Pages

Khamis, 30 Jun 2022

Blueberry Crepe Cake Tertinggal di Sana.....

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika belek-belek folder, hendak edit gambar-gambar seterusnya untuk dijadikan entri, kita terpandang gambar sepotong kek. Apabila diingat-ingat semula, rupanya kami beli Blueberry Crepe Cake ini di Vanilla Mile Crepe di Suria Sabah Mall. 

Blueberry Crepe Cake


Ketika itu sibuk melayan Firdaus makan-makan, dan makan aiskrim. Dan kemudian kami beli buah laici untuk dibawa ke Tuaran, tempat penginapan kami seterusnya.


Oleh kerana perut sudah kenyang, jadi tidak sempat jamah kek. Mungkin boleh dijadikan minum petang dalam bilik penginapan nanti.


Encik Suami masukkan kotak berisi Blueberry Crepe Cake tadi ke dalam mini peti sejuk di hotel.


Barangkali disebabkan peti sejuk tertutup rapat di dalam almari, jadi apabila tidak terpandang oleh mata kasar. itu yang buat terlupa untuk mengeluarkannya semula.


Kadang-kadang kita tak terfikir atau terlupa kewujudan mini peti sejuk yang tersorok / tersimpan di dalam almari sebegini.



8 ulasan:

  1. Alamak, takde rejeki namanya. Rejeki orang kerja housekeeping. :)
    Saya pun pernah tertinggal air dalam peti sejuk mini kat hotel.

    BalasPadam
  2. Tiada rezeki nampaknya. Tidak pula orang hotel telefon kata ada makanan tertinggal.

    BalasPadam
  3. sayangnya. harap ada rezeki lain nanti

    BalasPadam
  4. bukan rezeki kak ye, udah terlupa nak buat camne. Sedap nengok si Daus makan aiskrim penuh selera betul

    BalasPadam
  5. Allahu...
    Saya pula yang terliur nampak mille crepe tu..nyam3

    BalasPadam
  6. Alahai..xde rezeki..insyaallah nanti bleh gantikan dengan kek lain...

    BalasPadam
  7. Cantik jenis cake crepe ni. Tapi belum pernah cuba sebarang crepe cake. Amboii Firdaus makan aiskrim..menikmati sangat tu. Bagus juga idea fridge tersorok tu. Taklah nampak ada fridge dalam tu. hehe...

    BalasPadam