Dua Kali Makan Sotong Kangkung & Menyendol

11:33 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 24 Oktober 2022. Firdaus sudah kembali sihat. Malam sebelumnya, kami dijemput makan malam di rumah Abang Aznan. Encik Suami dan Firdaus makan bersama mereka.  Amie tak dapat menyertainya kerana Amie menghadiri zoom meeting. Jadi, Amie duduk dalam bilik di kondo. Nampaknya Encik Suami balik agak lewat, sebab kita sudah tertidur. 

Encik Suami bangunkan kita. Katanya, Ery (isteri Abang Aznan) bekalkan nasi dan lauk-pauk untuk kita. Allahu Akbar! Rasa lapar pula di tengah malam! Kita pun makan dengan penuh selera nasi putih lauk ayam goreng, sambal hijau dan sayur lemak kobis dengan kacang panjang.

Pesanan yang dibawa oleh Encik Suami, esok pagi sarapan di rumah Abang Aznan!

Begitulah Abang Aznan! 

Jadinya, selepas sarapan pagi bersama Abang Aznan sekeluarga termasuk ibunya (kakak ipar) dan adik-adik Abang Aznan, kami terus bergerak ke Shopping Mall IMAGO. Tempat pertama kita masuk sudah tentulah kedai buku POPULAR. Tak banyak pilihan buku untuk dibeli. Dapatlah tiga buah untuk dibaca-baca apabila ada kelapangan.

Kami singgah basahkan tekak dengan cendol dan ABC di restoran. Isi perut juga dengan kudapan seperti popia dan sotong kangkung.

Cendol, ABC, sotong kangkung & popia.

Cendol

ABC

Sotong Kangkung

Popia




Kena cari mineral water juga untuk bersihkan 'manis' cendol di mulut.


Kemudian jalan-jalan dan naik turun escalator, mencari itu dan ini. Namanya pun shopping kan. Hari ini memang dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan dan shopping saja.


Berhenti sebentar di ruangan pentas. Entah ada apa orang ramai-ramai di sini. Kita pun tak pasti apa benda Demon Storm itu.


Firdaus sempat bergambar di tepi pentas.



Firdaus nampak lembik pula hari ini.


Firdaus nampak seperti tidak bertenaga sampai terduduk di tiang.
Tiba-tiba kami terserempak dengan kakak ipar dan yang lain. Mereka pesan supaya nanti kami datang makan bersama. Kami berpisah buat seketika kerana haluan berbeza. Abang Aznan telefon dan minta kami datang ke tempat makan yang letaknya berhadapan dengan panggung awang. Allahu... rupanya tempat kami menyendol dan makan sotong kangkung beberapa jam sebelumnya!


Firdaus kembali ceria apabila bertemu dengan Ita, Mei Mei dan Iskandar.


Kami pun makan sekali lagi di sini. Menu yang sama diminta: Sotong kangkung dan cendol, dan juga popia serta mi udang. Jahat!  Sotong kangkung tu, kita makan sotongnya saja. Encik Suami tolong habiskan kangkungnya.

Kemudian kami berpisah dengan tujuan masing-masing. Amie ingin meneruskan pencarian membeli kasut dan baju untuk Firdaus. Sebelum pulang, kami mencari tempat untuk isi perut. Jadi, balik kondo, perut sudah kenyang!


12 comments

  1. Hahahha.. patutlah sy tak nampak mana sotongnya 🤣

    BalasPadam
  2. sotong ghaib ye, tinggal kangkung sahaja. Demon Storm tu anime kot kak? Tak pun game? Ala kesian Firdaus. nampak monyok je muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perasan pula apa benda Demon Storm tu sebab tumpuan keluar masuk kedai hihihiii.

      Padam
  3. wah kak amie di KK ke baru-baru ni. sedap ke sotong kangkung situ? xpernah syu try lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie makan sotong dengan kuahnya saja Syu...kangkung makan juga, tapi letak tepi sikit hihihii.

      Padam
  4. Terliurnya cendol dan sotong kangkung tu...
    Telan ayaq lioq...
    Daus..kenapa tu...tunggu Ita,Meimei dan Iskandar ke...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat tu Mama Cella. Ikut Mommy & Baba menyongket seluruh mall... kah!

      Padam
  5. mengancamlah laa kak ABC dia tuuuu👍👍

    BalasPadam
  6. Abg Aznan oh Abg Aznan..suka menjamu dan belanja. Nak menolak pun tak sampai hati kan. Alhamdulillah Firdaus dah makin sihat tu, baru seronok jalan jalan. Dua kali makan menu sama di tempat sama. hehe...Rezeki jangan ditolak :)

    BalasPadam
  7. kalau makanan nya sedap repeat banyak kali pun tak pe ye kak... itulah ingatkan akak amik masakan tumis kangkung rupanya sotongnya sudah kene pancing ye hahahhah.

    BalasPadam
  8. sedapnya sotong kangsung dan cendol. mee pun sedap.. uish semua sedap la

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe