Dua Kali Sarapan Pagi

8:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul 10 pagi, kami sampai ke One Borneo Mall. Kedai-kedai baru dibuka. Kami sempat membeli barang keperluan diri di Guardian. Kemudian kami mencari restoran untuk sarapan. Nampaknya hanya Sufian Cafe sahaja yang benar-benar bersedia menerima pelanggan untuk makan. Ramai pelanggan makan di situ. Restoran lain baru buka pintu.

Chinese Tea

Udang Goreng Salut Tepung

Tauhu Kukus

Nasi Lemak


Sedang kami makan nasi lemak, telefon Encik Suami berdering. Abang Aznan ajak makan di Bukit Padang. Kebetulan pula, Fairuz dan Haziq perlu menghantar ikan. Jadi, Fairuz dihantar ke rumah Abang Aznan. Abang Aznan akan bawa bersama Firdaus, dan kami akan berjumpa di Bukit Padang pula.
Kata Encik Suami: Nanti kita makan yang ringan-ringan saja.
Iyola....iyolaaaa....


Kami tinggalkan Sufian Cafe dan terus ke Bukit Padang.


Abang Aznan minta Encik Suami pilih makanan yang disukai.


Kalau perut kita kosong, memang kita nak makan dim sum!



Firdaus tidak mahu makan. Katanya tidak ada selera. Dia minta milo nai, tapi tidak ada. Akhirnya Firdaus minum horlicks.


Abang Aznan cadangkan kita makan nasi kerabu. Ada pelbagai lauk pilihan, tapi kita pilih ikan tuna goreng.

Nasi Kerabu.

Nasi Lemak.


Nampaknya dua kalilah kita sarapan nasi. Nasi lemak dan nasi kerabu! Kira makan tengah harilah kan.

Sarapan kali pertama kita minum chinese tea, kali kedua minum jus nanas.


Encik Suami makan bihun sup. Sedap aromanya, bercampur dengan bau hirisan timun.


Perut kita dah tak muat! Terpaksalah pandang sahaja dim sum dalam pinggan!



Nasi lemak di Sabah memang dihidangkan dengan semangkuk kecil sup kosong. Kalau nasi lemak bungkus biasalah tanpa sup.

Nasi Lemak Paru.


Firdaus yang tak berselera makan, jalan-jalan mendengar orang menyanyi.


Selepas itu duduk semula di kerusi dan minum horliks. Sayangnya beberapa minit kemudian, terkeluar semula. kami segerakan makan, dan cepat-cepat pulang. Firdaus perlu berehat. Encik Suami pesan dengan Fairuz, supaya belikan ubat demam. Firdaus empat minta bubur!

Ubat demam untuk Firdaus.

Bubur nasi yang diminta Firdaus.

Sepanjang petang itu, kami tidak ke mana-mana. Duduk di kondo sahaja menemani Firdaus tidur. Emak dan ayah Haziq datang ke Kota Kinabalu dan sedang meronda bandar raya. Menjelang malam baru mereka pulang ke sarang. Jadi, riuhlah suasana apabila berkumpul beramai-ramai. 

Kita pula, pukul 9 malam ada zoom meeting!

27 comments

  1. Alhamdulillah, rezeki
    Harap2 daus cepat sembuhnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Wak. Dah makan ubat, rehat dan tidur. Baiklah demamnya.

      Padam
  2. Semoga Daus kembali sihat...
    Alhamdulillah rezeki melimpah ruah...
    Tukang belanja makan tu elok pulak mantain badan..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kejap jew demamnya.
      Mantain kan badannya.... tak tahulah kalau ada mambang yang tolong dia makan hahahaaa.

      Padam
  3. syafakallah firdaus... nak try jg laa nasi lemak dgn sup😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan nasi lemak begitu saja. Sup itu sekadar sudu masuk mulut atau hirup terus.

      Padam
  4. Dekat mall kan kak patut la banyak kedai yang baru buka... nampak sedap nasi lemak di kedai pertama tu, tapi menggoda sungguh tengok dimsum tu kak... tapi itulah dah 2kali sarapan mana lah tak kekenyangan ye kak. Daus dah tak sedap badan sebab tu tak lalu makan ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai petang tak makan lagi dah. Eh, tiba-tiba Abang Aznan telefon suruh kami datang makan malam di rumahnya pulak! Katanya wifenya dah siap masak!

      Padam
  5. Amboi kak.. ni dah breakfast like a king ni... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... itulah, sikit lagi jadi king kong hihihiii.

      Padam
  6. nasi lemak bungkus yg dilimpahi sambal tu. omaiGod kak :)
    dimsum tu, feveret aida. sejak ada freezer kat rumah, sentiasa ada dimsum frozen.
    terasa teringin, terus kukus. ohsem!

    BalasPadam
  7. Wah.. unik.. Nasi lemak dan sup..
    Kalau Sha da nampak dimsum memang tak pandang yang lain.. hehehe..
    bagus dan beruntunglah merekayang buka awal, pasti menjadi tumpuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sabah memang biasanya makanan dihidang dengan semangkuk kecil sup kosong.

      Padam
  8. Alamak Daus demam pulak. Patutlah tidak selera. Wah, dua kali sarapan tapi berbaloilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... rupanya nak demam. Patut pun asyik tolak kalau disuruh pilih makanan.

      Padam
  9. Ingatkan Firdaus tak selera makan sebab dah kenyang rupanya demam ye..cepat sihat daus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mati liur (bahasa Melayu Cocos) tak ada selera makan.

      Padam
  10. tak kedekut sambal dan ikan bilis nasi lemak tu...nampak sedap

    BalasPadam
  11. Demam pulak Dausnya. Rasanya masa sy mengomen ni, Daus dah sihat, kan.

    BalasPadam
  12. murah rezeki dpt sarapan 2 kali ya. dkt sgt bukit padang dgn rumah syu. area tmpt syu slalu gi hiking. kedai mne kak amie mkn tu?

    BalasPadam
  13. Dua dua sarapan sedap Kak Amie. Nasi lemak bungkus dengan nasi kerabu. Unik sekali sup kat sana dicampur dengan hirisan timun. Kesian Firdaus tak sihat, tak ada selera makan lepas tu terkeluar pula. Semoga cepat sihat Firdaus.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe