Makan Yong Tau Fu Sup, Cendol Kahwin Tiga & Sotong Kangkung

8:08 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, kami keluar makan malam di kedai makan Cina muslim, D'Lisa Cafe. Teringin layan tekak dengan yong tau fu sup. Boleh juga digoreng, tetapi Amie lebih suka makan yong tau fu dengan sup jernih. Firdaus pula minta kuah tom yam. Memang kuat pedas betul budak Firdaus ini.

Yong Tau Fu Kuah Jernih.

Sayang Mommy!

Cendol Kahwin Tiga

Apabila nampak cendol, kita pun minta semangkuk. Nama cendol ini Cendol Kahwin Tiga. Kita tanya, kenapa namanya Cendok Kahwin Tiga? Ada Cendol Kahwin Dua dan Cendol Kahwin Empat. Rupanya Cendol Kahwin Tiga bermaksud, ada cendol, ditambah kacang merah dan jagung!
Kita dapat makan cendol sedikit sahaja, sebab Firdaus habiskan dulu. Firdaus sudah ada milo nai, tetapi seleranya pergi ke mangkuk cendol kita!


Ini pilihan Firdaus. Yong Tau Fu berkuah tom yam.

Sambal & Pencecah Yong Tau Fu.



Kuah jernih Yong Tau Fu rasanya sangat sedap. Habis kita hirup berdua dengan Encik Suami.

Bihun Sup Perut.

Selain itu, kami makan semangkuk Bihun Sup Perut. Licin!
Kuahnya sedap! 

Sotong Kangkung.

Sebelum ini Encik Suami asyik sebut sotong kangkung! Jadi, malam itu puaslah makan sotong kangkung idamannya. Nampak gayanya, Encik Suami berminat makan di sini. Marilah singgah makan di D'Lisa Cafe di Bandar Lahad Datu. 

24 comments

  1. Wah kedai Cina Muslim ada jual cendol.
    Suka Yong tau fu bersama sos hitam,merah dan sup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada.
      Makanan laut yang bakar-bakar pun ada.

      Padam
  2. wow sedap semuanya cendol pun mcm2 isinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat cendol dulu-dulu. Sedap, lemak manis santannya.

      Padam
  3. wahhhh kreatif nama cendolnya hehehe

    BalasPadam
  4. Nampak cendol, kena cari esok ni.. teringin pulak.

    BalasPadam
  5. Alamak.. sotong kangkung tu mencuri perhatian saya lah😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak puas makan. Rasa nak buat sendiri hihihiii.

      Padam
  6. cendol pun dah berani kahwin ramai hehe
    nampak sedap cendol kahwin macam2 campur tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... ada-ada saja idea tuan kedai kan.

      Padam
  7. Eh eh, menariknya nama cendol tu, hahaha. Mahu viral ni, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... banyaklah nanti menu lain yang nak daftar poligami macam cendol.

      Padam
  8. wah ni cendol poligami ni boleh kahwin 3 kahwin 4.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakit perut ketawa dengar cendol poligami hihihiiii!

      Padam
  9. Semua makanan favourite ni. Sedap sesekali layan tekak makan yong tau fu sup. Suka Firdaus makan pedas ye. Bagus tahan pedas dia.
    Kalau suka pasti akan ulang datang sini. kann...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nak ulang datang ni Fizah. Sup tu sedap. Nak hirup puas-puas.

      Padam
  10. Yong tau u kuah tomyam tu macam Oden lah kan. Sedap jugak. Terliur saya sebab belum lunch lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira odenlah juga dalam bahasa Koreanya, sebab oden pun bahan-bahan rebus dan berkuah.

      Padam
    2. a'ah la. oden = yong tau foo. cuma kuahnya lain jenis :)

      Padam
  11. 3 makanan feveret aida.
    yong tau foo tu always teringat kan mak aida, kak. her feveret too. kalau mak dtg, confirm aida buatkan seperiuk. homemade soup. bebola frozen. kangkung 2-3 ikat, celur. ohsem!

    BalasPadam
  12. ohh tu rupanya mksud cendol kahwin ya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe