Makan Tengah Hari di Restoran Islamski Centar Zagreb

10:03 PTG

Bismilahirrahmanirrahim.
Agak lama juga perjalanan dari Caorle, Italy melintasi Slovenia untuk sampai ke Croatia. Dua kali check point dan pemeriksaan polis serta dua kali berhenti di stesen minyak untuk ke tandas rupanya mengorbankan masa juga. Lebih kurang pukul 2 petang waktu Crotia (waktu di negara kita pukul 9 malam), barulah kami sampai ke sebuah tempat makan halal iaitu Restoran Islamski Centar di Zagreb, ibu negara Croatia. Barangkali sudah melepasi waktu pagi, suhu di sini lebih panas dan berpeluh jugalah kalau memakai baju sejuk. Jadi, tinggalkan saja baju sejuk di dalam bas.



Restoran Islamski Centar


Tempat makan di sini besar dan luas.
Kami memilih duduk di bahagian tepi sambil menikmati pemandangan di luar.




Pada mulanya terkial-kial juga untuk memilih makanan. Tengok gambar yang berbeza dengan makanan kita, masing-masing tertanya-tanya bagaimana dengan rasanya pula. Bagi yang suka mencuba sesuatu yang baharu mungkin bukan satu masalah besar. Itulah cabaran yang perlu dilalui kalau berada di negara orang. Lupakanlah buat seketika segala singgang, asam pedas dan sambal belacan. Marilah kita cuba menu negara Croatia pula. Amie lihat menunya tidak jauh beza dengan menu di Bosnia Herzegovina. Jadi Amie pun pilih cevapi u lipinji (minced beef balls in white bread).

Setelah memilih menu masing-masing, kami sepakat hendak minum panas. Jadinya, semua memesan Turkish Tea.


Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba ke meja, mari kita belajar bahasa Croatia melalui senarai menu:
Biftek : Beefsteak
Pohana piletina : Fried chicken steak


Sumber : Google



Turkish tea


Memang nikmat sungguh dapat hirup teh panas!
Mata pula tidak lepas memandang pokok-pokok kering di luar restoran.
Entah apa yang uniknya di sebalik pohon togel di penghujung musim dingin ini.



Cevapi U Lepinji Mali

Hidangan pertama tiba iaitu makanan yang Amie pesan : Cevapi U Lepinji Mali
Cevapi ialah hidangan daging cincang panggang yang merupakan makanan tradisional penduduk Bosnia & Herzegovina dan juga Serbia. Namun begitu makanan ini juga terkenal di negara jiran seperti di Croatia, Montenegro, Slovenia, Republik Macedonia, Bulgaria, Romania, Republk Ceko, Slovakia, Austria dan beberapa buah negara lain yang berhampiran.

Ada dua pilihan hidangan untuk pelanggan, iaitu samada memilih 5 atau 10 biji cevapi yang akan  dimasukkan ke dalam flatbread(lepinje atau somun), dengan hirisan bawang bombay, sour cream, kajmak, ajvar, cottage cheese, cincangan capsicum merah dan garam. Biasanya cevapi dibuat dari dua jenis daging lembu cincang dan kambing biri-biri muda yang dicampur dan dibentuk seperti corong dengan menggunakan tangan yang kemudian dipanggang.

Amie memilih 5 biji cevapi sahaja. Itu pun, tidak mampu habiskan rotinya yang saiz besar!

Jom makan cevapi yang masih panas!

Mijesano Meso S Prilogom

Lucy memilih set Mijesano Meso S Prilogom. Hidangannya mengandungi mixed meat, grilled potatoes, minced beef, cevapi, chicken skewers & veal chicken. Meriah sungguh pinggannya!

Pohana Teletina S Prilogom

Kamsiah pula memesan Pohana Teletina S Prilogom yang terdiri dari fried chicken steak with french fries. Hidangan dilengkapi dengan sos dan salad.

Pileci Raznjici S Prilogom

Nancy memilih menu Pileci Raznjici S Prilogom. Set hidangannya mengandungi chicken grilled skewer dan french fries dan didatangkan bersama sos serta salad.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Jom makan sementara hidangan masih panas.

Resit pembayaran.

Boleh bayar dalam bentuk mata wang Croatia iaitu KUNA (KN) atau EURO. 
Di bawah resit tertulis perkataan Hvala yang bermaksud terima kasih. Amie faham maksudnya  sebab sewaktu di Bosnia dulu, tour guide ajar kami perkataan tersebut.


Tandas di restoran boleh digunakan secara percuma oleh para pelanggan.


Selepas makan, kami tidak boleh berlama-lama di sini kerana perlu ke masjid untuk solat jamak dan selepas itu akan meneruskan perjalanan ke Kota Zagreb.

Jumpa lagi!


14 comments

  1. Aghhhh saya sukaaa liat menu2 negara iniii. Mungkin kalo saya kesana bisa cocok dengan menu mereka 😍😍😍.

    BalasPadam
  2. Cevapi U Lepinji Mali tu nampak sedap Kak Amie..tergeliat lidah nak menyebutnya

    BalasPadam
  3. ok juga lah menunya lebih kurang mcm konsep chicken wrap di sini hehe

    BalasPadam
  4. Hidangan Cevapi U Lepinji Mali tu nampak sangat menyelerakan...jenuh nak sebut nama...nak eja nama pun berkali tengok🤣

    BalasPadam
  5. Sy suka cuba menu baru tapi jika begitu namanya, pening jugaklah nak memilih mana yg sedap, kan. Tapi nmpknya mmg sedap betul tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  6. sedap betul tengok menu nya kak walaupun berasaskan roti gitu

    BalasPadam
  7. Nampak menarik untuk dicuba, kecuali jenis roti sebab terbayang liat 😄

    Panjang nama menunya ya. Susah pulak nak sebut.

    BalasPadam
  8. Terima kasih bawa kami makan di situ sama2 hehe

    BalasPadam
  9. sekali tengok mmg tak ubah macam makanan turkiye

    portion nampak cam sikit tapi once dah masuk perut mmg kenyang yakmat kan kak?

    sy suka teh turkiye ni. sbb dia pekat dan wangi...

    resit hampir sama.kat sini. cuma kdg ada QR code. ada tak...

    BalasPadam
  10. Nampak selesa restoren tu.
    Meriah hidangannya.
    Gamaknya kat sana ada tak eh cam restoren mamak yang terbuka atau semua restoren tertutup dek kerana cuaca yang sejuk.

    BalasPadam
  11. Sedapnya semua food tu. Kecur tengoknya. Macam rupa Turkish menu jugak, tapi pasti semua sedap.

    BalasPadam
  12. Lama betul berhenti di check point. Dah berkurang masa untuk berjalan². Bagus juga memilih resto ni yang luas dan selesa. Pergi tempat orang, kenalah kita adapt dengan makanan mereka. Memang terpaksa lupa terus makanan kita. hihi..unik dan cantik cawan turkish teh tu. Menarik juga bentuknya. Makanan sebegini ringkas tapi mengenyangkan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe