Eat Breakfast Like A King!
12:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Melihat pilihan hidangan sarapan yang begitu banyak, teringat pepatah yang pernah diungkapkan oleh pakar gizi pemakanan dari Amerika, Adelle Davis:
Eat Breakfast Like A King,
Lunch Like A Prince,
And Dinner Like A Pauper.
Jadinya, kali ini kita cerita tentang pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak ketika bersarapan untuk mengumpul bekalan tenaga! Memang banyaklah makanan yang kami ambil tetapi setakat buah-buahan, roti dan minum jus buah. Hendak makan nasi lemak atau mi goreng, minta maaf sajalah. Hendak minum kopi yang banyak pilihan dan sedap-sedap itu, risau pula nanti asyik hendak menandas akibat tindak balas kafein.
Biasanya kami menunggu pengumuman daripada TGB atau TLM samada hotel menyediakan 100% makanan halal atau sebaliknya. Untuk elak rasa was-was, memang kami elakkan pengambilan makanan berasaskan daging seperti sosej dan yang sewaktu dengannya.
Pinggan bertama dipenuhi dengan pelbagai hirisan buah-buahan dan salad serta jus buah delima. |
Ada pelbagai jenis pastri yang kelihatannya enak-enak belaka. Tapi Amie tak ambil.
Begitu juga dengan pie dan kek. Eh, ambil juga sepotong blueberry pie.
Buah pir atau lai jenis concorde. |
Pelbagai jenis buah, di atas dan di bawah para.
Atas para ada limau, kiwi dan epal sebiji-sebiji.
Di bawah pula ada hirisan nanas, limau gedang dan tembikai susu.
Salad pelbagai jenis buah!
Memang meriah dengan buah-buah segar seperti blueberry, strawberry, kiwi dan entah apa lagi.
Buah plum dan buah peach.
Jus delima & jus lemon.
Ada bubur dan telur.
Dan pelbagai minuman panas dari mesin espresso!
Di satu sudut belakang pintu masuk, tersedia bijirin dan kekacang.
Kacang Macadamia |
Kacang Walnut |
Campuran kacang badam kismis, kranberi dan lain-lain. |
Kacang Pinus |
Mengenangkan waktu makan tengah hari yang tidak menentu dan lambat pula, baiklah ambil roti dan sepotong blueberry pie serta kekacang.
Kekacang begini sedap dikunyah bersama kismis dan kranberi kering. |
Setelah habis makan buah-buahan, kita tambahkan pula telur hancur dan sebiji buah epal kuning.
Yellow apple yang besar dan cantik ini sebenarnya kita masukkan dalam beg untuk bekal dalam perjalanan. |
Memaksa diri makan roti dengan jem dan juga sedikit madu untuk lebih tenaga. Itupun, dua keping roti yang diambil, hanya sekeping sahaja masuk perut. Makan buah sahaja mana ada tenaga... ahaks! |
Jus Delima Jus Lemon Limau |
Terakhir, minum sekali lagi dalam cawan kecil jus delima dan jus lemon. Sedaplah pula jus lemonnya.
Ambil juga sebiji limau buat teman epal kuning dalam beg. Harap-harap limaunya manis.
Wokey!
Emak 'king' sudah selesai sarapan pagi.
Emak 'king' sudah selesai sarapan pagi.
17 comments
Aduhai....melihat gambar makanan time panas panas begini....minuman sejuk dan dessert tu bagai terasa rasa lalu kat tekak ni
BalasPadamMeriahnya menu berbuka
BalasPadamaduhai skrg baru jam 2.06 ptg T__T
BalasPadam*ehh typo : jam 3.06 ptg hehehe
BalasPadambanyaknya pilihan pastry yang ada , jenuh memilih tu , ehh apple kuning tu first time juga ccl tengok apple berwarna kuning . rasanya sekaan sama dengan apple hijau & merah ke?
BalasPadamwalaupun terhad pilihan tapi macam2 ada, seronok nengok banyak pilihan gini kak
BalasPadamTertarik betul dengan pelbagai roti dan pastries tu.
BalasPadamWalau takde nasi lemak dan mi goreng kalau makan roti dan pastries pasti kenyang juga.
banyak sungguh makanannya.. pelbagai.. jenuh nak fikir nak yg mana.. kalau ambik semua nnti x habis.. :D
BalasPadamJadi bingung saya kak mau pilih yg mana😁..saya suka kacang -kacangan dan jus buahnya.
BalasPadamyellow apple.. tak pernah sekali pun jumpa sepanjang usia 45. Thanks Kak Amie bagi kita peluang tengok gambar
BalasPadamfirst time tengok epal kuning...mcm golden onion dalam cerita twilight pulak
BalasPadamnampak sedap dan nampak juicy apple kuning tu...sedap x kak amie?
BalasPadamBanyak betul jenis jenis pastry yang ada. Ikutkan nafsu makan, macam nak je cuba semua kan. Unik pulak tengok Buah pir dia tu.
BalasPadamUwaaaah tp sarapan dia banyaaaaak yaaa 😍😍😍😍. Favorit saya semua pula. Paling suka salad kalo dah di luar negara nih. Apalagi Italia yg dressing saladnya banyak sangat macam balsamic, vinnagraite, semua sedaap dan segar.
BalasPadamWahhhh.. banyak pastriesss. Kecewalah kalau Pak Inche ke sini sebab tak ada nasi lemak.
BalasPadamWahh breakfast spread memang best. Geram tengok pastries.
BalasPadamtuuu diaaaaa
BalasPadamni breakfast ke kedai bakery?
hahahaha
tapi mmg menyelerakan laaa semua ni
adoiiii