Bismillahirrahamanirrahim.
Perancangan kami, tepat pukul tujuh pagi akan meninggalkan Palm Beach Resort & SPA menuju ke pelabuhan. Feri kami dijangkakan berlepas pada pukul 10 pagi. Begitu dan begini, memakan masa juga. Jadi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya (hari itu hari Selasa, hari bekerja) kami merancang untuk bersarapan di sekitar jeti sahaja. Kemudian kami akan mengunjungi buat kali ketiga (terakhir) kedai coklat.
Selepas daftar keluar, sempat ambil gambar di sekitar resort. Ini gambar dari belakang tempat penginapan kami. Penuh dengan kehijauan!
Tempat letak kereta yang paling disenangi Encik Suami. Luas, dan lapang.
Buka pintu bilik, nampak kehijauan. Pandang ke bahagian atas, nampak pohon hijau tinggi menjulang. Duduk di serambi tetap nampak yang berwarna hijau. Hijau di sana. Hijau di sini! Jalan ke belakang, nampak biru langit dan biru air laut! Subhanallah.
Arah masuk ke bilik kami ada beberapa rumpun pokok keladi gajah.
Terima kasih daun keladi.
Terima kasih daun keladi gajah!
Di hujung kaki lima, terpandang pula mini stage ini.
Walaupun pukul 6:30 pagi tetapi cahaya matahari sudah menerobos masuk ke ruangan tetamu.
Selepas daftar keluar, sempat lagi jalan-jalan di sekitar sebelum meninggalkan resort ini. Entah bila akan jejakkan kaki lagi ke sini. Kalau dahulu sewaktu Farid dan Fuad belajar di Kolej Matrikulasi Labuan, memang selalulah datang melawat mereka.
Sempat mengintai Restoran Bunga Mas di pagi hari.
Terima kasih atas layanan mesra para pekerja Restoran Bunga Mas.
Dan masih terbayang betapa terujanya Firdaus jika kami menemaninya mandi di swimming pool.
Swimming pool yang sentiasa dipenuhi para tetamu resort.
Namun ada sesuatu yang mengusik rasa apabila terpandang 'kesepian' di sekitar resort!
Beberapa gerai makanan tidak berfungsi, dan nampak kurang terurus.
Apabila membayangkan betapa cantik dan kemasnya tempat ini di dalam website, hati memujuk dengan mengatakan barangkali banyak bahagian perlu diselenggara, dibaikpulih dan sebagainya selepas pandemik Covid-19 lebih dua tahun lamanya!
Mana tahu, ada rezeki yang tidak terduga untuk menginap di sini lagi. Mudah-mudahan dapat menikmati segala keindahan 'mata' dengan lebih sempurna.
Bangunan bilik penginapan di blok lain.
Kita bantu bangunkan semula industri pelancongan dalam negara.
Tempoh dua tahun diuji melalui fasa pandemik Covid-19 memang memberi impak yang maha dahsyat! Salah satunya sudah tentu yang melibatkan bidang perhotelan.
Apapun, kami gembira dapat merehatkan diri selama tiga hari dua malam di sini.
Jumpa lagi!
Saya pulak yang rasa sedih.
BalasPadamImpak Covid-19 memang dahsyat. Harap-harap selepas ini keadaan akan kembali pulih atau setidak-tidaknya bertambah baik daripada fasa Covid.
BalasPadamSaya sependapat dengan En Majid..suka tempat yang parkir luas dan banyak...hihihi
BalasPadamBunga Mas tu saya teringat pada salah satu lagu popular Alayarham Salem( Iklim)