Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
12:38 PTG
Ketika entri ini ditulis, masih lagi berlangsung sehingga esok (3 Mac 2019) pesta makanan (Balikpapan Fest 2019) yang diadakan bersebelahan dengan E-Walk Mall, Balikpapan, Kalimantan Timur.
Seronok sungguh rasanya dapat melihat pelbagai makanan dan masakan yang didatangkan dari seluruh pelosok negara garuda ini. Di sini Amie kongsikan beberapa jenis makanan berupa cemilan tradisional dan juga makanan berat yang sempat kami lihat ketika berada di pesta tersebut.
Seronok sungguh rasanya dapat melihat pelbagai makanan dan masakan yang didatangkan dari seluruh pelosok negara garuda ini. Di sini Amie kongsikan beberapa jenis makanan berupa cemilan tradisional dan juga makanan berat yang sempat kami lihat ketika berada di pesta tersebut.
Memandangkan perut sudah kekenyangan (makan di Cabe Merah) jadi kami hanya melihat-lihat sahaja, selain membeli makanan cemilan seperti kue rangi pancong, kerak telor, bika, es jeruk dan lain-lain.
Bahan-bahan untuk melengkapkan Tahu Gejrot dari Cirebon.
Selain cemilan tradisional, ada juga cemilan moden berasaskan coklat, susu dan keju.
Kita singgah di gerai Bebek Cabe Ijo.
Bebek Cabe Ijo ini biasanya datang dari Medan.
Dan tidak lupa untuk menikmati es jeruk lagi di sini!
Kue Ape.
Nampak garing, dan sudah tentunya rasa manis dan harum aroma pandan!
Jom ke Sumatera Barat pula.
Gulai Tunjang!
Waduh... enak bu!
Masakan yang hampir sekali dengan kita : Sambal Udang dengan Petai!
Rendang daging yang nampak sangat sedap!
Lontong di sini sangat sedap! Lembut dan harum daun pisang.
Jom Singgah gerai Ayam Taliwang Mbok Sutil.
Pelbagai lauk-pauk ada di sini.
Jom kenal-kenal dengan Ayam Taliwang.
Menurut Pak Google, Ayam Taliwang ialah makanan khas Pulau Lombok dari Kampung Karang Taliwang, Bandar Mataram, Nusa Tenggara Barat yang menggunakan daging ayam. Daging ayam yang disajikan berasal dari ayam kampung muda yang dibakar kemudian direncahkan dengan cili merah kering, bawang merah, bawang putih, tomato, belacan goreng, kencur, gula merah, dan garam. Makanan ini biasanya disajikan bersama makanan khas Lombok yang lain, contohnya plecing kangkung.
Ayam Taliwang penuh dengan bumbu dan sedia untuk dibakar.
Ayam Taliwang yang sudah siap dibakar.
Tahu dan tempe berpisah tiada!
Jering pun ado!
Sedapnya serunding kelapa!
Inikah sambal ulek?
Adeeehhh.....ibu! Uwwenaaaakkk banget!
Nampaknya semua bahan telah digoreng terlebih dahulu, dan akan 'diulek' mengikut keperluan (ketika pelanggang datang untuk membeli).
Sate!
Boleh dikatakan setiap hari kami makan sate sepanjang kunjungan kami ke Balikpapan!
Rindu Bakwan Malang yang pernah kami nikmati di Padang Savana!
Tempe goreng!
Kenapalah tak cuba merasa tempe goreng ini... mungkin rasanya lebih kurang sama dengan tempe goreng yang sangat sedap seperti di Penanjakan!
Dalam bungkusan daun pisang ini ada 5 keping tempe, boleh terus digoreng tapi kenalah buat bancuhan tepungnya dulu.
Lauk-pauk di bawah ini tak dapatlah nak teka... sebab semuanya ditutup dengan daun pisang.
Apa benda nama Bagoja ni?
Owwwhhh.... rupanya Bakso Goreng Gajah!
Tapi bukannya ada gajah di dalamnya ye.
Biasanya Bagoja atau Bakso Goreng Gajah ini berisi ayam dan udang.
Bagoja mendapat nama gajah disebabkan saiznya yang besar!
Ada juga pentol (bakso cucuk / tusuk) panggang.
Rojak?
Menyaksikan beberapa kali tanpa jemu proses memasak Kerak Telor bang Deri yang unik!
Terjumpa kue bika Bukit Tinggi.
Untuk ubat rindu Bika Talago Bukit Tinggi, belilah juga bika di sini.
Murtabak Mesir, juga dari Bukit Tinggi.
Woooo... terjumpa gulai tembusu juga di sini!
Menu istimewa dari Sumatera Barat ini berupa usus lembu yang diisi dengan telur dan tahu.
Jangan lupa pegedil jagung yang sangat sedap ini!
Ini kue apa?
Adakah kue rangi pancong?
Sekian.
Moga ada kesempatan yang lain untuk bersama-sama lagi di pesta makanan nusantara!
Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala
Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal
4 comments
Waduh bu. Semuanya enak sekali :D
BalasPadamsuka bc cerita Amie..best semuanya
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamAlhamdulillah... Nusantara memang meriah dengan pelbagai jenis masakan.
Unknown,
terima kasih sudi baca, sekadar kongsi pengalaman heheeee
Indonesia..bekas jajahan Belanda
BalasPadam