Buli Membawa Kepada Pembunuhan Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu : Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat
1:29 PTGSebahagian daripada ahli keluarga yang menunggu jenazah tiba di tanah perkuburan. |
Siti tidur tak malam tadi?
Jawabnya : Auntie, Siti tak dapat tidur dari kelmarin sampai sekarang.
Kawasan larangan di bilik asrama, sementara siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan ahli forensik. |
- Pada pagi Siti hendak bersiap-siap ke tempat kerja, Siti mendapat panggilan dari KV yang memaklumkan Allahyarham mengalami sesak nafas. Siti diarahkan terus ke hospital dan menunggu di bahagian forensik.
- Pada ketika ini Siti sudah syak ada sesuatu yang tidak kena kerana perlu ke bahagian tersebut. Setahu Siti bahagian forensik merupakan tempat untuk bedah siasat mayat.
- Apabila Siti sampai ke hospital, tiada Allahyarham di bahagian forensik. Sebaliknya dimaklumkan ambulans tidak dapat membawa Allahyarham dari KV ke hospital.
- Siti bersama suami, dan ahli keluarga yang lain tidak sedap hati. Mereka bergerak menuju ke KV.
- Sesampainya di KV, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana siasatan sedang dijalankan di bilik asrama.
- Siti beritahu, dia hanya nampak jenazah ditutup dengan plastik hitam dan terlihat kakinya sahaja yang berstoking.
- Menjelang tengah hari, barulah jenazah dibawa ke hospital.
- Siti masih juga tidak dibenarkan melihat jenazah.
- Pakar forensik dikatakan akan sampai ke LD samada pada hari Ahad atau hari Isnin. Jadi, pada malam itu jenazah diletakkan di bilik mayat.
- Semua ahli keluarga pulang ke rumah masing-masing dan keesokan paginya berkumpul semula di hadapan bilik mayat.
- Pukul 10 pagi, bedah siasat dijalankan sehinggalah menjelang pukul 6 petang. Bermakna lebih kurang 8 jam pakar forensik melaksanakan tugasnya.
- Selepas dimandikan, dikafan dan solat jenazah akhirnya jenazah di bawa ke tanah wakaf perkuburan milik datuknya untuk disemadikan.
- Sebelum bedah siasat, Siti diminta untuk proses pengecaman mengesahkan jenazah adalah Aizat.
- Siti minta izin daripada pakar forensik untuk cium Aizat, tapi tidak dibenarkan kerana akan ganggu proses bedah siasat.
- Untuk proses pengecaman, Siti hanya boleh lihat dari jarak jauh, bukannya dekat dengan jenazah.
- Siti tengok muka Aizat (di sini Siti menangis lagi... bayangkanlah melihat wajah yang dibelasah oleh 17 orang!) Hanya bahagian wajah sahaja yang dibenarkan untuk dilihat.
- Menangislah Siti... keluarkanlah air mata Siti. Allah anugerahkan air mata untuk meluahkan perasaan. Bukan bermaksud Siti menyesali takdir kerana takdir itu sudah terjadi ke atas Aizat, tapi Siti ada perasaan. Siapa tidak sedih menghadapi dugaan berat seperti ini.
- Memang Siti perlu ambil masa untuk menerima dugaan yang maha hebat ini. Perlahan-lahan lepaskan Aizat dengan redha, dengan doa ikhlas seorang ibu di atas pemergiannya kembali kepada-Nya.
- Percayalah Siti, memang sakit dan teramat sakit! Aizat sakit dibelasah sehingga maut, Siti sakit yang tak tertanggung menerima berita ini. Ingat firman Allah dalam Surah Al-Insyirah: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan! Siti.... in syaa Allah, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Aizat akan mendapat rumah baharu yang sangat aman dan nyaman di syurga Allah! Syurga itu tidak dapat dibeli dengan segala harta kita yang ada, tapi itulah balasan di atas kesabaran Siti sebagai ibunya. Doa ibu tiada penghalangnya. Doakan Aizat....
- Aizat pergi di bulan mulia, di hari mulia, pagi Jumaat penghulu segala hari.
- Siti sebenarnya tidak benarkan Aizat sambung belajar di KV tapi dia sangat berminat untuk ke sana. Akhirnya Siti terpaksa mengalah. Aizat terpaksalah tinggal di asrama kerana masalah kenderaan dan memakan masa pula untuk ulang-alik dari Silabukan ke KV.
- Aizat suka masak. Setiap kali Siti balik kerja, Aizat sudah siap hidangkan makanan atas meja dan ajak Siti makan.
- Siti kata tak perlulah adik (panggilan untuk Aizat) belajar jauh dan tinggal di asrama, nanti tiada orang akan masakkan untuk ibu.
- Pada malam sebelum kejadian, Aizat hantar mesej kepada Siti. Katanya, dia dapat MC sebab demam. Siti tanya lagi, sudah makan ubatkah? Aizat jawab, sudah. Seperti biasa menurut Siti memang mereka selalu akan berhubung samada melalui mesej atau video call.
- Siti dengar Aizat dua kali kena pukul. Kali pertama Aizat dipukul, HPnya terlempar dan dia cuba untuk mengambil HP tapi dihalang oleh tukang pukul. Kalaulah waktu itu Aizat dapat hubungi Siti, sudah tentu Siti akan terus ke asrama. Kali kedua dipukul, Aizat sudah tidak dapat selamatkan diri.
Oleh kerana proses bedah siasat memakan masa yang agak lama, jadi Encik Suami hantar Amie pulang untuk menyediakan makanan berbuka puasa. Encik Suami kembali ke hospital kerana bila-bila masa setelah bedah siasat selesai, Encik Suami sudah bersedia untuk turut memandikan jenazah. Rancangannya, apabila selesai memandikan, mengafan dan solat jenazah, Encik Suami akan ambil Amie di rumah untuk sama-sama ke Silabukan. Rupanya, jenazah tidak dikebumikan di Tanah Perkuburan Silabukan sebaliknya datuknya meminta dikebumikan di atas tanah wakaf beliau yang terletak agak jauh dari jalan besar. Untuk menuju ke sana hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang boleh melaluinya. Encik Suami terpaksa tumpang kenderaan anak buah. Dan nasihat Encik Suami supaya Amie duduk sahajalah di rumah bersama Firdaus.
Menjelang pukul 11:11 minit malam Encik Suami sampai di rumah, dan terus mandi. Memandangkan keadaannya yang nampak letih dua hari turut bersengkang mata, Amie tidak terus mengganggunya dengan pelbagai pertanyaan. Waktu sahur, barulah kami dapat berbual lebih lanjut.
Amie sahut: Kita yang melihat pun sudah rasa sakit hati bagai ditoreh-toreh. Apalagi perasaan Siti sebagai ibunya.
Siti senyum apabila sambil angguk-angguk kepala sambil berkata : Ya Auntie. Siti ingat semua itu. Waktu itu Siti sedang mengandung Aizat.
Sekarang Aizat sudah jauh di sana, pergi untuk selama-lamanya. Aizat tinggalkan Aiman, abangnya yang sedang menuntut di IPT di Sarawak.
Terbayang, Aiman dan Aizat dua beradik yang sangat rapat dan minggu lepas sempat dilihat berpegangan tangan selepas menunaikan solat terawih di masjid.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat.
17 comments
Allahu Akbar! Kelu lidah untuk berkata² dan menulis komen. Semoga urusan penyiasatan dipermudahkan dan kebenaran dapat ditegakkan!
BalasPadamAllahu .
BalasPadamIngatkan dicampak dari tingkat satu ..rupanya dari tingkat dua..Allahu Akbar!
Semoga kesakitan yang arwah lalui menjadi penyucian doasa yang memudahkannya meniti Siratul Mustaqim & seterusnya masauk ke ayurga Allah🤲🤲🤲
sedihnya... sampainya hati sampai berbelah orang memukul arwah
BalasPadamSemoga arwah tenang di sana kak amie...orang baik allah ambil..SA mengharapkan balasan setimpal buat mereka yg terlibat...sewenang2 jatuhkan hukuman...biadap...
BalasPadamDijemput pada hari Jumaat di bulan Ramadhan. Buat Siti, moga tabah dan sabar. Allah sayang Siti sekeluarga juga Aizat. Tenang lah kamu anak soleh.
BalasPadamإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
BalasPadamSemalam masa saya baca berita ringkas pun dah cukup sedih. Ini kan pulak baca kisah dari pihak keluarga. Sebak rasa nak menitis air mata 😢
Semoga Allah kurniakan kekuatan buat seluruh ahli keluarga dan moga keadilan segera tertegak.
Ikut sakiiit saya membaca berita ini 😭. Tak tega sungguh. Kuat sangat ibu aizat melihat jenazah anaknya. Jujur kalo saya, rasanya tak sanggub utk melihat kak. Mungkin saya lebih memilih membayangkan wajah anak saya di saat sehat, tidak rusak dibelasah para penjahat2 itu 😭. Krn akan terbayang seumur hidup
BalasPadamYg kuaaaat utk orangtua aizat. Hukuman Allah pasti adil nantinya. Serahkan semuanya ke Allah . Kalo hukuman dunia tidak mampu menghukum yg adil, masih ada hukum akhirat nanti.
Salam takziah buat Kak Amie dan seluruh keluarga 😭
BalasPadamDidoakan agar arwah anakanda Aizat ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲
Mudah-mudahan diberi kesabaran dan kekuatan buat seluruh keluarga utk menghadapi ujian berat ini. Semoga mendapat keadilan yg sewajarnya buat arwah dan keluarga.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Nazmi Aizat. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
BalasPadamSalam takziah buat keluarga arwah. Moga ada kesedaran untuk semua pihak dan tiada lagi kejadian sebegini berlaku. Sedih dan sebak sangat...
Allahuakbar..... Al fatihah buat arwah. Kejam sungguh mereka yang membelasah Arwah. Bukan sikit berbelas pulaknya. Semuga pelaku Allah tunjukkan dan menerima balasan atas perbuatan mereka. Semuga keluarga Arwah tabah hadapi dugaan di bulan ramadan ini. Saya yang membaca pun menangis apa lagi ibunya yang hadapi. Berat sungguh dugaan ini.
BalasPadamSedihnya. Salam Takziah untuk keluarga.
BalasPadamAllahuakbar... keluarga terdekat Amie rupanya Allah.... Ana sekeluarga pon sedih wlu hanya mengikuti kisah di berita saja, apatah lagi ibu kandung arwah sendiri.. Allahuakbar moga ibu arwah diberi kekuatan utk menempuh dugaan maha berat ni di bulan Ramadhan ni.. Allahuakbar sebaknya rasa T_______T
BalasPadamTakziah buat seluruh keluarga arwah. Kuatkan semangat. Semoga kematian arwah dapat pembelaan sewajarnya.
BalasPadamSedihnyer
BalasPadamSemoga roh arwah dicucuri rahmat
Al-Fatihah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apatah lagi Aizat anak yang baik rapat dengan ibunya dan adiknya. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran. Semoga kematian arwah mendapat pembelaan yang sewajarnya dan pelaku²nya mendapat balasan yang setimpal. Kes buli banyak sudah berlaku dengan berakhir dengan kematian. Kes lalu tak cukup memberikan pengajaran agaknya kepada pelaku² tu.
BalasPadamSambung lagi menangis baca kat sini.
BalasPadamAllahu.. sedihnya.
Remuk hati ibu Aizat, tak dapat sentuh pun anak sendiri di kala anak itu terbujur keseorangan.
Semoga ibu Aizat dan seluruh keluarga diberi kesabaran dan ketenangan.
Semoga 15 orang pelaku tu dapat balasan yang setimpal dengan apa yang mereka dah buat, tak terbayangkan seksaan yang arwah hadap dibelasah lepas tu di campak dari tingkat 2, mmg zalim dan kejam betul mereka itu.
BalasPadam