Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami hendak tunaikan janjinya belanja kami sarapan pagi dengan minum teh Pakistan. Ketika kami sedang bersiap-siap, tiba-tiba Abang Aznan telefon. Kata Encik Suami Abang Aznan ajak sarapan pagi di Bandar Tabanac.
Jadi, kami pun batalkan rancangan untuk minum teh Pakistan, dan menerima pelawaan Abang Aznan. Selepas bersarapan pagi, Abang Aznan sekeluarga akan bertolak ke Kota Kinabalu.
Memandangkan ahli keluarga kakak ipar semuanya keletihan selepas majlis aqiqah pada hari kelmarin, jadi hanya Abang Aznan dan anak- anaknya yang keluar bersarapan bersama kami. Tempat makan ditetapkan oleh Abang Aznan iaitu di Restoran Bee Bee Ice. Tempat makan ini memang terkenal dengan hidangan nasi ayam.
Bee Bee Ice Restaurant |
Ketika kami sampai, pelanggan belum ramai. Jadi kami dapat menjamu selera dengan selesa. Anak-anak pun bukan main gembira dapat bermain bersama-sama.
Si comel Mei Mei. |
Sebelum sampai ke Bee Bee Ice Restaurant, Abang Aznan sempat membeli pelbagai jenis kuih untuk dibawa pulang sebagai sarapan pagi untuk ahli keluarga yang sambung tidur! Sebahagiannya dibawa masuk ke restoran. Sementara menanti hidangan yang dipesan tiba, anak-anak makan dahulu makanan yang dibawa Abang Aznan.
Awal pagi lagi, anak-anak sudah meminta nasi! Firdaus makan nasi ayam lauk chicken chop. Cicha pula makan nasi ayam goreng. Cicha tak mahu makan dengan sudu. Katanya, lebih sedap makan nasi ayam dengan tangan.
Udang Goreng Tepung. |
Abang Aznan pesan dua set udang goreng tepung. Rangupnya tepung! Gemuk-gemuk pula.
Mi Goreng Chicken Chop |
Encik Suami makan mi goreng chicken chop. Abang Aznan tambahkan pesanan tauhu telur! Abang Aznan tahu Encik Suami suka makan tauhu telur.
Mi Goreng Chicken Chop & Tauhu Telur. |
Fish & Chips |
Kita minta fish and chips. Coleslownya banyak!
Awal pagi lagi Mei Mei minta minuman sejuk.
Seronok sungguh anak-anak apabila dapat berkumpul ramai-ramai!
Seronok macamana pun, selepas sarapan pagi semuanya akan berpisah. Tinggallah Firdaus.Tinggallah Cicha. Jumpa lagi pada masa yang lain.
Abang Aznan di majlis aqiqah Azrieqanita Qadeeja. |
Abang Aznan pulang sekejap sahaja ke LD kerana mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul untuk puterinya, Azrieqanita Qadeeja. Sekarang Abang Aznan sekeluarga sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Moga selamat sampai ke destinasi. Oh, ya! Terima kasih Abang Aznan belanja kami sarapan pagi tadi.
Nampak sedap semua menu. Teringin pulak dengan mee goreng chicken chop tu 🤤.
BalasPadamComelnye Azrieqanita Qadeeja. Nama yang unik 😊
Sedap tu mi goreng chicken chop.
PadamAbang Aznan, ambillah sy jadi adik angkat, hehehehe.
BalasPadamMeriah sarapan Firdaus hari ni, nampaknya seleranya dah datang semula bila makan ramai2 dengan kawan2.
Hahahaa....jadi adik angkat dia memang kenyang selalu.
PadamHujung minggu biasanya orang rumah masak sarapan. Pagi tadi makan nasi lemak sambal sotong..
BalasPadamAlhamdulillah. Sedap tu sambal sotong.
PadamTakpe... lain kali Firdaus boleh berjumpa geng lagi...
BalasPadamBetul Uncle. Minggu depan cuti Deepavali. Boleh menyusul ke KK.
Padammeriah baitu makan sarapan pagi ramai2 .. ;p
BalasPadamYa bah kan.
PadamAlahamdulillah rezeki sarapan pagi..
BalasPadamBetul tu makan pakai tangan lagi sedap hehehe
Ya, lebih menikmatinya orang kata.
PadamAlhamdulillah...rezeki jangan ditolak..Pemurah betul Abang Aznan.
BalasPadamRezeki dikongsi bersama
Begitulah Abang Aznan.
PadamSewaktu kami sedang sarapan, dia telefon adik-beradik, pak sedara semata-mata tanya sudah sarapan atau belum, nanti dia belikan bungkus bawa pulang.
Abang Aznan dan anak-anak Chinese look. Semua sedap2 sarapan pagi tu.
BalasPadamAbang Aznan memang anak Cina. Bapa Cina, emak Cocos.
Padamseronoknya dpt kumpul ramai-ramai mcm tu. meriahhhhh & berselera makan hehehe
BalasPadamApabila berkumpul ramai-ramai, makan apa pun sedap kan.
Padambab nak berpisah ni... paling sedih anak anak... nanti muncung je dalam kereta tengok tingkap. kalau anak dara saya, sekeli kedip mata, setitik air mata jatuh. ..hehehe
BalasPadamSelalu terpandang Firdaus sembunyikan mukanya, tapi nampak air matanya gugur setiap kali berpisah dengan anak-anak yang lain.
PadamSedapnya semua menu tu kak, pagi-pagi pun dah ada sarapan nasi ayam dan pelbagai jenis lauk. Seronok tengok semua makanan tu,. fish n chips pun ada tu mmg terbaik. Terfikir belah mana yang sepet bila tengok mata chicha tu rupanya ikut pada ayahnya ye, comel je tengok gelagat semua anak-anak kecil tu kak.
BalasPadamCicha tu anak Rini (adik bongsu Abang Aznan). Semuanya itu keturunan Cina.
PadamMee goreng chicken chop, menu baru ni bagi sy ..yg lain-lain pun nampak sedap semuanya.
BalasPadamSaya pun baru pertama kali nampak meni mi goreng chicken chop di sini.
PadamPagi-pagi sudah sarapan berat dan bukan kebiasaan sarapan rakyat Malaysia.
BalasPadamRajin Abang Aznan belanja.
Biasanya ambil sarapan berat kalau nak buat kerja berat kan NA.
PadamDi Kelantan, saya pun terkejut pagi-pagi dibawa makan nasi kerabu!
berlipat kali ganda rezeki abg aznan sentiasa pemurah dengan ahli keluarga..
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSeronok Firdaus bila makan dengan rakan-rakan. Variety juga menu di restorannya
BalasPadamItulah saat bahagia dalam kehidupan kanak-kanak.
PadamTakpe, lain kali boleh menikmati teh Pakistan. Orang jauh datang dan pelawa, kita turutkan jua. Abg Aznan tetap dengan sikapnya pemurah suka belanja orang. Seronok masing-masing bila berjumpa. Firdauslah terpaling seronok ada kawan ramai.
BalasPadamSelepas sarapan tu kami jalan-jalan ke bandar, singgah di pasar tani.
PadamMenjelang tengahari, perut mula lapar. Baliknya singgah juga di kedai Pakistan tu...ahaks!
Ohh..dapatlah juga menghirup teh pakistan ye :)
Padamalhamdulillah.. rezeki
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
Padamwahh rezeki kak amies sekeluarga mkn sedap2... nak join boleh? hehehe
BalasPadamnampak sedap nasi ayam chicken chop firdaus..
BalasPadam