Dating dengan Si Dia di Secret Recipe

11:29 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita sudah mengada-ngada tidak mahu pandu kereta sendiri, Encik Suami pun tak boleh nak kata apa.... ahaks! Setelah hantar, terpaksalah ambil pula dari tempat kerja. Kesempatan ini kita gunakan untuk goda Encik Suami makan tengah hari di luar. Bukan apa. Sampai rumah nanti masih banyak kerja hakiki yang perlu dibereskan. Tak mahulah masuk ke dapur hihihiii. 

Hari Jumaat lepas, kita tunggu Encik Suami ambil kita setelah selesai solat Jumaat. Kemudian kami belok arah ke bandar LD untuk cari alas perut. Kami tuju ke Secret Recipe.

Ehsan : Gambar di pintu masuk SR.

Makanan yang telah dipesan.

Duduklah merpati dua sejoli di sudut restoran, memesan makanan yang ada sebab ada makanan yang tidak ada. Kemudian sembang-sembang tentang anak-anak. Dari cerita Farid & Aseeyah yang akan balik bercuti hujung tahun nanti, membawa kepada perancangan menghadiri konvo Fuad pada awal Disember di UTHM. Meleret kisah Fairuz pula. Harapnya Fairuz dapat ikut serta ke Johor nanti. Kami terbang dari LD, dan Fairuz terbang dari Kota Kinabalu. Seterusnya, tertawa lucu apabila Encik Suami bercerita tentang kalutnya Firdaus yang  tukar pakaian sekolah agama di dalam kereta setiap hari. Maklumlah pagi sekolah agama, petang sekolah rendah. Tidak sempat hendak pulang ke rumah bertukar pakaian.

Tidak lama kemudian, datanglah satu demi satu makanan yang dipesan.


Air Bandung Selasih.

Ice Plum Lime

Nasi Ayam Black Pepper.


Encik Suami leka dengan HP baharunya.  Makanan di hadapannya pun tak dipeduli, maklumlah teruja masih dengan KEJUTAN ANAK-ANAK UNTUK ENCIK SUAMI!


Moist Chocolate Cake

Sebelum makan berat, kami nimati dahulu sepotong Moist Chocolate Cake yang ditambah dengan ais krim coklat.

Seafood Spring Roll.

Apabila makan Seafood Spring Roll ini teringat Firdaus. Suka sangat budak kecil itu makan popia yang kecil comel ini. Kalau sudah dia nak makan, janganlah sesiapa berani ambil walau sebatang! Kalau dengan kita tak apa...ahaks! Makan berdua dengan Encik Suami tapi kitalah yang makan lebih.

Triple Cheese Pizza

Kita makan Triple Cheese Pizza, kegemaran Firdaus. Kalau Firdaus boleh habiskan sekeping pizza ini, Amie pun boleh habiskan juga tapi dengan syarat, Encik Suami kena tolong makan sama!

Kisah merpati dua sejoli tamat di sini. 
Terasa semakin hari semakin sunyi!
Hanya menanti anak-anak sesekali menjenguk kami.

10 comments

  1. Sweettttt...🐜🐜
    Seronok melihat merpati dua sejoli terbang ke sana ke mari...hinggap sekejap di sicret recepi..boleh gantung periuk kuali..hihihi
    Wah,banyak perancangan hujung tahun ye cikgu..Semoga dimudahkan urusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantiknya rima hujung Mama Cella...
      Seronok melihat merpati dua sejoli
      terbang ke sana ke mari...
      hinggap sekejap di sicret recepi.
      .boleh gantung periuk kuali
      Saya yang baca ketawa sendiri hihihiiii.

      Padam
  2. Alaaa.. toksahlah sebut merpati tua.. hahahahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah..... kita terikut-ikut si folan sebut dirinya tua, padahal lebih muda dari saya. Tak bestlah kan SK, belum bongkok tiga pon hihihiii. Kak Amie buang dah yang tua tu, baru sedap baca kan.

      Padam
  3. Alololo sweetnya Cikgu Amie.
    Macam tu ler bila anak2 makin membesar, last2 tinggal berdua je. Mujur ada Firdaus boleh buat gaduh2😁😁

    BalasPadam
  4. Sesekali dating. Bila makan mesti teringat anak anak bila bersembang. Tengah nak belajar guna hp baru tu. Tak biasa lagi. Lain hp lain features dia :)

    Sedap menu yang dipesan. Kita ni kadang nak makan macam-macam. Yang kena tolong habiskan encik suami. hehehe...

    BalasPadam
  5. Sweetnya dia dating. Sesekali kan. Tapi lumrah ibu, apa-apa mesti ingat anak jugak.

    BalasPadam
  6. Mudah tergoda encik suami akak untuk makan di luar heheheh. Yelah mudahkan kerja bila dah siap-siap makan ye kak. Bila Daus takde sekali puas la akak makan popia tu dan pizza tu kan, kalau tidak kena pesan lain lah kan.

    BalasPadam
  7. mesti meriah kalau semua dapat berkumpul di majlis konvo Fuad nanti kan kak. Dapat juga berjalan di semenanjung nanti kan kak.

    BalasPadam
  8. Makan berdua macam berjanji temu.
    Kongsi-kongsi makan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe