Rendang Isi Perut Ayam

12:46 PG

Jalan-jalan di Pasar Malam Bukit Cheraka di petang Rabu, terjumpa selonggok isi perut ayam... telur dan kelongsongnya sekali..... bila ditimbang tidak sampai 1 kilogram. Harganya hanya RM3.50 sahaja dari RM5 untuk 1 kilogram. Amie tambah 1/2 kg hati dan 1/2 kg mempedal. Cukup lengkap... dan hasrat hati pada keesokan harinya nak masak.... nak masak ungkep! Tapi bila selongkar dapur... tak jumpa pulak rempah ketumbar dengan jintan! Habis nak buat cemana? Tak jadilah nak masak untuk lauk tengahari. Dah siap makan tengahari, barulah terfikir semula kalau tak masak isi perut ayam tu hari ini, bila lagi... sebab esoknya (29/11/2014) nak ke Lumut nak ambil Fairuz dan Fuad di Teluk Batik. Baliknya pula 30/11/ 2014.

 Kita masak rendang ajelah yea.... boleh untuk jadikan lauk makan malam pula.

 Rendang Isi Perut Ayam!

Masa kecik-kecik dulu... telan liur tengok orang tua-tua makan isi perut ayam semasa rewang ketika kenduri. Kata mereka, anak-anak tak boleh makan! Tapi pernah sekali Amie 'copet' dan rasanya tersangatlah sedapnya! Seingat Amie organ dalaman ayam, biasanya ayam kampung.... mereka masak ungkep!

Mmmmm... tak dapat masak ungkep pun tak apalah. Kita ada pilihan lain dengan menggunakan bahan-bahan segar sebagai perencahnya.

 Ada halia, lengkuas, kunyit hidup, serai.... semuanya lengkap! Segar dari ladang....

 Dan daun kunyit ... jangan lupa untuk dapatkan aromanya dalam masakan!

 Amie gunakan cili padi... biar rendang pedas berasap!

Jom semak resepinya di bawah ini. Amie main lebur aje semua bahan dalam kuali. Tak ada protokol masakan masuk mana dulu he hehehhe.... macam buat Rendang Minang!

Bahan-bahan:
750 gram isi perut ayam - telur muda & kelongsong telur - bersihkan
1/2 kg hati ayam - bersihkan dan potong 3
1/2 kg mempedal ayam - bersihkan dan potong 2
2 biji kelapa parut - kisar dengan air dan ambil 1 liter santan 
2 helai daun kunyit - siat-siat
5 sudu makan kerisik
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa

Bahan kisar:
1 genggam cili padi - anggaram 25 biji - ikut kepedasan masing-masing
3 labu bawang besar - belah 4
5 ulas bawang putih
5 cm lengkuas
4 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 batang serai - ambil isinya yang putih dan hiris kasar

Cara:
1.  Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan jerang di atas dapur.
2. Kacau sekali sekala sehingga masak dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila rendang mulai pekat, kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bahagian bawahnya.
 
Jeng... jeng jeeeenggggg.... Rendang Isi Perut Ayam sudah siap! Selepas Amie siap masak rendang ini Amie pun letakkan separuh di bawah tudung saji dan kemudian kami pun pergilah ke Pasar Malam di Kapar sementara menunggu kepulangan Farid dari Bangi. Kakak tolong ambil Farid yang turun di Shah Alam... kami nak pergi takut sesat jalan pulak!

Bila balik semula ke rumah, Farid pun dah menunggu. Alahai... anak Mummy... rindunya lama tak jumpa. Bonda pula bagi tahu tadi adik Amie datang, anak-anak buah datang... masing-masing minta rendang yang masih ada atas dapur. Bonda kata Amie masak untuk Farid tu.... eh! Farid tak pandai makan isi perut ayamlaaaa.... makan sajalah... Amie masak untuk sesiapa saja yang nak makan, yang datang ke rumah Bonda. Sedap ke? Sedaplah tu....

5 comments

  1. tak pernah mkn isi perut ayam.. nmpk lazat sgt bila dh jd rendang.. sedapnyaa ^_^

    BalasPadam
  2. nampak sedap kak Ammie tapi serius saya lom pernah makan isi perut ayam. dah jadi rendang mengiurkan selera lak.. :)

    BalasPadam
  3. kami pun kecik2 dulu dilarang makan organ dalaman ayam...tp itulah kita zaman kanak2 benda dilarang tulah nak dibuat.

    BalasPadam
  4. Amie! sedapnya nampak ungkep tu..terliur rasa huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe