Bermalam di Caorle : Hotel Venezia

9:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam kedua Trip Balkan, kami menginap di Hotel Venezia yang terletak di Viale S. Margherita, Caorle Italy. Hotel Venezia ini menawarkan perkhidmatan taraf 3 bintang.


Malam yang gelap berkabus memang menghalang pandangan mata dari melihat pemandangan di kiri kanan jalan. Tidak sabar menanti ketibaan hari esok dengan cahaya matahari yang menerangi alam untuk melihat persekitaran daerah Caorle ini.




Setelah daftar masuk hotel dan mengambil kunci, kami bergeas menaiki lift ke tingkat atas. Rasa tidak sabar hendak bersihkan diri, solat jamak dan terus merebahkan diri di atas katil.


Tolak pintu bilik 103, sebuah katil bertilam empuk sudah sedia menanti!




Buka pintu almari, dan di dalamnya ada bantal dan selimut extra.


Skrin TV.

Seperti Hotel B&B di Milano, tiada air mineral dibekalkan dan tiada juga cerek elektrik. Jadinya, lain kali jangan buang botol mineral yang kosong. Bawa saja masuk ke bilik hotel. Oleh kerana tiada gelas disediakan, jadi kami kena belajar masukkan air paip ke dalam botol dan terpaksalah minum juga kalau rasa dahaga.


Ada pintu di sebelah sana, mungkin pintu mke tandas. Jom kita buka.


Bukan pintu ke tandas tapi pintu ke sebuah bilik berkatil queen. 



Ada meja dan kerusi, skrin televisyen, dan juga mini peti sejuk.


Apabila buka peti sejuk mini, tiada apa-apa di dalamnya walaupun sebotol air mineral.


Ruangan tandas agak kecil sedikit.







Banyak pula tuala yang disediakan, sesuailah dengan jenis bilik kami yang mungkin jenis family room.


Jom intai suasana malam melalui balkoni.
Sebaik sahaja pintu dibuka, angin malam yang dingin terus menerpa masuk ke dalam bilik.
Kamsiah sudah memesan awal-awal lagi supaya kami tidur sekatil!


Papan tanda Hotel Venezia yang dapat dilihat dari beranda bilik.


Di kiri kanan beranda disediakan kerusi untuk duduk-duduk.


Malam itu kami bersihkan diri dan mandi. Mesti mandi sebab sudah jalan-jalan ke pelosok tempat, naik bot menyeberang ke Pulau Venice, bersiar-siar di San Marco Square, naik gondola di terusan-terusan sempit! Memang tidak nampak kotor dan tidak berbau, tapi mesti bersihkan diri juga. Selepas solat jamak, kami 'pengsan' di bawah suhu 3'C sehingga deringan alarm mengejutkan kami pada pukul 4 pagi. Waktu solat subuh pada hari ini dijadualkan pada pukul 5:33 pagi. 


Pemandangan waktu bagi dari dalam bilik hotel pada pukul 6:46 pagi.



10 minit sebelum waktu sarapan yang dijadualkan pada pukul 7 pagi, kami seret beg untuk turun ke lobi hotel.


Ruangan dalam lift sangat kecil, hanya boleh memuatkan empat atau lima orang sahaja. Kalau bawa beg, hanya dua orang sahaja yang boleh masuk.


Sementara menanti giliran masuk lift, ambil dahulu beberapa keping gambar hiasan di dinding hotel.








Jom turun ke lobi. Beberapa minit sahaja lagi masa untuk bersarapan akan tiba.

14 comments

  1. 3° fuh sejuknya kak 🥶

    Tumpang seronok saya baca trip kak Amie. Nak kena cari masa catch up entri terdahulu.

    BalasPadam
  2. Sejuk tu 3 degree.. mmg tak sabar nak tgk gmbr waktu siang di balkoni tu hahahaha.. alhamdulillah nampak selesa tapi tu la tak ada air mineral takde kettle hurmm susah jugak tu..

    BalasPadam
  3. tidur bilik hotel tu untuk 1 malam je ye kak, luas betul bilik nya ya tu, ada bilik dalam bilik. Nampak tebal betul kabusnya tu, memang tidur kene berselimut jelah tu kan.

    BalasPadam
  4. alamak sejuknya 3° tu! suhu kat malaysia ni hari hujan non stop pon dah sjuk dahh hehehe

    BalasPadam
  5. aduh sejuknya...dengar pun rasa nak gigil

    BalasPadam
  6. Agaknya berapa jam lah rakan muslim kita berpuasa di sana?

    BalasPadam
  7. Cantik pula set cadar patchwork tu, jarang hotel guna cadar berwarna/corak.
    Macam tiap hari bertukar2 hotel je kak.

    BalasPadam
  8. besar jugak biliknya...untuk berdua..

    BalasPadam
  9. tengok pemandangan yang berkabus bagi terasa- terasa sejuknya...

    BalasPadam
  10. Bila dah berjalan lama, memang tak sabarlah nak bersihkan diri, solat dan berehat di tilam empuk. Luas biliknya sebab bilik family. Dapat duduk di beranda tu syok juga. Tapi sejuk ya amat kalau nak duduk di luar. hihi...

    BalasPadam
  11. Hanya semalam ya kak tidur sini? Capek sungguh. Tapi memang tur Eropa kalo banyak negara, jadi cuma semalam2 di tiap negara kan. Sebenarnya capek tp positifnya jadi banyak yg bisa dilihat 😅.

    BalasPadam
  12. Kenapa Kamsiah ajak tidur sekatil, dia takut eh? Heheheh.

    BalasPadam
  13. Sejuknya, memang best tidur berdua rasa kurang sejuk nya kan. Betul kalau satu hari keluar, sampai bilik hotel mesti nak bersihkan diri.

    BalasPadam
  14. tampak kemas dan selesa...
    saya suka kalau segalanya lengkap
    terasa mcm berbaloi2 belanja bsr utk melelapkan mata
    ;-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe