Sarapan Apa di Pagi Minggu?

8:16 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di pagi minggu. Sudah sarapan pagi?
Nampaknya hari ini LD mendung. Kelmarin hujan lebat di sebelah petang. Awal pagi tadi Encik Suami keluar joging bersendirian. Kita hendak juga ikut, tetapi masih terasa sakit-sakit kaki dan badan akibat keletihan bergerak ke sana ke mari dalam menjayakan program sekolah yang dihadiri kelmarin. 

Kita selongkar kabinet dapur, dan jumpalah sebungkus bihun. Kita goreng bihun kosong saja, bubuh lobak merah dan sediakan air lada. Itu pun kisar tidak halus. Masih kelihatan cili padi dan bijinya. Yang penting rasanya sedap, dan terasa jus limau kasturinya yang wangi. Kita panaskan lebihan sup ceker dengan batang saderi. Kemudian kita tambahkan hirisan betik , salah satu hidangan wajib di pagi hari sebelum isi perut dengan hidangan yang lebih berat.

Hidangan sarapan di pagi minggu.


Lemon Panas.

Betik.

Sup Ceker + Saderi + Kurma Merah

Bihun Goreng Kosong.

Air Lada


Pastil, popia & pulut serondeng.

Setelah selesai siapkan sarapan pagi, Encik Suami yang sudah selesai joging, telefon tanya hendak beli sarapan apa. Kita kata sudah siap sediakan sarapan pagi. Oleh kerana sudah sampai di depan warung, jadi Encik Suami kata baik beli kuih sahajalah.  Pagi ini Encik Suami dapat 10 kali pusing Taman  Bandar Lahad Datu. 10 pusingan darab 600 meter, bermakna Encik Suami dapat joging sejauh 6 kilometer.

Encik Suami beli pastil, popia dan pulut serondeng. Ketika mengunyah pulut serondeng, tiba-tiba kita teringat sesuatu.

Eh, belum cuci pakaian!
Sudah, kata Encik Suami.
Bila masa cuci pakaian? 
Allahu! Kelmarin petang kita tidur mati sebab terlalu penat! Tak tahu apa yang berlaku. Rupanya Encik Suami sudah cuci semua pakaian!

Lepas ini bolehlah bersiap untuk ke pasar. Cari sayur dan cari ikan.

4 comments

  1. Sarapan nasi lemak sambal udang pagi tadi. Isteri masak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    dikurniakan suami yang bertolak ansur.Semoga bahagia hingga ke Jannah..
    Pastil tu sudah dizikir tapi belum tiba kerajinannnya🤭

    BalasPadam
  3. Bihun kosong pun sodap! jadilah tu dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan. Sedap pulut serunding tu. Susah nak dapat sekarang. Jarang ada orang jual. Alhamdulillah ada suami yang banyak membantu buat kerja rumah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe