Kejutan Anak-Anak Untuk Encik Suami!

8:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari lepas Encik Suami bergurau dengan Fuad menerusi video call. Kata Encik Suami, kalau Fuad beli HP baru, kirimkanlah HP Fuad yang lama kepada Encik Suami kerana HP Encik Suami seperti ada masalah. Fuad pun bersetuju untuk kirimkan HPnya dari Klang ke LD.

Hari ini kita malas pandu kereta sendiri. Kita minta Encik Suami ambil dari sekolah. Dalam perjalanan pulang, kita beritahu Encik Suami kita letih dan kalau boleh tak perlu masak. Makan saja di mana-mana restoran di Seri Perdana. Tiba-tiba Fuad telefon, beritahu HP yang dikirm sudah sampai di rumah kami. Oleh kerana tidak ada orang, jadi penghantar kiriman tolak bungkusan tersebut menerusi celah pagar.

Encik Suami kata, baiklah makan dahulu. Tak perlulah pulang pada waktu itu kerana bungkusan sudah berada di dalam pagar. Apabila kami pulang, Encik Suami kutip bungkusan tersebut dan letak atas meja. Setelah solat, bantu kemas dapur dan berehat, Encik Suami pun buka bungkusan yang berisi HP lama Fuad.

Setelah bungkusan dibuka, Encik Suami dapati HP tersebut tidak sama dengan HP Fuad yang pernah dilihatnnya. Kita pun lupa apa jenis HP Fuad. Dalam hati kita kata, bagusnya Fuad simpan semua kotak HPnya. Elok jew HP terletak dalam kotak!


Kita pun sama-sama melihat HP yang dikirim oleh Fuad. Memang nampak lain.


Kita tengok di bahagian depan dan terbalikkan ke belakang. Nampak rapi dan kemas balutannya!


Encik Suami terus telefon Fuad. Mungkin bungkusan orang lain tersalah hantar ke rumah kami. Amie baca sekali lagi, memang nama Encik Suami di luar bungkusan. Pengirimnya bukan Fuad!


Encik Suami: Betulkah adik kirim HP untuk Baba?
Fuad: Betul.
Encik Suami: Kenapa lain? Tak sama HP adik?
Fuad: Itulah HP yang kami kirim untuk Baba.
Encik Suami: Tak sama dik dengan HP kamu. Barangkali salah alamat ni. Orang lain punya. Bukan untuk Baba.
Fuad: Betullah itu HP Baba.
Encik Suami: Tapi kenapa HP baru?
Fuad: Baba ni...... takkanlah kami kirim HP buruk untuk orang tua kami.
Encik Suami: Jadi adik beli barulah ini?
Fuad: Iya Baba. Kami kongsi belikan yang baru untuk Baba. Saya, Abang Farid sama Fairuz. Abang yang tukang beli.
Encik Suami: Terima kasih dik.

Aduhai, kita yang dengar Encik Suami ucap terima kasih dengan nada tersekat-sekat, mata kita pula yang masuk habuk!


Kalau sudah namanya rezeki, memang tak pernah salah alamat. Walaupun Encik Suami hanya bergurau tetapi akhirnya menjadi kenyataan. Sibuklah Encik Suami menelefon Abang Farid dan Fairuz pula untuk ucapkan terima kasih!


Teringat Februari 2019, sewaktu rumah kami dimasuki pencuri, angkut dua buah laptop, tiga buah HP , kamera DSLR Nikon kita, gelang, duit dan barang-barang lain. Abang Farid gantikan HP yang baharu untuk Encik Suami dan Fairuz. Fuad pula, sanggup keluarkan duit simpanannya belikan kita kamera DSLR Canon!

Fuad hantar mesej : Semoga murah rezeki anak-anak Mommy dan Baba!

27 comments

  1. Alhamdulillah, sejuk perut Kak Amie mengandung kan. Semoga murah rezeki Kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Ini memang kejutan dengan nama penghantarpun lain. Awal-awal mesti cuak takut barang orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Memang Encik Suami sangka barang orang lain.

      Padam
  3. Alhamdulillah....
    Dikurniakan anak-anak yang prihatin..
    Semangat Encik Majid nak pi kerja esok..jangan tidur pegang handphone baru dah la🤭🤣
    Semoga Allah limpahkan lagi rezeki Abang Farid,Fuad dan Fairus..eh Daus juga.....🤲🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Sama-samalah kita dikurniakan anak-anak yang prihatin.
      Amin ya Allah. Mudah-mudahan doa itu kembali jua kepada Mama Cella sekeluarga.

      Padam
  4. Alhamdulillah.. untung ayahnya..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. semoga rezeki anak2 Kak Amie berlipat ganda kerana membahagiakan Mommy dan Baba nya.

    BalasPadam
  6. Mata saya masuk habuk. Alhamdulillah syukur amie dan encik majid dikurniakan anak-anak yang mengembirakan hati amie dan babanya. Semuga kehidupan anak-anak amie sentiasa dikurniakan rezeki melimpah ruah kerana sentiasa mengembirakan hati ibu dan bapanya. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Mudah-mudahan hidup Notie juga akan sentiasa dilimpahi dengan segala kurniaan rezeki dan kesihatan yang baik dari-Nya.

      Padam
  7. Apa ni? Dahlah JB hujan lebat, tambah dengan kisah Kak Amie ni, sy pun ikut terharu. Semoga diberikan rezeki kesihatan dan kesejahteraan serta kekayaan buat Kak Amie sekeluarga.. Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Tiada perkataan lain mampu diungkap selain mendoakan kembali agar SK sekeluarga sentiasa mewah dengan anugerah kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

      Padam
  8. Alhamdulillah, seronok nya hati baba nya dapat hp baru. Bagus semua anak-anak akak, betul didikannya jadi mereka sangat bertanggungjawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Babanya hanya gurau-gurau saja. Alhamdulillah, rezeki anak-anak untuk gembirakan babanya.

      Padam
  9. kejutan anak utk babanya...biasa la org tua kn die sure nk yg lama ank punya tp ank2 pasti bagi yg baru

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah terharu baca n3 amie anak2 amie baik budinya justeru didikan smpurna ibu babanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak PI. Mudah-mudahan mereka sentiasa baik budinya. Amin.

      Padam
  11. Alahai saya baca pun terharu. Semoga murah rezeki anak-anak kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Sama-sama kita dimurahkan rezeki ye Sal.

      Padam
  12. Allahuakbar, hal macam ni memang buat tumpah air mata kak Amie. Anak anak sebolehnya memang nak buat ibu bapanya happy. Alhamdulillah..rezeki baba dapat hp baru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fizah.
      Rasa sangat terharu walaupun hanya menyaksikannya.

      Padam
  13. Syukur alhamdulillah rezeki husband Kak Amie...macam tu la sepatutnya anak- anak kak amie...menyenangkan ibu bapa...kita yang baca ni pun sebak plak...

    BalasPadam
  14. sweetnya anak2 kak amie, happy baba diorang..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe