  1. SA kalau x fikir harga agak mahal di pasar besar td dh pasti SA beli banyak..nasib juga terfikir peti ais Pak Zain agak penuh...selamat..

    BalasPadam
  2. Awal sekolah Amie buat mesyuarat PIBG

    BalasPadam
  3. Nampak fresh ikan2 tu. Sedap masak ikan fresh. Susah kan kalau banyak tempat nak mencari barang. Kalau dapat setempat je senang

    BalasPadam
  4. Cuaca panas ni memang rasa malas nak keluar rumah. Kalau keluar nak cepat cepat balik, tambahan lagi bulan puasa ni kan. Senang kalau semua benda kita boleh beli dalam satu kedai. Nak ke satu satu kedai tu malas ya amat.
    Allahuakbar, mesti rasa trauma sikit bila benda berlaku depan mata. Syukur tak terjadi apa apa. Tudiaa nak beli buah, banyak yang mengikut balik. Kita pantang nampak bahan mentah fresh, mesti rasa nak beli. Tapi nak buat stock, why not kan.

    BalasPadam
  5. Epal tu nampak comey sgt2.. huhuu.. bukan merah tapi pink gitu.. ikan gmbr ketiga tu nama apa ntah tapi mmg sedap... Ala2 tetanda jugak rasanya.. biasa la kalau dah nampak benda yg segar2 ni mmg rambang la mata jadi nya .. sy pun nk beli telur sekali bawa balik ntah apa mcm2 dibelinya.. hahaha

    BalasPadam
  6. Di Sabah jer ada jual sun valley grenadine? Kalau ada kat Semenanjung noleh mencuba...

    BalasPadam
  7. Uishh betul - betul ganjil ikan tu . Apa nama nya ?

    BalasPadam
  8. Saya juga mencari buah semalam...Harga kemain melambung semua buah..

    BalasPadam
  9. Alang-alang membeli barang kita sekalikan beli semua barang yang perlu supaya tidak perlu keluar banyak kali kan. Nampak segar bugar ikannya

    BalasPadam
  10. Fresh milk jenama Desa tu mesti hanya ada di Sabah juga.
    Dah lama pula tak jumpa Sunquick Lemon. Dulu pernah beli 2-3 kali je.
    Bulan puasa ni beli Blackcurrent je.

    BalasPadam
  11. Mahal kan Chili padi sekarang. Sama dengan sini juga kak. Saya yg suka pedas jadi susah nak buat sambal hahahahaha.

    Sebelumnya bbrp Minggu lalu di sini juga terjadi angin puting beliung. Seram. Untungnya tak sampai jakarta. 😔.

    BalasPadam
  12. Mujurlah tiada kejadian tidak diingini. Kejadian diingini ialah shopping aneka makanan basah dan buah.

    BalasPadam
  13. takutnya bila dengar pasal puting beliung tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe