Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang di Palace Hotel Kota Kinabalu
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang anjuran SYFE Management pada 10 September 2022.
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang anjuran SYFE Management pada 10 September 2022.
Entah mengapa,mata kita terbalik! Pertama kali terima jemputan kita terpandang angka 22! Dalam fikiran kita tarikh tersebut kita dalam tempoh bekerja. Jadi, kita pun tidak memberikan balasan. Setelah pihak SYFE meminta kepastian kehadiran tersebut, sekali lagi kita lihat tarikh. Rupanya 10 September! Jadi, tidak ada masalah untuk hadir sebab masih dalam minggu cuti sekolah.
Pada mulanya majlis tersebut akan diadakan di Promenade Hotel tetapi kemudian ditukar tempat ke Place Hotel. Sepuluh hari sebelum majlis, kami tempah penginapan di Palace Hotel. Namun perancangan berubah, kerana akhirnya kami menginap di Gardens Condominium, Penampang.
Para penulis yang dijemput hadir boleh membawa bersama ahli keluarga. Jadi, kami putuskan untuk pergi bertiga sahaja (memandangkan Fairuz tidak dapat dipastikan dapat ikut atau tidak) dan membuat persediaan berpakaian mengikut tema iaitu hitam / emas.
Kami bergambar dahulu di Gardens Condominium. Fairuz menjadi pemandu kami pada malam itu, menghantar dan mengambil kami bertiga di Palace Hotel.
Terima kasih sekalung budi buat warga kerja SYFE Management (kini dikenali sebagai BULAN TERBIT) yang terbang dari Kuala Lumpur untuk meraikan kami, penulis dari Borneo. Majlis berjalan lancar, mula pada tepat waktu dan berakhir dengan penuh kemeriahan.
Kredit : SYFE Management Pelancaran Penjenamaan Penerbitan SYFE sebagai BULAN TERBIT. |
Pada malam tersebut, selain diadakan cabutan bertuah dan Anugerah Pakaian Tercantik, tidak ketinggalan turut disampaikan anugerah kepada tiga orang penulis mengikut kategori.
Anugerah Penulis Berfikrah |
Setelah penerima Anugerah Berfikrah, dibacakan pula biodata untuk Anugerah Penulis Prolifik. Masya Allah! Terkejut badak kita dibuatnya apabila tempat kelahiran dan latar belakang pendidikan kita disebut! Allahu Akbar! Memang hilang ingatan seketika waktu itu sebab memang tidak terlintas di fikiran akan mendapat sebarang anugerah.
Anugerah Penulis Prolifik. |
Kredit : SYFE Management |
Penerima Anugerah Penulis Harapan dan penerima Anugerah Pakaian Lelaki Tercantik.
Barisan penerima anugerah: Anugerah Penulis Berfikrah Anugerah Penulis Prolifik Anugerah Penulis Harapan Anugerah Pakaia Tercantik Kategori Lelaki & Perempuan |
Bergambar bersama Editor SYFE: Tuan Muhamad Musip (Tok Mat) dan ahli jawatan kuasa program.
Kredit : SYFE Management |
Gambar kenangan bersama penulis dari Sabah dan Sarawak (Bayu-Kenyalang).
Gambar bersama Tuan Muhamad Musip, editor SYFE. |
Jom makan.
Senarai menu yang dihidangkan. |
Bismillah. |
Amie & Hartini |
Walaupun masa agak terhad, namun malam itu berkesempatan kenal-kenalan dengan rakan penulis dari Penampang yang duduk semeja dengan kami, Hartini.
Amie & Nursyafiqah |
Bersama Penyelenggara Lantikan Majlis Temu Karyawan 2022, Nursyafiqah Roslan.
Amie & Puan Fauziah |
Bersama Penyelenggara Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Sabah Suara Bayu di Puncak Biru, Puan Fauziah Moksin. Amie pernah sekali menyertai penulisan puisi di bawah selenggaraan beliau. Orangnya sangat lemah - lembut. Sayangnya tidak sempat untuk berbual panjang. Moga ada peluang untuk bertemu lagi.
Kenangan manis di bulan September! |
Tinggallah malam kenangan di Palace Hotel. Biar pun hanya seketika, namun segalanya terus membekas di jiwa.
Anugerah Penulis Prolifik |
Terima kasih SYFE Management.
Terima kasih rakan-rakan penulis.
Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.
Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang tidak jemu singgah di dapur maya ini, dapur yang serupa rojak, segalanya disumbat bawah tudung saji.... ahaks!
Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.
Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang tidak jemu singgah di dapur maya ini, dapur yang serupa rojak, segalanya disumbat bawah tudung saji.... ahaks!
Terima kasih sekali lagi SYFE Management!
21 comments
ribu ribu tahniah kak Amie... semoga terus menulis dan berjaya di masa hadapan
BalasPadamTerima kasih MY.
PadamAmin ya Allah.
Tahniah Cikgu..
BalasPadamMasyaa Allah...cantiknya cikgu dalam persalinan black & gold..
Makin ramping kecil molek bak dara manis sweet 17...
Terima kasih Mama Cella.
PadamAlahai.... kalau tengok betul-betul, berketul-ketul lemak masih melekap. Mungkin warna hitam tu yang nampak jadi kecik sikit hihihiii.
Tahniah Cikgu Amie.. terus saya google maksud prolifik hehe.. semoga terus berkarya!
BalasPadamTerima kasih Faizah. In syaa Allah akan cuba terus menukang aksara.
PadamWah Alhamdulillah Tahniah kak Amie 💐
BalasPadamNampak segak bergaya kak Amie sekeluarga dengan tema hitam emas.
Terima kasih Ujie.
PadamHeheee... ada gaya juga ye Ujie.
Cantiknya Kak Amie, lawa sangat tiga beranak sedondon. Tahniah juga trofi yang dimenangi, semoga menjadi pemangkin semangat utk terus berkarya.
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamTerima kasih atas sokongan.
sangat menonjol baju akak tu, cantik sedondon 3 beranak tu
BalasPadamTahniah akak, moga terus sukses ya
BalasPadamTerima kasih Dana.
PadamTerima kasih sokongannya.
Alhamdulillah tahniah Kak Amie 🌹
BalasPadamMoga terus sukses aamin.
Kak Amie nmpk berseri-seri dan ehem, lebih slim :D
Terima kasih PH.
PadamIn syaa Allah, akan terus berkarya.
Alhamdulillah tahniah amie pencapaian yg hebat
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamTahniah juga untuk kakak sebab sentiasa konsisten menghasilkan karya.
Tahniah kak Amie dapat award. Penampilan pun anggun sangat warna hitam emas
BalasPadamTerima kasih Sal!
PadamSeronoknya pergi Event. Alhamdulillah, tahniah kak Amie dapat anugerah! Cantiknya sedondon satu family :)
BalasPadamTerima kasih Fizah.
PadamAlhamdulillah dapat juga menepati tema yang ditetapkan.