Kisah Ikan Merah @ Jenahak Nan Seekor

7:24 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu.
Awal pagi lagi Encik Suami sudah keluar joging. Kita pula, malas nak ikut. Alasannya, hendak temankan Firdaus di rumah. Sementara menunggu Encik Suami selesai joging, kita tulis dahulu entri jalan-jalan Kota Kinabalu yang masih tertunggak.

Hari Selasa, 06 September 2022 kita masak ikan jenahak @ merah untuk makan malam. Hari-hari berikutnya sarapan pagi dan makan tengahari dan makan malam ditaja oleh Abang Aznan. Akhirnya ikan merah @ jenahak yang selebihnya tidak berusik.

Jadi, pada hari Sabtu, kita pun olah lebihan ikan nan seekor itu untuk dijadikan lauk makan tengahari.

Ikan Merah @ Jenahak


Ikan Jenahak Mangga dengan Sos Cili Thai

Bahagian isi ikan jenahak itu kita goreng salut tepung jagung. Bubuh hirisan mangga muda, daun bawang dan daun ketumbar. Siram dengan Sos Cili Thai Maepranom. Memang sedap sangatlah kalau diratah begitu sahaja!


Bahagian kepala ikan pula kita masak kari asam pedas. Kita ratah mata dan pipinya!



Sup Ekor Jenahak

Bahagian ekor dan tulangnya yang masih bersisa isi ikannya pula kita masak sup. Bubuhlah segala sayur-mayur yang ada.


Green Cos Lettuce & Telur Masin

Melihat Fairuz dan Haziq suka makan salad green cos lettuce pada hari pertama kami di kondo, jadi tengah hari itu Encik Suami turut hidangkan daun salad sebagai pelengkap hidangan.

Hidangan Makan Tengah Hari

Selesailah sudah kita kerjakan ikan merah @ jenahak nan seekor setelah enam hari kita berkampung di Gardens Condominium. Ikan nan seekor itu kita olah menjadi:
  • Asam Pedas Ikan Jenahak
  • Kari Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak
  • Ikan Jenahak Mangga & Sos Cili Thai
  • Sup Ekor Ikan Jenahak

Asam Pedas Ikan Jenahak

Kari Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak


Selesai masak, meratah ikanlah pula!


Kemudian hirup Sup Ekor Ikan Jenahak.


Dan tidak ketinggalan, ratah mata dan pipi Kari Asam Pedas Ikan Jenahak!

Ikan Jenahak

Benarlah apa yang disebut itu merupakan satu doa, satu zikir. Sebelum sampai ke Kota Kinabalu, beberapa kali Fairuz telefon minta kita masakkan ikan untuknya. Katanya sudah dipilih seekor ikan dan disimpan dalam peti sejuk. Dari hari Selasa sehingga hari Ahad, hanya seekor ikan ini sahajalah yang sempat kita masak!

Dengarnya Abang Aznan akan pulang ke LD pada minggu hadapan kerana akan mengadakan majlis aqiqah untuk Khadeeja. Dan sudah tentu Fairuz dan Haziq ikut sekali.

Allah ya Allah! Rasa rindu terhadap anak-anak tidak ada penghujungnya!

10 comments

  1. Masyaa Allah....
    telan ayaq lioq tengok sup ikan merah tu..
    Saya pun kalau ikan besar suka kornea dan gelemair mata ikan( mengorek kembali istilah subject Sains masa sekolah,)🤭🤭 yang berlemak dan juicy.
    Daging pipi ikan yang besar juga sedap kan cikgu..Isinya bila disiat macam isi peha ayam kan...ya Allah sedapnya

    BalasPadam
  2. Sedap ikan ni. Terliur saya tengok gambar kepala ikan masak kari asam pedas tu. Pekat memikat! ^_^

    BalasPadam
  3. Apa lagi masak lauk macam-macam untuk Abang Aznan dan Fairuz biar puas mereka datang LD.

    BalasPadam
  4. Ada2 je ilham masakan Kak Amie ye. Salam Maulidur Rasul :)

    BalasPadam
  5. Kak Amie memang rajin. Ikan seekor masak sampai 3 lauk. kalau saya masak satu sahaja. hehe. Tapi demi anak kan. Lagipun tengok orang makan masakan kita, hilang rasa penat

    BalasPadam
  6. Macam² masakannya. Semuanya nampak sedap²

    BalasPadam
  7. Tu diaaa.. dari seekor ikan boleh jadi empat jenis masakan. Mambang bukan sebarang mambang ni, hahahaha.

    BalasPadam
  8. Jadi lauk jugak ikan jenahak sebelum pulang ke sarang. Semua olahan lauk sedap sedap kak Amie. Seronok Fairuz dapat makan masakan mommy :)

    BalasPadam
  9. Sedap betul nengok semua hidangan akak tu, dahla ikannya pun besar pulak tu, Puas la dapat makannya kan. Kepala ikan tu masak kari memang best meratah mengerjakan isinya tu, kadang dana kalau masak kepala ikan amik nasi sikit je tapi yang last tu ratah kepala ikan je.

    BalasPadam
  10. sedapnyaa nampak. seekor ikan tu kak amie bleh masak 3 jenis hidangan ya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe