Bismilahirrahmanirrahim.
Agak lama juga perjalanan dari Caorle, Italy melintasi Slovenia untuk sampai ke Croatia. Dua kali check point dan pemeriksaan polis serta dua kali berhenti di stesen minyak untuk ke tandas rupanya mengorbankan masa juga. Lebih kurang pukul 2 petang waktu Crotia (waktu di negara kita pukul 9 malam), barulah kami sampai ke sebuah tempat makan halal iaitu Restoran Islamski Centar di Zagreb, ibu negara Croatia. Barangkali sudah melepasi waktu pagi, suhu di sini lebih panas dan berpeluh jugalah kalau memakai baju sejuk. Jadi, tinggalkan saja baju sejuk di dalam bas.
Pada mulanya terkial-kial juga untuk memilih makanan. Tengok gambar yang berbeza dengan makanan kita, masing-masing tertanya-tanya bagaimana dengan rasanya pula. Bagi yang suka mencuba sesuatu yang baharu mungkin bukan satu masalah besar. Itulah cabaran yang perlu dilalui kalau berada di negara orang. Lupakanlah buat seketika segala singgang, asam pedas dan sambal belacan. Marilah kita cuba menu negara Croatia pula. Amie lihat menunya tidak jauh beza dengan menu di Bosnia Herzegovina. Jadi Amie pun pilih cevapi u lipinji (minced beef balls in white bread).
Setelah memilih menu masing-masing, kami sepakat hendak minum panas. Jadinya, semua memesan Turkish Tea.
Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba ke meja, mari kita belajar bahasa Croatia melalui senarai menu:
Biftek : Beefsteak
Biftek : Beefsteak
Pohana piletina : Fried chicken steak
Memang nikmat sungguh dapat hirup teh panas!
Mata pula tidak lepas memandang pokok-pokok kering di luar restoran.
Entah apa yang uniknya di sebalik pohon togel di penghujung musim dingin ini.
Cevapi U Lepinji Mali |
Hidangan pertama tiba iaitu makanan yang Amie pesan : Cevapi U Lepinji Mali
Cevapi ialah hidangan daging cincang panggang yang merupakan makanan tradisional penduduk Bosnia & Herzegovina dan juga Serbia. Namun begitu makanan ini juga terkenal di negara jiran seperti di Croatia, Montenegro, Slovenia, Republik Macedonia, Bulgaria, Romania, Republk Ceko, Slovakia, Austria dan beberapa buah negara lain yang berhampiran.
Ada dua pilihan hidangan untuk pelanggan, iaitu samada memilih 5 atau 10 biji cevapi yang akan dimasukkan ke dalam flatbread(lepinje atau somun), dengan hirisan bawang bombay, sour cream, kajmak, ajvar, cottage cheese, cincangan capsicum merah dan garam. Biasanya cevapi dibuat dari dua jenis daging lembu cincang dan kambing biri-biri muda yang dicampur dan dibentuk seperti corong dengan menggunakan tangan yang kemudian dipanggang.
Amie memilih 5 biji cevapi sahaja. Itu pun, tidak mampu habiskan rotinya yang saiz besar!
Jom makan cevapi yang masih panas! |
Mijesano Meso S Prilogom |
Lucy memilih set Mijesano Meso S Prilogom. Hidangannya mengandungi mixed meat, grilled potatoes, minced beef, cevapi, chicken skewers & veal chicken. Meriah sungguh pinggannya!
Pohana Teletina S Prilogom |
Kamsiah pula memesan Pohana Teletina S Prilogom yang terdiri dari fried chicken steak with french fries. Hidangan dilengkapi dengan sos dan salad.
Pileci Raznjici S Prilogom |
Nancy memilih menu Pileci Raznjici S Prilogom. Set hidangannya mengandungi chicken grilled skewer dan french fries dan didatangkan bersama sos serta salad.
Bismillahirrahmanirrahim. Jom makan sementara hidangan masih panas. |
Di bawah resit tertulis perkataan Hvala yang bermaksud terima kasih. Amie faham maksudnya sebab sewaktu di Bosnia dulu, tour guide ajar kami perkataan tersebut.
Tandas di restoran boleh digunakan secara percuma oleh para pelanggan.
Selepas makan, kami tidak boleh berlama-lama di sini kerana perlu ke masjid untuk solat jamak dan selepas itu akan meneruskan perjalanan ke Kota Zagreb.
Jumpa lagi! |
Aghhhh saya sukaaa liat menu2 negara iniii. Mungkin kalo saya kesana bisa cocok dengan menu mereka πππ.
BalasPadamCevapi U Lepinji Mali tu nampak sedap Kak Amie..tergeliat lidah nak menyebutnya
BalasPadamok juga lah menunya lebih kurang mcm konsep chicken wrap di sini hehe
BalasPadamnampak sedap n mengenyangkan
BalasPadamHidangan Cevapi U Lepinji Mali tu nampak sangat menyelerakan...jenuh nak sebut nama...nak eja nama pun berkali tengokπ€£
BalasPadamSy suka cuba menu baru tapi jika begitu namanya, pening jugaklah nak memilih mana yg sedap, kan. Tapi nmpknya mmg sedap betul tu, Kak Amie.
BalasPadamTergeliat lidah nak sebut
BalasPadamsedap betul tengok menu nya kak walaupun berasaskan roti gitu
BalasPadamNampak menarik untuk dicuba, kecuali jenis roti sebab terbayang liat π
BalasPadamPanjang nama menunya ya. Susah pulak nak sebut.
Terima kasih bawa kami makan di situ sama2 hehe
BalasPadamsekali tengok mmg tak ubah macam makanan turkiye
BalasPadamportion nampak cam sikit tapi once dah masuk perut mmg kenyang yakmat kan kak?
sy suka teh turkiye ni. sbb dia pekat dan wangi...
resit hampir sama.kat sini. cuma kdg ada QR code. ada tak...
Nampak selesa restoren tu.
BalasPadamMeriah hidangannya.
Gamaknya kat sana ada tak eh cam restoren mamak yang terbuka atau semua restoren tertutup dek kerana cuaca yang sejuk.
Sedapnya semua food tu. Kecur tengoknya. Macam rupa Turkish menu jugak, tapi pasti semua sedap.
BalasPadamLama betul berhenti di check point. Dah berkurang masa untuk berjalan². Bagus juga memilih resto ni yang luas dan selesa. Pergi tempat orang, kenalah kita adapt dengan makanan mereka. Memang terpaksa lupa terus makanan kita. hihi..unik dan cantik cawan turkish teh tu. Menarik juga bentuknya. Makanan sebegini ringkas tapi mengenyangkan.
BalasPadam