Dua Kali Makan Malam

2:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Aznan pesan supaya kami singgah ke rumahnya selepas menghadiri: MAJLIS MAKAN MALAM TEMU KARYAWAN BAYU-KENYALANG DI PALACE HOTEL KOTA KINABALU. Katanya mereka akan tunggu kami sampai untuk makan malam bersama. Eh, bukankah kami akan makan di Palace Hotel? Kata kakak ipar, Abang Aznan sudah beli empat kotak besar kuih bulan. Ada berapa biji agaknya dalam satu kotak. Bolehlah nanti makan sama-sama.

Selepas solat maghrib, Fairuz hantar kami ke Palace Hotel. Majlis dijadualkan bermula pada pukul tjuh malam dan berakhir pada pukul sembilan malam.



Bergambar di halaman Gardens Condominium sebelum naik kereta menuju ke Palace Hotel. Kali ini kami jadi VVIP sebab ada driver! Eh, rupanya masa ni Encik Suami belum tukar kasut!


Malam kenangan di Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu - Kenyalang kerana dapat Anugerah Penulis Prolifik dari syarikat penerbitan SYFE Management.


Malam itu, 10 September 2022 tak ingat apa yang dimakan. Entah kenyang entah tidak sebab terlalu gembira dapat anugerah yang tak disangka-sangka! Selesai majlis, Fairuz sudah menunggu di luar hotel. Kami bergerak ke rumah Abang Aznan.

Sup Ayam Kurma Merah.

Masuk ke ruang tammu rumah Abang Aznan, terbau aroma sup ayam dengan kurma merah! Apa lagi, kita pun hiruplah semangkuk sup ayam kurma merah.


Lina masak sebelanga besar sup ayam kurma merah! Kita pula yang tak berhenti ulang-alik ke dapur mengambil kuah sup untuk dihirup!


Rini dan Hasna masak lauk-pauk seperti sotong goreng salut tepung, ayam masak kicap, sayur kacang panjang dan sambal petai.

Ayam Masak Kicap.

Kacang Panjang Tumis dengan Udang.

Sambal Petai.


Selesai makan, Abang Aznan keluarkan kotak-kotak kuih bulan. Malam itu puaslah makan pelbagai jenis kuih bulan. Kita suka kuih bulan lotus, durian dan telur masin. Keesokan paginya, sebelum kami berangkat pulang, kakak ipar bekalkan kami dua biji kuih bulan.

Kuih Bulan Durian.

Jadinya, malam itu kami dua kali makan! Makan di Palace Hotel dan makan di rumah Abang Aznan.

10 comments

  1. Gandingan lauk-pauk tu nampak sungguh menyelerakan.
    Sy pernah makan kuih bulan beberapa tahun lepas :)

    BalasPadam
  2. Pak Inche hari tu dapat 4 biji kuih bulan. Puaslah berjamu satu office.

    Kak Amie, kalau sy dapat anugerah pun mmg tak lalu makan dah dan tak ingat apa makanannya, hahahah. Tahniah, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Berkilauan emas..
    Tahniah sekali lagi..
    Sedapnya kuih bulan.
    Lauk pauk tu...aduhai menggoda selera.
    Rezeki 2x makan malam.Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Sedapnya kuih bulan, sama gak, suka yang filling telur masin tu.

    BalasPadam
  5. Rezeki jangan ditolak, dapat 2 kali menjamu makan malam. Berselera kak Amie dapat makan sup panas panas. Abg Aznan memang rajin menjamu keluarga makan. Macam macam hidangan dijamukan.

    BalasPadam
  6. Wah, dua kali dinner. saya baca pun terliur membayangkan. Saya nak jadi anak angkat Abang Aznan lah. Terus hilang masalah underweight

    BalasPadam
  7. Bestnya kak tengok menu yang disediakan di rumah abang Aznan tu, memacam menu betul. Dekat sana memang terkenal dengan sup ayam dengan kurma merah ye kak? Lepas tu kuih bulan tu pelbagai jenis ada, mesti akak peminat kuih bulan ya.

    BalasPadam
  8. Hehe berselera makan lagi. Kalau saya kenyang sangat tapi itulah orang sudah ajak tidak boleh tolak.

    BalasPadam
  9. tahniah kak amie..
    wahh mmg meriah mknn mlm tu ya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe