Sarapan Pagi di Bihac - Suhu 1'C
11:01 PTGSeperti biasa kami bersihkan diri. Sementara menanti waktu solat subuh pada pukul 5:17 minit pagi, kami mengemas pakaian dan susun dalam beg. Biasanya sebelum ke dewan makan pada pukul 6:45 pagi Amie akan buka buku nota dan menulis catatan segala aktiviti dan peristiwa yang dilalui pada hari kelmarin supaya tidak lupa apabila menulis entri. Ada sekali dua menulis sebelum tidur tapi biasanya layan mata sahaja dahulu, keesokan pagi baru pegang pen. Ada ketikanya Amie tulis nota dalam HP, tapi nampaknya segala tulisan itu tidak meresap ke hati! Hendak pegang pen juga supaya apa yang ditulis tulus dari hati turun ke hujung jari... ahaks!
Jom kita seret beg, kita turun untuk sarapan.
Oh, hampir terlupa.
Semalam TGB maklumkan kepada kami makanan yang disediakan semuanya halal. Alhamdulillah. TGB kami ini sedang mengambil Ph.D. Namanya Amna, tapi kami suka memanggilnya Aminah.
Sarapan di Hotel Emporium |
Sweet Corner |
Buah peach. |
Buah : Limau + Pear + Apple |
Telur Hancur + Telur Mata |
Grilled Veggies |
Beef Sausages + Roti |
Juices |
Wokey! Pilihan sarapan Amie yang terletak di hadapan Amie. Yang lain itu pilihan Kamsiah. Luucy dan Nancy belum sampai lagi. Jadi kami makan dulu. Bismillah. |
Ini minuman panas Kamsiah. Amie ambil gambar jew... |
Yang tiga piring ini Amie punya. Hehehee... tak mahu guna 'pinggan' sebab pinggan saiznya besar, dan piring kecil sikit kononnya.... ahaks! |
Beef sausages bahagian luarnya agak liat sedikit. Grilled veggies sedap sangat, padahal sayur-sayuran saja. |
Kita nak cuba rasa daging kering yang diasap dengan kayu oak. Ada rasa masin garam dan liat sedikit. |
Ambil jugalah salad dan ikan serta chicken slice. |
Ambil juga buah peach dalam tin. |
Alhamdulillah. Kenyang makan sayur! |
13 comments
Mewah betul pilihan makanannya 😍
BalasPadamKak Amie pun nmpk berseri dgn tudung bunga² merah ni :)
Kalau tak keberatan boleh Kak Amie kongsi contoh catatan di buku nota Akk? Nak belajar juga mencatat di buku nota ☺️
cantik dan nampak mewah susunan kerusinya semua tu lah kak... makanan walaupun takde nasi tapi tetap nampak sedap semuanya kak oi, dengan segala jenis roti tu, segala menu yang ada memang nampak menyelerakan.
BalasPadamseronok tu hidangan sarapan pagi...mcm2 bole makan...suhu 1c sejuk tu
BalasPadamBetullah kak Amie, menulis di buku tu baru meresap dalam hati. Sebab tu lebih suka buat nota dalam buku.
BalasPadamRuang makan luas dan jarak meja pun jauh. Sangat selesa begitu. Banyak pilihan makanan juga. Memang cantik pinggan tu, tertarik juga tengok.
Alhamdulillah..happy tummy.
gerammm je sy tgk roti2 bun2 semua tu
BalasPadamdalam cuaca sejuk tu
dapat cicah dgn teh tarik tu kakkkk
yaa ampunnnnn
boleh kenyang smpi tgh hari
hahahaha
ooo sama je ya waktu sarapan hotel kat sana dgn kat sini...
Makanan ruji mereka ni gandum kan Kak Amie, jadi tak jumpalah nasi goreng atau nasi lemak. Tapi yg dihidangkan tu memang nampak enak² belaka, rasa tak nak bangun dari meja.
BalasPadammakanan sana kebanyakkan roti ye kak amie? sejuk-sejuk tu ada selera tak nak makan tu? hehehe
BalasPadamalhamdulillah mewah semuanya di sini selesa mengembara
BalasPadamSA tergoda betul dengan apple kuning tu...kenapa xde jual kat Malaysia erk..
BalasPadamantara negeri yg sangat ingin dikunjungi.. Bosnia.. dari dlu waktu peperangan sehingga ke skrg.. org bgth bosnia sgt indah dan cantik skrg...
BalasPadamBreakfast spread tu kannnnn alahai tak tahan tengok. Suka semuanya walaupun tak termakan semua. Cantik dewan makan hotel ni. Memang berseri Kak Amie dengan jaket merah.
BalasPadamApple hijau tu macam iras jambu batu la
BalasPadamMemang lah, salad di luar negara itu enaaak selalu. Ntah karena cara masak, atau memang kesegaran dari sayuran ya yg menambah rasa. Saya selalu suka makan salad tiap ke luar negara. Salad dengan balsamic saja pun dah sedap 👍
BalasPadamBreakfast selalu lebih banyak Krn kegiatan kita kan biasanya padat di pagi hari. Kalo malam baiknya memang sedikiiit saja. Krn tak banyak gerak 😄