Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam merancang dengan Encik Suami untuk mula berbelanja membeli barang keperluan dapur untuk sambutan hari raya. Apa yang dirancang semua tak menjadi. Badan rasa hangat semacam. Menjelang tengah hari, tiga kali mandi. Mandi kali ketiga, tidak lap badan dengan tuala. Terus pakai kain sarung. Entah panas di luar rumah atau di dalam rumah atau di badan sendiri, kain yang dipakai kering dengan sendirinya.
Selepas zohor Encik Suami hendak keluar. Beberapa kali tanya kita, hendak makan apa buka puasa nanti? Katanya nanti dia akan belikan kuih. Amie kata, tak perlulah beli kuih. Bukan apa. Nanti tidak habis dimakan pula. Cukuplah beberapa kali beli kuih di bazar Ramadan, akhirnya membazir sahaja. Beli nona manis, diharapkan lemak dan manis tapi keras bahagian luar dan dalam. Hendak buat sendiri, alang-alang pula. Bukannya banyak hendak dimakan. Sekadar satu dua ketul sahaja pun. Dengarnya tidak banyak pengunjung di bazar Ramadan LD dan sebahagiannya sudah tutup warung!
Encik Suami pulang dengan membawa sebiji tembikai, mi kuning, sayur sawi, ikan tongkol dan lain-lain. Katanya, nanti gorenglah mi kuning untuk berbuka puasa. Melihat tiga ekor ikan tongkol saiz agak kecil, tiba-tiba teringin pula hendak makan nasi dengan singgang ikan tongkol! Jadinya, kita goreng mi untuk Encik Suami dan Firdaus. Untuk sendiri kita masak singgang ikan tongkol.
|
Hidangan Berbuka Puasa |
|
Mi goreng tambah daging dan sosej. |
|
Popia Goreng |
Seperti biasa, kalau tidak samosa Firdaus minta gorengkan popia. Kelmarin Encik Suami beli sebungkus popia. Sudah digoreng 10 ketul dan hari ini goreng lagi 10 ketul. Apabila tinggal seketul popia terakhir di piring, Firdaus akan tanya : Mommy dan Baba hendak makan popia? Kami jawab tidak, dan sudah tahu memang dia akan tertunggu-tunggu untuk menghabiskannya. Jadi kami suruh Firdaus habiskan. Budak ini pandai ambil hati kami. Dia mesti ucapkan: Terima kasih Mommy dan Baba.
|
Jus Tembikai |
Terima kasih Encik Suami kerana setiap petang mesti sediakan minuman. Kalau Fairuz ada, dialah tukang sediakan minuman untuk berbuka puasa. Encik Suami kata bulan puasa ini tembikai dengan kelapa muda naik harga bukan alang-alang!
|
Singgang Ikan Tongkol |
Inilah singgang ikan tongkol yang teringin Amie makan dengan nasi putih. Untuk tambah aroma, Amie masukkan daun kemangi. Sedaplah apabila dihirup kuahnya yang masih panas dengan rasa masam asam keping.
|
Budu + Cili Padi + Limau Nipis |
Inilah untungnya negara kita ada macam-macam resipi dari pelbagai negeri. Sudah ada singgang ikan baiklah tambahkan budu pula, Bubuh cili padi dan hirisan limau nipis. Terus naik selera!
|
Tempe + Tauhu Goreng + Pudina + Kemangi |
Tak cukup dengan budu yang sinonim dengan negeri Kelantan, kita tambahkan dengan tempe dan tauhu goreng mewakili makanan orang Jawa pula. Encik Suami petikkan daun kemangi dan daun pudina yang ditanam sendiri. Cukuplah itu buat ulam-ulaman.
|
Selamat berbuka puasa. Bismillah. |
Selamat berbuka puasa
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamRasanya bulan ramadan kali ni tak membeli kuih. Macam-macam kejadian kuih di BazRam tahun ni. Bila lapar moreh baru membeli apa yang ada. Kadang tu lah, bila dah makan berbuka rasa kenyang. Lepas tarawih baru macam nak makan sikit. Bagusnya Daus. Kalau dia tanya maksudnya dia nak lah tu kan. Suka betul dia dengan samosa dan popia ye. Daun kemangi tu saya no idea bau dia macamana.
BalasPadamKemangi itu keluarga selasih.
PadamAromanya seperti serai tapi lebih lembut dan menyegarkan. Boleh dibuat ulam, dicampur dalam sambal dan pelbagai masakan berkuah.
Cukup lengkap hidangan berbuka. Ada nasi dan lauk singgang, ada budu utk dicicah, ada pulak mee goreng.
BalasPadamSebak pulak bila baca Firdaus tak pernah lupa ucap terima kasih. Begitulah sy masa kecik² dulu, tiap kali lepas makan, sy akan ucapkan terima pada ibu dan abah, begini.
"Alhamdulillah, Terima kasih, bu, terima kasih, bah."
Begitulah SK. Ada tiga penghuni rumah, ada tiga jenis menu yang disediakan di dapur. Tapi semuanya ringkas dan mudah saja penyediaannya.
PadamYa, memang begitu Firdaus. Setiap kali makan samada berbuka puasa atau sahur mesti diakhiri dengan ucapan terima kasih kerana Mommy sedikan makanan, katanya.
Menarik singgang ikan tongkol, saya belum pernah tau dan merasakan,apakah mirip-mirip ikan pindang kak rasanya ?
BalasPadamMungkin juga mirip rasa pindang. Bahannya termasuk bawang putih, bawang merah, hirisan halia dan lengkuas, lupa pula saya masukkan hirisan kunyit hidup. Tambahkan asam gelugur, jika suka masukkan sayur seperti tomato dan kacang bendi. Saya suka tambahkan cili padi supaya jika teringin rasa pedas, waktu makan dengan nasi picit saya cili padi tadi. Untuk lebih aroma, saya tambahkan daun kemangi. Memang mantap rasanya ketika kuahnya dihirup panas.
PadamMenu cikgu tak pernah tak menarik....menggoda sokmo..
BalasPadamKami antara yang wajib ada buah tembikai dan air sejuk 1 cawan besar.... hangat sangt kan siang hari nya
BalasPadamsedapnyaaa lauk ikan tongkol
BalasPadamtapi kan kalau mkn ikan tongkol selalu x abis
sy akan cari size kecil
hehehe
Sedap nya semua. Singgang Ikan Tongkol paling kami suka. Makan dengan budi fuhhhh terbaik Alhamdulillah
BalasPadamAduhhh...singgang ikan tongkol tu sedpanyaaa...ada plak budu...argh....x bleh tahan la
BalasPadambetul, terkadang beli jajanan untuk berbuka dari luar, suka ga habis. krn banyak lapar mata saja. saat dicoba tak terlalu suka. jus semangka itu menggoda sangat kak. memang lah paling sedap buka dengan jus semangka saat puasa
BalasPadam