Rezeki Sarapan Pagi

2:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami hendak tunaikan janjinya belanja kami sarapan pagi dengan minum teh Pakistan. Ketika kami sedang bersiap-siap, tiba-tiba Abang Aznan telefon. Kata Encik Suami Abang Aznan ajak sarapan pagi di Bandar Tabanac. 
Jadi, kami pun batalkan rancangan untuk minum teh Pakistan, dan menerima pelawaan Abang Aznan. Selepas bersarapan pagi, Abang Aznan sekeluarga akan bertolak ke Kota Kinabalu.

Memandangkan ahli keluarga kakak ipar semuanya keletihan selepas majlis aqiqah pada hari kelmarin, jadi hanya Abang Aznan dan anak- anaknya yang keluar bersarapan bersama kami. Tempat makan ditetapkan oleh Abang Aznan iaitu di Restoran Bee Bee Ice. Tempat makan ini memang terkenal dengan hidangan nasi ayam.

Bee Bee Ice Restaurant

Ketika kami sampai, pelanggan belum ramai. Jadi kami dapat menjamu selera dengan selesa. Anak-anak pun bukan main gembira dapat bermain bersama-sama.

Si comel Mei Mei.


Sebelum sampai ke Bee  Bee Ice Restaurant, Abang Aznan sempat membeli pelbagai jenis kuih untuk dibawa pulang sebagai sarapan pagi untuk ahli keluarga yang sambung tidur! Sebahagiannya dibawa masuk ke restoran. Sementara menanti hidangan yang dipesan tiba, anak-anak makan dahulu makanan yang dibawa Abang Aznan.



Awal pagi lagi, anak-anak sudah meminta nasi! Firdaus makan nasi ayam lauk chicken chop. Cicha pula makan nasi ayam goreng. Cicha tak mahu makan dengan sudu. Katanya, lebih sedap makan nasi ayam dengan tangan.

Udang Goreng Tepung.

Abang Aznan pesan dua set udang goreng tepung. Rangupnya tepung! Gemuk-gemuk pula.

Mi Goreng Chicken Chop

Encik Suami makan mi goreng chicken chop. Abang Aznan tambahkan pesanan tauhu telur! Abang Aznan tahu Encik Suami suka makan tauhu telur.


Mi Goreng Chicken Chop & Tauhu Telur.

Fish & Chips

Kita minta fish and chips. Coleslownya banyak!


Awal pagi lagi Mei Mei minta minuman sejuk.


Seronok sungguh anak-anak apabila dapat berkumpul ramai-ramai!


Seronok macamana pun, selepas sarapan pagi semuanya akan berpisah. Tinggallah Firdaus.Tinggallah Cicha. Jumpa lagi pada masa yang lain.

Abang Aznan di majlis aqiqah Azrieqanita Qadeeja.

Abang Aznan pulang sekejap sahaja ke LD kerana mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul untuk puterinya, Azrieqanita Qadeeja. Sekarang Abang Aznan sekeluarga sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Moga selamat sampai ke destinasi. Oh, ya! Terima kasih Abang Aznan belanja kami sarapan pagi tadi.

37 comments

  1. Nampak sedap semua menu. Teringin pulak dengan mee goreng chicken chop tu 🤤.
    Comelnye Azrieqanita Qadeeja. Nama yang unik 😊

    BalasPadam
  2. Abang Aznan, ambillah sy jadi adik angkat, hehehehe.

    Meriah sarapan Firdaus hari ni, nampaknya seleranya dah datang semula bila makan ramai2 dengan kawan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa....jadi adik angkat dia memang kenyang selalu.

      Padam
  3. Hujung minggu biasanya orang rumah masak sarapan. Pagi tadi makan nasi lemak sambal sotong..

    BalasPadam
  4. Takpe... lain kali Firdaus boleh berjumpa geng lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Uncle. Minggu depan cuti Deepavali. Boleh menyusul ke KK.

      Padam
  5. meriah baitu makan sarapan pagi ramai2 .. ;p

    BalasPadam
  6. Alahamdulillah rezeki sarapan pagi..
    Betul tu makan pakai tangan lagi sedap hehehe

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak..Pemurah betul Abang Aznan.
    Rezeki dikongsi bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah Abang Aznan.
      Sewaktu kami sedang sarapan, dia telefon adik-beradik, pak sedara semata-mata tanya sudah sarapan atau belum, nanti dia belikan bungkus bawa pulang.

      Padam
  8. Abang Aznan dan anak-anak Chinese look. Semua sedap2 sarapan pagi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Aznan memang anak Cina. Bapa Cina, emak Cocos.

      Padam
  9. seronoknya dpt kumpul ramai-ramai mcm tu. meriahhhhh & berselera makan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila berkumpul ramai-ramai, makan apa pun sedap kan.

      Padam
  10. bab nak berpisah ni... paling sedih anak anak... nanti muncung je dalam kereta tengok tingkap. kalau anak dara saya, sekeli kedip mata, setitik air mata jatuh. ..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu terpandang Firdaus sembunyikan mukanya, tapi nampak air matanya gugur setiap kali berpisah dengan anak-anak yang lain.

      Padam
  11. Sedapnya semua menu tu kak, pagi-pagi pun dah ada sarapan nasi ayam dan pelbagai jenis lauk. Seronok tengok semua makanan tu,. fish n chips pun ada tu mmg terbaik. Terfikir belah mana yang sepet bila tengok mata chicha tu rupanya ikut pada ayahnya ye, comel je tengok gelagat semua anak-anak kecil tu kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cicha tu anak Rini (adik bongsu Abang Aznan). Semuanya itu keturunan Cina.

      Padam
  12. Mee goreng chicken chop, menu baru ni bagi sy ..yg lain-lain pun nampak sedap semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru pertama kali nampak meni mi goreng chicken chop di sini.

      Padam
  13. Pagi-pagi sudah sarapan berat dan bukan kebiasaan sarapan rakyat Malaysia.
    Rajin Abang Aznan belanja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya ambil sarapan berat kalau nak buat kerja berat kan NA.
      Di Kelantan, saya pun terkejut pagi-pagi dibawa makan nasi kerabu!

      Padam
  14. berlipat kali ganda rezeki abg aznan sentiasa pemurah dengan ahli keluarga..

    BalasPadam
  15. Seronok Firdaus bila makan dengan rakan-rakan. Variety juga menu di restorannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah saat bahagia dalam kehidupan kanak-kanak.

      Padam
  16. Takpe, lain kali boleh menikmati teh Pakistan. Orang jauh datang dan pelawa, kita turutkan jua. Abg Aznan tetap dengan sikapnya pemurah suka belanja orang. Seronok masing-masing bila berjumpa. Firdauslah terpaling seronok ada kawan ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas sarapan tu kami jalan-jalan ke bandar, singgah di pasar tani.
      Menjelang tengahari, perut mula lapar. Baliknya singgah juga di kedai Pakistan tu...ahaks!

      Padam
    2. Ohh..dapatlah juga menghirup teh pakistan ye :)

      Padam
  17. wahh rezeki kak amies sekeluarga mkn sedap2... nak join boleh? hehehe

    BalasPadam
  18. nampak sedap nasi ayam chicken chop firdaus..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe