Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di pagi minggu. Sudah sarapan pagi?
Nampaknya hari ini LD mendung. Kelmarin hujan lebat di sebelah petang. Awal pagi tadi Encik Suami keluar joging bersendirian. Kita hendak juga ikut, tetapi masih terasa sakit-sakit kaki dan badan akibat keletihan bergerak ke sana ke mari dalam menjayakan program sekolah yang dihadiri kelmarin.
Kita selongkar kabinet dapur, dan jumpalah sebungkus bihun. Kita goreng bihun kosong saja, bubuh lobak merah dan sediakan air lada. Itu pun kisar tidak halus. Masih kelihatan cili padi dan bijinya. Yang penting rasanya sedap, dan terasa jus limau kasturinya yang wangi. Kita panaskan lebihan sup ceker dengan batang saderi. Kemudian kita tambahkan hirisan betik , salah satu hidangan wajib di pagi hari sebelum isi perut dengan hidangan yang lebih berat.
|
Hidangan sarapan di pagi minggu. |
|
Lemon Panas. |
|
Betik. |
|
Sup Ceker + Saderi + Kurma Merah |
|
Bihun Goreng Kosong. |
|
Air Lada |
|
Pastil, popia & pulut serondeng. |
Setelah selesai siapkan sarapan pagi, Encik Suami yang sudah selesai joging, telefon tanya hendak beli sarapan apa. Kita kata sudah siap sediakan sarapan pagi. Oleh kerana sudah sampai di depan warung, jadi Encik Suami kata baik beli kuih sahajalah. Pagi ini Encik Suami dapat 10 kali pusing Taman Bandar Lahad Datu. 10 pusingan darab 600 meter, bermakna Encik Suami dapat joging sejauh 6 kilometer.
Encik Suami beli pastil, popia dan pulut serondeng. Ketika mengunyah pulut serondeng, tiba-tiba kita teringat sesuatu.
Eh, belum cuci pakaian!
Sudah, kata Encik Suami.
Bila masa cuci pakaian?
Allahu! Kelmarin petang kita tidur mati sebab terlalu penat! Tak tahu apa yang berlaku. Rupanya Encik Suami sudah cuci semua pakaian!
Lepas ini bolehlah bersiap untuk ke pasar. Cari sayur dan cari ikan.
Sarapan nasi lemak sambal udang pagi tadi. Isteri masak.
BalasPadamBertuah Daus ada ayah yang rajin..
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamdikurniakan suami yang bertolak ansur.Semoga bahagia hingga ke Jannah..
Pastil tu sudah dizikir tapi belum tiba kerajinannnyağŸ¤
Bihun kosong pun sodap! jadilah tu dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan. Sedap pulut serunding tu. Susah nak dapat sekarang. Jarang ada orang jual. Alhamdulillah ada suami yang banyak membantu buat kerja rumah.
BalasPadam