Nasi Mandi Penampang

7:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami sambung perjalanan dari Ranau terus ke Penampang. Sebaik sahaja meninggalkan selekoh Hot Spring, hujan mula turun renyai-renyai. Kalau sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Ranau, matahari bersinar terang, tetapi dari Kundasang ke Tamparuli, suasana jalan berkabus tebal. Semua pemandu memasang lampu masing-masing dan memperlahankan kenderaan.

Alhamdulillah, kami sampai ke Gardens Condominium pada pukul 5 petang. Sewaktu kami sampai, Fairuz masih berada di Keningau kerana menghantar bekalan ikan. Petang itu kami bertiga makan malam di Restoran Nasi Mandi Penampang.

Nasi Mandi Ayam & Nasi Mandi Kambing


Restoran Nasi Mandi Penampang


Firdaus tidak mahu memesan makanan. Katanya, tidak ada kentang goreng dan makanan yang disukainya. Dia hanya minta milo nai sahaja.

Cendol Kacang Merah

Chinese Tea & Milo Nai


Nasi Mandi Ayam

Nasi Mandi Kambing


Puas kami pujuk supaya Firdaus pesan apa sahaja makanan yang disukainya, tetapi tetap juga tidak mahu. Apabila sampai hidangan yang kami pesan, Firdaus terus sentuh Nasi Mandi Kambing kita!


Bismillah.

Hidangan nasi mandi untuk seorang memang agak banyak. jadi, makan berdua dengan Firdaus pun tetap kenyang!


Kabus sepanjang jalan.

Teringat betapa tebalnya kabus sepanjang perjalanan dari Kundasang sehingga ke Tamparuli!

16 comments

  1. Balasan
    1. Berkongsi itu mengasihi... yang mengasihi sanggup berkongsi hihihii.

      Padam
  2. Ada hikmah Firdaus tak nak order. Kalau tak membazir pulak. Wah tebalnya kabus. Kena hati-hati memandu

    BalasPadam
  3. portion nasi arab mmg besar buat perut kita org malaysia kan kak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau diikutkan sajian orang Arab memang besarlah portionnya.

      Padam
  4. Cikgu Amie ni penggemar nasi Arab agaknya...Kena dok di Arab ni..hihihi..
    Daus kena dok Amerika sebab suka fries..hihihi..
    Sebut Hot Spring tu saya terbayang pokok buluh nya besar,-besar sungguh..saya tak pernah jumpa lagi disemenanjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perut dah lapar, jadi masuk sajalah mana-mana kedai makan yang terdekat. Kebetulan ada kedai nasi arab, tu yang terus masuk saja.
      Haaa... banyak pokok buluh di kawasan tu. Belakang rumah Ros ada serumpun!

      Padam
  5. Daus dah plan nak makan Nasi Mandhi dengan mommy. Lagipun Daus dah jadi peminat kambing nampaknya 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami selalu kata, Firdaus tu kalau belum nampak makanan sebenar di depan mata, memang dia tak mahu minta, kecuali ayam goreng dengan kentang goreng.

      Padam
  6. Suasana pun tak menentu sekarang. Kalau hujan tak dapat nak kemana mana sangat. Kesian Firdaus tak ada makanan favourite dia. Mujur juga dia nak makan nasi dengan mommy. Banyak betul porsi nasi tu..Sedulang bukan sepinggan dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kenyang juga makan berdua dengan Firdaus, tapi dia habiskan banyak kambing.

      Padam
  7. tebal sungguh kabusnya...bahaya kalau orang tak pandai nak handle stereng macam ammi ni yg drive.
    tengok nasi mandy tu mmg besar portion nasinya walaupun ayam & kambingnya nampak agak kecik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kena pasang lampu sepanjang jalan berkabus.

      Padam
  8. besar jugak portion dia ya. syu pernah try nasi mandi ayam dia, sedap juga. nanti nak cuba kambing pula.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe