Berangkat ke Venice

11:16 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
14 Februari 2024 bersamaan pada hari Rabu, kami dijadualkan berangkat ke Venice sekitar pukul 8:00 pagi. Oleh kerana TGB sudah memberi peringatan menepati masa, maka melenting jugalah suaranya apabila ada beberapa orang peserta yang terlewat. Tidaklah terasa hati sangat dengan suaranya yang tinggi, mungkin sudah kebiasaan baginya untuk sentiasa bertegas. Cuma, dalam hati terdetik juga kalau lambat bas bergerak, bermakna lambat sampai tempat tujuan dan tidak cukup masa untuk berada di lokasi yang dijadualkan. 

Susunan beg peserta rombongan yang akan diseret ke tempat letak bas di luar hotel.

Serahkan kunci bilik di sini.

Sempat bergambar di pintu masuk hotel.

Suasana di belakang hotel.

Pemandangan jalan masuk ke hotel.


Pemandangan di belakang hotel.


Bergambar berhampiran pokok yang serupa jerangkung ketika dilihat sebelah malam!



Walaupun pokok-pokok lain hanya tinggal ranting tetapi di sebelah tepi hotel ada rumpun pokok berbunga merah yang menyerikan pemandangan.


Oleh kerana masih ada masa lagi, jadi masuk semula ke lobi hotel.


Semalam pemandangan di sini kurang jelas di bawah samar cahaya lampu.
Nampaknya pagi ini lebih terang.


Pelbagai jenis buku bacaan ada di sini. 
Rasanya bukan sekadar hiasan, tetapi boleh dibaca.





Kalau ada banyak masa memang hendak belek-belek!


Macam ada sesuatu di balik pokok bunga ini.

Oh, rupanya ada ukiran patung manusia menunggang kuda.

Terima kasih Kamsiah tolong tangkap sekeping gambar di sini.

Tinggallah dahulu B&B Hotel Malpenso Lago Maggiore di Vergiate VA Italy. Macam-macamlah ceritanya di sini. Makan nasi hampir tercekiklah sebab tak berani minum air paip! Tak boleh basahkan lantai bilik airlah! Ada dua mangkuk tandas yang panti apa fungsinya yang satu lagi itu.... ahaks! Yang pastinya tidur lena, dan bangun pagi terasa bertenaga, mandi sepuas-puasnya dan mengharapkan permualaan hari yang baik untuk meneruskan perjalanan ke Venice selama lebih kurang lima jam.

Sekarang sudah tiba masa untuk berangkat ke Venice.

Walaupun sudah pukul 8:00 pagi tetapi suasana masih seperti awal pagi, seperti selepas subuh!
Barangkali disebabkan musim sejuk, kabus masih menyelimuti persekitaran. Perjalanan kami lewat hampir setengah jam kerana ada masalah peserta rombongan tercari-cari barangnya yang dikatakan tertinggal di bilik hotel.

Bismillah.
Mari mulakan perjalanan dari Milan ke Venice.

12 comments

  1. Mengembara kenalah ikut time yang telah di jadualkan kalau tak nanti acara berubah rentak pula. Yang ni memang selalu tourist guide bagi amaran. Kadang kalau dia dah geram dia kata nak tinggal je. hehehehe kita yang dengar ni emmm sengeh je lah nak buat macamana kalau ada geng yang lemah gemalai jalan. hehehehehe

    BalasPadam
  2. Kita ikut trip berkumpulan ni kenalah menepati masa kan. Untuk memudahkan perjalanan dan jadual juga. Sabar je lah kalau ada yang lambat tu. Macam-macam kenangan di sini. Yang penting dapat tidur lena.

    Nampak serabut pula tengok banyak sangat hiasan di lobby. huhu...

    BalasPadam
  3. Syok jalan2 tu jangan lupa balik tau!

    BalasPadam
  4. Masalah utama kalau pergi melancong ni adalah masa, menepati masa. Kalau tak tegas dengan masa rugi lah kita kan, nak pergi banyak tempat nak duduk lama kang tak puas hati kan

    BalasPadam
  5. Kak Amie, di Italia memang selalu ada 2 tandas, yg satu lagi ada kran di atasnya. Jadi fungsi tandas kedua, adalah utk membersihkan bagian private part kita 😄. Sebenarnya sama macam bidet. Tapi kalo bidet bentuknya memanjang kan macam selang.

    Cara pakai yg di Italia ini, tinggal duduk menghadap ke kran kalo ingin bersihkan bagian depan, atau membelakangi keran jika ingin bersihkan bagian belakang.

    Lalu biasanya ada handuk kecil di sebelah, itu utk mengeringkan bagian private parts yg sudah dibersihkan ☺️.

    BalasPadam
  6. Oh, itu fungsi dua mangkuk tandas. Sy fikir satu tu disediakan utk pria, hahahah.

    Sy tak suka org lmbt dlm rombongan ni tau.

    BalasPadam
  7. Tengok view pagi tu pun terasa dingin dan nyaman.

    BalasPadam
  8. Seronoknya dah sampai Venice...Dulu selalu baca Pasar Terapung di Thailand mendapat jolokan " Venice Timur"

    BalasPadam
  9. Kalau travel secara rombongan ni kalau lambat boleh bikin marah...

    BalasPadam
  10. Sesekali mengembara ke negara orang ni best juga kan . Kita pun dapat ilmu dan juga pengalaman baru kat sana .

    BalasPadam
  11. kalau join tour, memang kena ikut timing la kan.. sebab kalau sorg lmbt, semua pon akan jadi lmbt.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe