Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, kami keluar makan malam di kedai makan Cina muslim, D'Lisa Cafe. Teringin layan tekak dengan yong tau fu sup. Boleh juga digoreng, tetapi Amie lebih suka makan yong tau fu dengan sup jernih. Firdaus pula minta kuah tom yam. Memang kuat pedas betul budak Firdaus ini.
Yong Tau Fu Kuah Jernih. |
Sayang Mommy! |
Cendol Kahwin Tiga |
Apabila nampak cendol, kita pun minta semangkuk. Nama cendol ini Cendol Kahwin Tiga. Kita tanya, kenapa namanya Cendok Kahwin Tiga? Ada Cendol Kahwin Dua dan Cendol Kahwin Empat. Rupanya Cendol Kahwin Tiga bermaksud, ada cendol, ditambah kacang merah dan jagung!
Kita dapat makan cendol sedikit sahaja, sebab Firdaus habiskan dulu. Firdaus sudah ada milo nai, tetapi seleranya pergi ke mangkuk cendol kita!
Kita dapat makan cendol sedikit sahaja, sebab Firdaus habiskan dulu. Firdaus sudah ada milo nai, tetapi seleranya pergi ke mangkuk cendol kita!
Ini pilihan Firdaus. Yong Tau Fu berkuah tom yam.
Sambal & Pencecah Yong Tau Fu. |
Kuah jernih Yong Tau Fu rasanya sangat sedap. Habis kita hirup berdua dengan Encik Suami.
Bihun Sup Perut. |
Selain itu, kami makan semangkuk Bihun Sup Perut. Licin!
Kuahnya sedap!
Sotong Kangkung. |
Sebelum ini Encik Suami asyik sebut sotong kangkung! Jadi, malam itu puaslah makan sotong kangkung idamannya. Nampak gayanya, Encik Suami berminat makan di sini. Marilah singgah makan di D'Lisa Cafe di Bandar Lahad Datu.
Wah kedai Cina Muslim ada jual cendol.
BalasPadamSuka Yong tau fu bersama sos hitam,merah dan sup.
Macam-macam ada.
PadamMakanan laut yang bakar-bakar pun ada.
wow sedap semuanya cendol pun mcm2 isinya
BalasPadamTeringat cendol dulu-dulu. Sedap, lemak manis santannya.
Padamwahhhh kreatif nama cendolnya hehehe
BalasPadamKan... tak terfikir ada nama begitu.
PadamNampak cendol, kena cari esok ni.. teringin pulak.
BalasPadamCendol guna santan segar yang sedap.
PadamAlamak.. sotong kangkung tu mencuri perhatian saya lah😋
BalasPadamSaya tak puas makan. Rasa nak buat sendiri hihihiii.
Padamcendol pun dah berani kahwin ramai hehe
BalasPadamnampak sedap cendol kahwin macam2 campur tu
Hahahaaa.... ada-ada saja idea tuan kedai kan.
PadamEh eh, menariknya nama cendol tu, hahaha. Mahu viral ni, Kak Amie.
BalasPadamHahahaaa... banyaklah nanti menu lain yang nak daftar poligami macam cendol.
Padamwah ni cendol poligami ni boleh kahwin 3 kahwin 4.
BalasPadamSakit perut ketawa dengar cendol poligami hihihiiii!
PadamSemua makanan favourite ni. Sedap sesekali layan tekak makan yong tau fu sup. Suka Firdaus makan pedas ye. Bagus tahan pedas dia.
BalasPadamKalau suka pasti akan ulang datang sini. kann...
Memang nak ulang datang ni Fizah. Sup tu sedap. Nak hirup puas-puas.
PadamYong tau u kuah tomyam tu macam Oden lah kan. Sedap jugak. Terliur saya sebab belum lunch lagi
BalasPadamKira odenlah juga dalam bahasa Koreanya, sebab oden pun bahan-bahan rebus dan berkuah.
Padama'ah la. oden = yong tau foo. cuma kuahnya lain jenis :)
Padamseram punya nama cendol hehehe
BalasPadam3 makanan feveret aida.
BalasPadamyong tau foo tu always teringat kan mak aida, kak. her feveret too. kalau mak dtg, confirm aida buatkan seperiuk. homemade soup. bebola frozen. kangkung 2-3 ikat, celur. ohsem!
ohh tu rupanya mksud cendol kahwin ya..
BalasPadam