Hari Pertama di Milan, Hilang Wang Bernilai RM10K!

10:48 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Semua ahli rombongan memeriksa beg masing-masing.
Alhamdulillah. Amie dapati mata wang EURO dan mata wang LIRA (TL) dan barang kemas terletak elok dalam beg sandang. Amie letak EURO dan LIRA di tempat yang berasingan di dalam beg, dan berada di dalam sampul angpau yang berbeza. Begitu juga Kamsiah. Tidak kehilangan apa-apa. Dan rakan-rakan peserta yang lain mengesahkan tiada kehilangan samada wang, passport atau barang kemas.

Dan nilai RM10K dalam bentuk mata wang EURO, USD dan LIRA memang benar-benar hilang! Ditambah lagi : Kad Pengenalan! Namun begitu, 'nyawa' perjalanan tidak diusik iaitu PASSPORT!

Wanita tersebut menyedari kehilangan wang di dalam beg sebaik sahaja berada di dalam bas! Begnya sentiasa diletakkan di bahagian hadapan, didakap ke arah dada. Dalam hal ini kami tidak berani untuk menyuarakan sesuatu atau membuat kesimpulan bagaimana wangnya boleh hilang begitu sahaja!

Tour Leader bertanya kepada wanita yang kehilangan duit : Puan ada ambil travel insurance tak? Kalau ada kita boleh buat laporan polis untuk claim insuran balik ke Malaysia nanti.

Alhamdulillah, wanita yang hilang duit memang telah membeli insuran perjalanan ke luar negara.


Namun begitu, Tour Guide menegaskan:

Kalau kamu buat laporan polis, duit yang hilang tetap tidak dapat semula!
Kamu tahu, ini Italy! 
Kami tidak dapat menunggu kamu membuat laporan di balai polis.
Bas hanya akan hantar kamu ke sana. Uruskan sendiri hal kamu.
Bas akan terus ke hotel. Sekarang sudah lewat malam. Yang lain perlu check in hotel.
Selepas kamu buat laporan polis,  kamu boleh naik teksi ke hotel.

Google - Mata Wang EURO

Google - Mata Wang USD

Google - Mata Wang LIRA

Begitulah peristiwa tidak menyenangkan yang berlaku pada malam lebih kurang pukul 8:00 malam,13 Februari 2024 di Kota Milan, Italy. Di negara kita sudah hari Rabu, 14 Februari 2024 bersamaan pukul 3:00 pagi.Pemandu bas berhentikan bas di hadapan balai polis dan meneruskan perjalanan menuju ke hotel. Tinggallah Tour Leader bersama wanita dan suaminya untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan wang tersebut.

18 comments

  1. Allah walaupun 10k sana, tetap duit tu.. semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tu 10K... berganda-ganda nilainya berbanding wang poket saya.

      Padam
  2. Macammana boleh hilang jika sentiasa beg rapat ke dada? Atau tercicir? Atau tak sedar dah syok shopping, hehehe.

    BalasPadam
  3. semoga segala urusan dipermudahkan... Harap haraplah tak hilang, tersalah letak sahaja mungkin..huhuh

    BalasPadam
  4. Allahu...banyaknya hilang, kesian dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sajalah yang mampu kami luahkan: Kesian dia!

      Padam
  5. terkejut baca tajuk...igt duit Amie, semoga dipermudahkan urusan wanita itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau pun yang hilang duit orang lain, tapi kami terkena tempias juga... takut, trauma!

      Padam
  6. milan sy mmg tahu
    antara port pickpocket selain rme dan paris
    mereka mmg terer bab2 ni
    smpi kita boleh tak perasan...
    kesiannya kat wanita tu..
    byk tuuu duit yg hlg...
    mesti merudum mood dia nak jalan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Anies.
      TGB kami berulang kali mengingatkan perkara ini samada dalam bas atau sewaktu melepaskan kami terutama ketika free & easy. Katanya lagi, mereka sangat profesional dan tahap PhD!

      Padam
  7. Balasan
    1. Banyak kan SA... kalau Kak Amie tu jenuh mengumpul!

      Padam
  8. Dalam berjaga-jaga letak beg kedepan pun tak selamat. Pro betul pencopet ni. Susah juga urusan di sana jika berlaku kehilangan duit ni. Kesian kepada mangsa. Mesti pengalaman ni akan tinggalkan kesan buruk. Semoga urusan mereka dipermudah dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pengalaman buruk Fizah.
      Itulah ak boleh nak kata apa. Apalagi dengan menyalahkan tuan badan. Segalanya berlaku dengan pantas, tanpa disedari dan ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Italy pula.
      Kita yang tidak berada di tempatnya pun siang malam asyik teringat malang yang menimpanya.

      Padam
  9. Italy dengar citer memang pencopet antarabangsa. Tapi bila hilang sampai 10 k Ya Allah kenapalah bawa duit banyak sangat dan di simpan 1 tempat. Buat macam amie tu bagus. Merata2 duitnya di simpan. Semuga kita dijauhkan lah daripada kehilangan wang yang begitu banyak. Amiin

    BalasPadam
  10. 10K banyak sangaaat. Pasti menangis lah 😭. Apalagi kalo itu utk bekal dia selama trip kan. Pelajaran juga utk selalu hati2 selama traveling ya kak

    BalasPadam
  11. Dah lah jauh beribu batu dari negara sendiri, pergi untuk kembara, duit hilang pula. Walau sudah berhati2.
    Pasti pengalaman duka ketika travel yang akan diingati.

    BalasPadam
  12. alahai, kesiannya. dah la baru hari pertama..huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe