Jom Makan Nasi Kabsah Kambing & Roti Nan Ayam Tandoori

10:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan. Selepas solat maghrib, ajak Encik Suami pergi ke Fajar Centre untuk korek ATM. Satu sen pun tak dapat sebab mesin ATM kehabisan duit. Kita pun singgah Guardian cari vitamin dan cari pelbab muka. Kononnya hendak singgah makan roti canai di Restoran Mubarak, tapi entah kenapa kereta terus meluncur ke Seri Perdana dan singgah di Restoran Rumpun Selera.

Makan Nasi Kabsah Kambing & Roti Nan Ayam Tandoori di Restoran Rumpun Selera.

Budak ini petang tadi tidur! Muka nampak sembab!


Firdaus minta milo panas. Kami berdua minta lemon panas tanpa gula.


Asyik berkerut saja muka Firdaus setiap kali menyudu minuman ke mulutnya. Rupanya milo tawar, tanpa susu. Mungkin pelayan yang ambil pesanan tadi sangka semua minuman kami tidak manis, tanpa gula!
Kami minta pelayan restoran tambahkan sedikit susu pekat.


Sekarang barulah muka ada senyum sebab milo rasa manis. Tidak lama kemudian datanglah hidangan satu demi satu ke meja kami. Mula-mula sampai Nasi Kabsah Kambing (Lamb Shank) dahulu.

Nasi Kabsah Kambing (Lamb Shank).


Bismillah.


Lembut terlerai isi kambing dari tulang!


Kemudian datang set udang goreng salut tepung ditemani kentang goreng, telur dadar dan roti. Tambah cantik apabila dihiasi dengan hirisan timun, oren, kentang panggang dan hirisan tomato.


Firdaus suka sangat dapat udang goreng salut tepung dengan kentang goreng.


Rotinya pula, ada tiga ketul. Masih panas!


Kita tinggalkan dahulu lamb shank, dan ambil secubit roti celup dalam sup cendawan yang kelihatan berasap! Encik Suami pun bantu makan sama! Sup cendawannya banyak! Encik Suami tolong habiskan.

Bismillah.

Roti Nan.

Akhir sekali sampailah Roti Nan Ayam Tandoori ke meja kami.

Ayam Tandoori.

Oleh kerana Encik Suami dari awal lagi sudah bantu kita makan Nasi Kabsah Kambing, ditambah pula makan roti dari piring Firdaus dan hirup sup cendawan semangku, jadi apabila roti nan sampai sedikit sahajalah yang dijamahnya.


Kami bungkus bawa pulang roti nan dengan dua ketul ayam tandoori itu. Kata Encik Suami, bolehlah Amie bawa bekal esok.... ahaks!


Sebelum masuk tidur, kita sempat bungkus empat buah antologi untuk dikirim kepada empat orang pembeli:
  • Antologi Cerpen Seriau
  • Antologi Puisi Di Bawah Percikan Arunika
  • Antologi Cerpen Pasrah
  • Antologi Cerpen Remaja Mengurai Impian
Kita tak pandai jual beli sebab tak ada mambang rajin yang membantu. Jadi, Encik Suamilah yang selalu jadi mangsa dalam urusan pos-mengepos ini.





15 comments

  1. Nasi arab saya kureng sikit. Tapi kalau roti naan dan ayam tandoori, kegemaran saya tu.

    BalasPadam
  2. Alahai...terkulat-kulat Daus nak telan milo tawar🤣
    Kambing tuuuu...sedapnya..
    So,hari ni bekal naan dengan ayam tandoori la yer cikgu🤭

    BalasPadam
  3. usia dah banyak...ada lagi sorang anak sedang sedap dilayan... memang jadi buah hati intan berkarang kan...saya yang bongsu pun dah lima tahun.

    BalasPadam
  4. Akak kalau tunjuk gambar makanan selalu nya memang buat terliur berkali-kali. Lamb shank tu menggoda sunggh kak oi, nampak lembut dagingnya. Set Daus tu pun alahai sedapnya lengkap betul set nya siap dengan sup cendawan. Roti nan sampai lambat memang tak terhabis la ya

    BalasPadam
  5. Waaahhh nampak sedap nasi kabsah kambing, meriah dengan side dishes yang lain..

    BalasPadam
  6. sedapnya nasi kabsah...daging kambing yg lembut...perghh..

    BalasPadam
  7. Kak, dana pun kene macam mamacella jugak lah. Ada beberapa entri akak dana dah komen tapi tak muncul komennya. Ada yang sampai 3 kali dana komen mula muncul tapi lepas tu hilang komen nya. huhuhu ngape lah jadi gitu selalu elok je.

    BalasPadam
  8. Akak, komen dana pun tak muncul jugak. Ada beberapa entri dana dah komen tapi hilang komennya. Ada yang sampai 3 kali dana komen tapi hilang jugak huhuhu ngape kah kak

    BalasPadam
  9. Cantik plating restoran ni. Lagi-lagi udang salut tepung tu

    BalasPadam
  10. Banyak kuantiti dan pesan makanan. Hehe tengok rasa hendak juga terutama roti yang nampak lain.

    BalasPadam
  11. Sedap makanan yang dipesan. Ingatkan Firdaus berkerut disebabkan panas, rupanya tawar. Dah makan sup dan roti awal memang kenyang cepat. Best tu dapat lauk daging lembut mudah terlerai.

    BalasPadam
  12. Nampak sedap juadah yang dipesan lagi-lagi nasi kabsah tu.

    BalasPadam
  13. Sedapnya kalau dapat makan makanan arab skrg, tapi nanti makan teringat anak nan seorang pulak. Kena tunggu dia balik la..

    Daus, milo tu tak payah susu pekat sebab mommy dah cukup manis. Daus tenung je muka mommy sambil hirup milo okey, hehehe.

    BalasPadam
  14. sedapnya nampak lamb shank dia. lembut je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe