Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol yang sangat sedap!!!!!

11:33 PG

Jemput makan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol!
Sedapnya ya ampuuunnn!
Terima kasih buat rakan sekerja  Cikgu Nor Kamilah Khalil dan Fauziah Deraman, anak Terengganu yang sudi kongsi resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol. Resepi ini sudah 5 tahun Amie gunakan sekiranya ingin masak nasi dagang. Apa yang membuat Amie terpikat ialah gulai ikan tongkol yang sangat sedap walaupun hanya menggunakan rempah buatan sendiri.
Lama tak dengar khabar kedua-dua orang rakan yang sudah berpindah ke Malaya ini. Terakhir kali, beberapa minggu lalu berkongsi gembira Nor Kamilah dengan kelahiran anak keduanya. Moga kita dapat berjumpa lagi.

Tak teringin ke nak makan sama...ahaks? Ikan tongkol yang Encik Suami beli bersaiz kecil saja, jadi nampak comel-comel heheeeee! Aroma ketumbar, jintan, santan dan sebagainya yang menyatu menjadi kuah gulai ikan tongkol memang sungguh menggamit selera!

Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan untuk nasi dagang:
800 gram beras wangi 
200 gram beras perang
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan gula melaka parut

Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah.


Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol:

Bahan A:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut suka
3 keping asam gelugur
1 sudu gula melaka parut
sedikit garam

Bahan B:
1 liter santan
3 keping asam gelugur
7 biji cili padi - belah 2
3 biji lada hijau
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu  besar gula melaka parut
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu besar minyak

Bahan kisar:
20 biji lada kering 
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
5 cm halia


Cara:
1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan cili padi, cli hijau dan asam gelugur.
6. Masukkan ikan tongkol, garam dan gula melaka.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.

Jom makan!

4 comments

  1. msk sndiri compom sedap kan kak...
    dana dh bebrapa kli belajar msk nasi dagang ngn mil tp tak pernah cuba msk sdndiri kt kl, kalu takat gulai nya tu biasa jugak lah buat nya

    BalasPadam
  2. Terima kasih perkongsian resepi rempah gulai nasi dagang.Dah lama cari resepi rempahnya. Susah sangat nak cari rempah gulai cap bunga Rose tempat saya ni. Nak buat nasi dagang kena buatlah rempah sendiri tapi saya tak tahu campurannya. Terima kasih seklai lagi perkongsiannya.

    BalasPadam
  3. Baru jumpa resepi buat rempah sendiri..nk cari rempah cap bunga ros kat sni mmg xde la.terima kasih pd empunya resepi

    BalasPadam
  4. Terima kasih berkongsi resepi. saya merantau memang takkan jumpe rempah nasi dagang. dengan adanya sumber dari Puan boleh lah buat melepas rindu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe