Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke-19

7:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam merancang dengan Encik Suami untuk mula berbelanja membeli barang keperluan dapur untuk sambutan hari raya. Apa yang dirancang semua tak menjadi. Badan rasa hangat semacam. Menjelang tengah hari, tiga kali mandi. Mandi kali ketiga, tidak lap badan dengan tuala. Terus pakai kain sarung. Entah panas di luar rumah atau di dalam rumah atau di badan sendiri, kain yang dipakai kering dengan sendirinya.

Selepas zohor Encik Suami hendak keluar. Beberapa kali tanya kita, hendak makan apa buka puasa nanti? Katanya nanti dia akan belikan kuih. Amie kata, tak perlulah beli kuih. Bukan apa. Nanti tidak habis dimakan pula. Cukuplah beberapa kali beli kuih di bazar Ramadan, akhirnya membazir sahaja. Beli nona manis, diharapkan lemak dan manis tapi keras bahagian luar dan dalam. Hendak buat sendiri, alang-alang pula. Bukannya banyak hendak dimakan. Sekadar satu dua ketul sahaja pun. Dengarnya tidak banyak pengunjung di bazar Ramadan LD dan sebahagiannya sudah tutup warung!

Encik Suami pulang dengan membawa sebiji tembikai, mi kuning, sayur sawi, ikan tongkol dan lain-lain. Katanya, nanti gorenglah mi kuning untuk berbuka puasa. Melihat tiga ekor ikan tongkol saiz agak kecil, tiba-tiba teringin pula hendak makan nasi dengan singgang ikan tongkol! Jadinya, kita goreng mi untuk Encik Suami dan Firdaus. Untuk sendiri kita masak singgang ikan tongkol.


Hidangan Berbuka Puasa

Mi goreng tambah daging dan sosej.

Popia Goreng

Seperti biasa, kalau tidak samosa Firdaus minta gorengkan popia. Kelmarin Encik Suami beli sebungkus popia. Sudah digoreng 10 ketul dan hari ini goreng lagi 10 ketul. Apabila tinggal seketul popia terakhir di piring, Firdaus akan tanya : Mommy dan Baba hendak makan popia? Kami jawab tidak, dan sudah tahu memang dia akan tertunggu-tunggu untuk menghabiskannya. Jadi kami suruh Firdaus habiskan. Budak ini pandai ambil hati kami. Dia mesti ucapkan: Terima kasih Mommy dan Baba.

Jus Tembikai

Terima kasih Encik Suami kerana setiap petang mesti sediakan minuman. Kalau Fairuz ada, dialah tukang sediakan minuman untuk berbuka puasa. Encik Suami kata bulan puasa ini tembikai dengan kelapa muda naik harga bukan alang-alang!

Singgang Ikan Tongkol

Inilah singgang ikan tongkol yang teringin Amie makan dengan nasi putih. Untuk tambah aroma, Amie masukkan daun kemangi. Sedaplah apabila dihirup kuahnya yang masih panas dengan rasa masam asam keping.

Budu + Cili Padi + Limau Nipis

Inilah untungnya negara kita ada macam-macam resipi dari pelbagai negeri. Sudah ada singgang ikan baiklah tambahkan budu pula, Bubuh cili padi dan hirisan limau nipis. Terus naik selera!

Tempe + Tauhu Goreng + Pudina + Kemangi

Tak cukup dengan budu yang sinonim dengan negeri Kelantan, kita tambahkan dengan tempe dan tauhu goreng mewakili makanan orang Jawa pula. Encik Suami petikkan daun kemangi dan daun pudina yang ditanam sendiri. Cukuplah itu buat ulam-ulaman.

Selamat berbuka puasa.
Bismillah.


14 comments

  1. Rasanya bulan ramadan kali ni tak membeli kuih. Macam-macam kejadian kuih di BazRam tahun ni. Bila lapar moreh baru membeli apa yang ada. Kadang tu lah, bila dah makan berbuka rasa kenyang. Lepas tarawih baru macam nak makan sikit. Bagusnya Daus. Kalau dia tanya maksudnya dia nak lah tu kan. Suka betul dia dengan samosa dan popia ye. Daun kemangi tu saya no idea bau dia macamana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemangi itu keluarga selasih.
      Aromanya seperti serai tapi lebih lembut dan menyegarkan. Boleh dibuat ulam, dicampur dalam sambal dan pelbagai masakan berkuah.

      Padam
  2. Cukup lengkap hidangan berbuka. Ada nasi dan lauk singgang, ada budu utk dicicah, ada pulak mee goreng.

    Sebak pulak bila baca Firdaus tak pernah lupa ucap terima kasih. Begitulah sy masa kecik² dulu, tiap kali lepas makan, sy akan ucapkan terima pada ibu dan abah, begini.
    "Alhamdulillah, Terima kasih, bu, terima kasih, bah."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah SK. Ada tiga penghuni rumah, ada tiga jenis menu yang disediakan di dapur. Tapi semuanya ringkas dan mudah saja penyediaannya.
      Ya, memang begitu Firdaus. Setiap kali makan samada berbuka puasa atau sahur mesti diakhiri dengan ucapan terima kasih kerana Mommy sedikan makanan, katanya.

      Padam
  3. Menarik singgang ikan tongkol, saya belum pernah tau dan merasakan,apakah mirip-mirip ikan pindang kak rasanya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga mirip rasa pindang. Bahannya termasuk bawang putih, bawang merah, hirisan halia dan lengkuas, lupa pula saya masukkan hirisan kunyit hidup. Tambahkan asam gelugur, jika suka masukkan sayur seperti tomato dan kacang bendi. Saya suka tambahkan cili padi supaya jika teringin rasa pedas, waktu makan dengan nasi picit saya cili padi tadi. Untuk lebih aroma, saya tambahkan daun kemangi. Memang mantap rasanya ketika kuahnya dihirup panas.

      Padam
  4. Menu cikgu tak pernah tak menarik....menggoda sokmo..

    BalasPadam
  5. Kami antara yang wajib ada buah tembikai dan air sejuk 1 cawan besar.... hangat sangt kan siang hari nya

    BalasPadam
  6. sedapnyaaa lauk ikan tongkol
    tapi kan kalau mkn ikan tongkol selalu x abis
    sy akan cari size kecil
    hehehe

    BalasPadam
  7. Sedap nya semua. Singgang Ikan Tongkol paling kami suka. Makan dengan budi fuhhhh terbaik Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Aduhhh...singgang ikan tongkol tu sedpanyaaa...ada plak budu...argh....x bleh tahan la

    BalasPadam
  9. betul, terkadang beli jajanan untuk berbuka dari luar, suka ga habis. krn banyak lapar mata saja. saat dicoba tak terlalu suka. jus semangka itu menggoda sangat kak. memang lah paling sedap buka dengan jus semangka saat puasa

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe