Time to Milan : 5 Jam 54 Minit Penerbangan

1:52 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 11:01 minit (waktu negara kita lebih kurang pukul 3 petang)  Amie dan Kamsiah serta ahli rombongan sudah berada di dalam perut EK205 Dubai ke Milan. Sebelum ini pernah terbaca jangkaan waktu Dubai ke Milan dalam tempoh 6 jam 55 minit. Paparan di skrin depan tempat duduk menunjukkan anggaran waktu Time to Milan : 5:54 minit sejauh 4,711 km.

Time to Milan : 5:54 (jam & minit).

Total Distance : 4,711 KM.

Tempat duduk Amie 72H bersebelahan dengan Kamsiah.


Ruang di sebelah masih koosong belum berpenghuni. Jumlah penumpang dari Dubai ke Milan agak berkurangan pada ketika itu. Tidak penuh seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai. Barangkali ketika itu ramai jemaah umrah yang turut serta, dan kini mereka meneruskan penerbangan ke Jeddah pula.



Pesawat Air Bus 380-800 ini boleh memuatkan sehingga 615 penumpang pada satu-satu masa. Nampaknya ramai lagi penumpang belum masuk. Untuk menghilangkan rasa bosan, Amie capai Emirates RED Magazine dari kantung kerusi dan mula membuka satu demi satu helaian. Nampaknya majalah tersebut dipenuhi dengan beratus-ratus paparan minyak wangi! Ketika sedang menatap salah satu minyak wangi, seorang pramugara menyapa Amie. Katanya, dia bersedia untuk membawakan tester perfume  supaya Amie dapat menghidu aromanya sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

Amie menolak dengan baik dan ucapkan terima kasih kepadanya.
Beli minyak wangi?
Ampunkan hamba! Melihat harganya sahaja sudah tidak terbayang berapa jumlah RM yang akan melayang! Bayangkan minyak wangi di bawah ini berharga USD227! Amie tengok hari ini tukaran RM ke USD ialah, RM1 senilai dengan 0.21USD! Jadinya kalau USD227 bersamaan dengan RM1,065.20sen.



Jadinya, layan mata sahajalah melihat jenis dan bentuk botol minyak wangi.


Wind Flowers ini nampak cantik dan lembut sahaja warna botolnya kan. 
Mari kita tengok harganya di bawah ini.

Wind Flowers : AED 1,125 / USD 309

USD309 bersamaan dengan RM1449.99sen.
Harganya sedikit sahaja lagi hampir sama dengan bayaran tiket MHflypass yang Abang Farid belikan untuk Amie, untuk enam kali penerbangan domestik sehala!












Sekarang sudah pukul 11:24 pagi. Para penumpang sudah berada di tempat masing-masing dan dengan hal masing-masing juga. Ada yang terus berselimut dan tidur. Ada yang sibuk mencari siaran kegemaran di skrin seperti filem dan sebagainya. Ada yang khusyuk tunduk berzikir dengan tasbih digital di tangan dan tidak kurang juga yang berbual dengan rakan atau penumpang yang duduk bersebelahan.


Pukul 11:37 pagi, sebelum pesawat meninggalkan landasan terbang, pengumuman keselamatan dibuat dan para penumpang boleh melihat paparan di skrin dari tempat duduk masing-masing.



Paparan keadaan dalam pesawat tingkat bawah dan tingkat atas.

Enjoy your flight with Emirates.


Jom sambung terbang dengan Emirates EK205.


Ketika ini waktu tempatan di Dubai : 11:51pagi.
Di Milan pukul 8:51 pagi.
Di negara kita : 3:51 petang.


Masih tak tahu apa nama benda ini!


Sesekali aplikasikan sifir waktu. 
Pesawat sudah meninggalkan Dubai Airport:
Waktu Milan : 9:03 pagi.
Masa untuk tiba ke destinasi : 5 jam 49 minit.
Jarak ke destinasi : 4,713 km.


Jarak dari tempat berlepas (Dubai Airport) : 14 km
Waktu Dubai : 12:04 tengah hari.

Nampaknya sekarang sudah lulus cemerlang mengira jarak dan waktu antarabangsa!


Para penumpang boleh melihat kedudukan pesawat melalui skrin. Walaupun pemandangan sekitar kurang jelas, namun sudah cukup untuk melihat keberadaan pesawat yang sedang terbang.


Sekarang pukul 5:21 petang waktu di negara kita. Tibalah masa untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Kali ini Amie boleh mengambil gambar dengan senang hati kerana suasana lebih terang, berbanding lampu malap pada sebelah malamnya. 

Rasa geli hati pun ada pada malam pertama menaiki Emirates, makan dalam suasa samar-samar yang tak berapa romantis itu. Ditambah pula dengan rasa mengantuk, seolah-olah mimpi bersahur pula.


Amie memilih hidangan Roasted Chicken With Herbs dan jus oren.



Sempat toleh ke meja Kamsiah. Tak pasti pula apa hidangan pilihannya.


Selain makanan utama, macam-macam lagi makanan ringan yang turut disediakan seperti biskut oats & honey.


Penambah rasa seperti garam dan lada hitam pun diselitkan juga.


Ada crackers, coklat, butter dan sebagainya.


Roti turut dihidangkan. Amie simpan roti ini dalam beg. Tak larat hendak menghabiskan semua hidangan.

Creampuff?


Tidak ketinggalan salad pelbagai jenis bahan!


Roasted Chicken with Herbs ini datang bersama polenta, kacang panjang (mungkin) celur dan hiasan buah jeruk zaitun.


Apabila disebut polenta, teringat catatan yang Amie tulis tentang hidangan klasik Italy.
Polenta  merupakan hidangan tepung jagung rebus dari kawasan Italia Utara dan Tengah, dan juga dapat ditemukan di wilayah Savoie, Swiss dan Rumania. Makanan ini dapat disajikan sebagai bubur panas atau dibiarkan mendingin dan mengeras dan kemudian boleh dipanggang, digoreng atau dibakar.

Wah, nampaknya sudah dapat merasa hidangan Italy di dalam pesawat walaupun belum sampai ke negaranya!

Buku catatan kembara ke Balkan.

Ini baki makanan yang tidak dapat masuk perut, tetapi boleh disimpan dan beg sandang. Kemudian sambung minum teh panas pula.


Oleh kerana mata pun tidak boleh dipejamkan walaupun sudah dipaksa berkali-kali, maka kita pun mulalah mencari game di skrin. Hendak menontin filem, nanti kita pula yang ditontonnya! Baiklah cari permainan yang mudah-mudah saja.





Sesekali  mineral yang dibekalkan dalam botol kecil.
Minum pun kena jimat. Bukan apa, takut asyik hendak ke toilet saja.


Waktu di HP belum berubah ke waktu tempatan kerana simkad belum ditukar. Apabila melihat HP, waktu menunjukkan pukul 8:12 minit malam waktu Malaysia. Ketika ini datang pula hidangan ringan iaitu Margherita Pizza dan minuman panas.


Tak sia-sialah Amie study serba sedikit tentang hidangan Italy sebelum terbang bersama Emirates. Rupanya Amie pun ada buat catatan tentang Pizza Margherita!

Pizza Margherita dinakan sempena Ratu Margherita dari Italy.


Inilah rupa Margherita Pizza dalam bentuk mini yang disimpan dalam kotak khas untuk penumpang kapal terbang.


Pizza Margherita masih panas. Rasanya memang sedap walaupun keraknya agak tebal dan keras sedikit.


Alhamdulillah, hilang sedikit rasa kematu sebab duduk terlalu lama setelah melihat  Emirates EK205 mula  menghampiri landasan terbang Milan.





Walaupun lenguh duduk lebih enam jam di dalam pesawat, sabar menunggu pesat berlepas dan pesawat mendarat, berikan juga ikon cemerlang untuk Emirates EK205.


Jumpa lagi Emirates di Turkey pada 24 Februari 2024 akan datang.


Milan!
Kami datang!

8 comments

  1. ada jenama myk wangi tu x penah tgk/ dgr pun

    fuhhh hargaaa bleh dpt 1 tix flight lg🤣🤣

    mknn pun nampak sedap kak.. sy dah agak dah mesti akan dpt pizza. itali dan pizza mana boleh pisah kannn

    BalasPadam
  2. Masa sy.. eh.. bukan sy.. Pak Inche ke Germany, dia ada belikan minyak wangi masa transit di Dubai. Sy tak tanya berapa harga tapi rasanya tidaklah semahal minyak wangi yg Kak Amie tengok ni. Agaknya sebab jual di atas awan kot, tu yg jadi nak sama harga tiket kapalterbang, heheh. Sedap makanan Kak Amie tu.

    BalasPadam
  3. Jauh perjalanannya tu. Lama tapi susah terlelap tu yang tak best tu. Tak dapat rehat dan recharge energy. Fuhh...tengok harga, hanya mampu tengok je lah. Kang kalau dia amek tester, kita dok bau tak beli rasa bersalah lah pula kan. Baik tolak awal². hihi...
    rezeki tu dapat cuba sebelum sampai di negaranya. Senang kak Amie dah buat catatan awal.

    BalasPadam
  4. Harga perfumenya tu mampu nengok je huhu
    Kenyang sepanjang penerbangan ni, food pun semua nampak sedap.
    Pilih game Bejeweled kak, asyikkk 😁

    BalasPadam
  5. Emirates memang banyaaak makanannya 😍😍. Walopun tak bisa habiskan semua, tapi macam coklat dan cookies saya pun biasa simpen dulu dalam bag 😄

    Hahahahaha harga parfume dalam pesawat memang laah kdg buat shocked. Tapi ada juga yg Hrg LBH murah atau sama dengan duty free kak. Bisa jadi Krn di Indonesia barang import begini jauh LBH mahal..makanya saya suka belanja di duty free.

    BalasPadam
  6. Mak oiiii..harga minyak wangi tu buat seram..kalau SA pun mmg akan tolak baik-baik..mahal giler kot...

    BalasPadam
  7. pergh dari beli minyak wangi 1 k baik beli benda lain. Piza dia nampak sedap

    BalasPadam
  8. nampak sedap mknn yang dihidangkan tu.
    syu teringin naik Emirates 1 hari nnti..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe